Tun Muhammad Tahir III | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Paduka Seri Raja Bendahara Pahang | |||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||
Datuk Bendahara Pahang - | |||||||||||||
Pemerintahan | 1858–1863 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Pemasyhuran | - | ||||||||||||
Didahului oleh | Tun Ali bin Tun Kodi I | ||||||||||||
Diikuti oleh | Tun Hajji Koddhies II Tun Hajji Sir Ahmaeddz | ||||||||||||
Pemangku raja | Kodis II | ||||||||||||
Keputeraan | Tun Muhammad Tahir III bin Tun Ali 1813 Mukim Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi | ||||||||||||
Kemangkatan | 30 Mei 1863 (umur 50) berdekatan Kuala Sedili | ||||||||||||
Pemakaman | 31 Mei 1863 Bukit Timbalan, Mukim Tebrau, Daerah Johor Bahru | ||||||||||||
Pasangan | 2 orang | ||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||
Anakanda | 11 orang ; | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | Pahang | ||||||||||||
Kerabat | Wangsa Bendahara | ||||||||||||
Wangsa | Bendahara Pahang | ||||||||||||
Ayahanda | Paduka Seri Tun Ali Ibni Almarhum Tun Koddhie I | ||||||||||||
Bonda | Encik Wan Ngah | ||||||||||||
Agama | Islam | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Tun Muhammad Tahir III |
Tun Muhammad Tahir III (تون مطاهر) bin Tun Ali, atau lebih dikenali sebagai Tun Mutahir III merupakan Raja Bendahara Pahang yang memerintah dari 1847 sehingga 1863.
Beliau merupakan Raja Bendahara Pahang yang terakhir dan meninggal dunia pada tahun 1863 berikutan Perang Saudara Pahang.
Kehidupan awal
Tun Mutahir dilahirkan pada tahun 1803. Tun wan Mutahir ialah putera Tun wan Ali, Bendahara Siwa Raja dan Che Wan Ngah.[1]. Pada tahun 1832, beliau diistyharkan sebagai Bendahara Muda di Lingga, ibu negeri Kesultanan Johor pada masa itu. Tun Mutahir mempunyai beberapa orang isteri iaitu:
- Tengku Kechil, puteri Sultan Johor, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
- Tunku Chik, puteri Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
- Tengku Chik, puteri Sultan Lingga-Riau, Sultan Muhammad II Muazzam Shah.[2][3]
Perang saudara
Pada tahun 1847, Tun Ali mula bersara dan menyerahkan kuasa pada Tun Mutahir. Pada tahun 1857 Bendahara Ali, menandatangani surat perisytiharan menjatuhkan hukuman mati terhadap Tun Ahmad[4]. Hal ini menyebabkan Tun Ahmad melarikan diri ke Singapura[5] dan kembali ke Pahang berikutan kematian Tun Ali. Berikutan peristiwa tersebut, konflik telah timbul antara Tun Mutahir dan Tun Ahmad sehnigga menyebabkan perang saudara. Konflik ini juga telah melibatkan Temenggung Johor, Sultan Terengganu dan pihak British yang memainkan peranan politik.[6] Konflik ini berakhir berikutan kematian Tun Mutahir pada tahun 1863.
Lihat juga
Nota kaki
- ^ (Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara: Permata Melayu yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang, m/s 69
- ^ (Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara: Permata Melayu yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang, m/s 75
- ^ (Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara: Permata Melayu yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang, Suzana Tun Hj. Othman (Tun), Pustaka BSM Enterprise, 2002 - Johor - 195 pages, m/s 69, 95
- ^ Surat sumpah Bendahara Siwa Raja Tun Ali, Arkib Negara Malaysia bertarikh 2 Safar 1273
- ^ Temenggung of Johor personal correspondance, Arkib Negara Malaysia
- ^ (Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara: Permata Melayu yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang, m/s 105-6
Rujukan
- (Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara: Permata Melayu yang Hilang: Dinasti Bendahara Johor-Pahang, Pustaka BSM Enterprise, 2002, ISBN 9834056664
- (Tun) Suzana (Tun) Othman, Mencari Sejarah: Tun Mutahir Tun Ali, Bendahara Seri Maharaja Pahang, 1857-63 , 2001, ISBN 983405663X
- (Tun) Suzana (Tun) Othman, Perang Bendahara Pahang, 1857-63: pensejarahan semula menelusi peranan British, 2007, ISBN 9789831952825