Abdullah Ahmad Badawi | |
---|---|
عبد الله احمد بداوي | |
![]() Abdullah pada 2006 | |
Perdana Menteri Malaysia ke-5 | |
Digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan باڤ ڤمباڠونن مودل انسان | |
Dalam jawatan 31 Oktober 2003 – 3 April 2009 | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006) Tuanku Mizan Zainal Abidin (2006 - 2011) |
Timbalan | Najib Razak (2004-2009) |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Najib Razak |
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ke-6 (merangkap Pengerusi Barisan Nasional) | |
Dalam jawatan 31 October 2003 – 3 April 2009 | |
Timbalan | Najib Razak |
Didahului oleh | Mahathir Mohamad |
Digantikan oleh | Najib Razak |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kepala Batas | |
Dalam jawatan 1978–2013 | |
Didahului oleh | Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim |
Digantikan oleh | Reezal Merican Naina Merican |
Jawatan dalam kementerian | |
1978–1980 | Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan |
1980–1981 | Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan |
1981–1984 | Menteri Tak Berportfolio |
1984–1986 | Menteri Pelajaran |
1986–1987 | Menteri Pertahanan |
1991–1999 | Menteri Luar Negeri |
1999–2004 | Menteri Dalam Negeri |
1999–2003 | Timbalan Perdana Menteri |
2003–2008 | Menteri Kewangan |
2004–2008 | Menteri Keselamatan Dalam Negeri |
2008–2009 | Menteri Pertahanan |
Jawatan lain | |
1961-1964 | Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung |
1983–1988 | Pegawai Daerah Barat Daya |
2003–2006 | Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdullah bin Ahmad Badawi 26 November 1939 Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 14 April 2025 Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur | (umur 85)
Cause of death | Masalah pernafasan |
Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Endon Mahmood Ambak (k. 1965; m. 2005) Jeanne Abdullah (k. 2007–2025) |
Pertalian | Khairy Jamaluddin (Menantu) |
Anak | Kamaluddin Abdullah Nori Abdullah |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Kediaman | Bait Badawi, Kampung Sungai Penchala |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Abdullah Ahmad Badawi (Jawi: عبد الله بن احمد بداوي; 26 November 1939 – 14 April 2025; juga dikenali sebagai Pak Lah) ialah Perdana Menteri Malaysia ke-5. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).[1]
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Pada tahun 1999 dilantik sebagai Timbalan kepada Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
Latar belakang
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.[2] Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.[3][4][5][6][7]
Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah Julius Caesar. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.[8]
Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – My Fair Lady antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.
Kerjaya politik
Menyertai UMNO
Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' atau dikenali sebagai Team Wawasan, manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
- Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
- Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
- Menteri Pelajaran (1984-86)
- Menteri Pertahanan (1986-87)
- Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).
Sebagai Timbalan Perdana Menteri
Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.
Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Perdana Menteri

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam.
Sebagai Pengerusi Barisan Nasional
Apabila Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan.
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, Mahathir berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.[9]
Melepaskan jawatan Perdana Menteri
Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Beliau meletakkan jawatan dan serahkan kepada penggantinya, Najib Razak, semasa Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 1 April 2009. Namun begitu, sejurus sebelum meletak jawatan, Najib telah berjanji kepada Abdullah bahawa kawasannya di Kepala Batas akan terus menerima dana pembangunan, di mana beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimennya.[10]
Abdullah Badawi menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 April 2009. Pada 3 April 2009, beliau digantikan oleh Najib Razak sebagai perdana menteri.[11] Timbalan Perdana Menteri, Najib, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu pada hari berikutnya. Abdullah kemudiannya dikurniakan gelaran "Tun" oleh Raja Mizan Zainal Abidin atas jasanya kepada negara.[12][13]
Kontroversi
Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.
Walaupun Abdullah mengatakan bahawa beliau mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, beliau telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006.[14] Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti".[15] Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.
Kebebasan media
Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan.[16] Ini telah diikuti oleh suatu siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia pantang dicabar.[17]
Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008
Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008.[18] Ini kerana beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen tidak akan berlaku pada hari keesokan.[19]
Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen.[20]
Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia
Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam dunia.[21]
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia, manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan ekonomi bertaraf global.[22]
Usul undi tidak percaya
Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Wan Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[23] SAPP pimpinan Yong Teck Lee bertindak keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi mempercayai Abdullah. UPKO juga hendak mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[24]
Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei
Pada 30 April 2010, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Abdullah Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan daerah Limbang, Sarawak.[25] Ia 'dinafikan' oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir. [26]
Kehidupan peribadi

Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu.[27] Pada 20 Oktober 2005, isteri Abdullah Badawi, Endon Mahmood, meninggal dunia akibat barah payudara. Endon didiagnosis penyakit itu pada 2003 manakala adik kembarnya Noraini, yang sebelum ini disahkan menghidap penyakit yang sama, meninggal dunia pada Januari 2003. Beliau menerima rawatan di Amerika Syarikat dan pulang ke Malaysia 18 hari sebelum kematiannya. Endon dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya.[28]
Pada 6 Jun 2007, pejabat Perdana Menteri mengumumkan perkahwinan Abdullah Badawi bersama Jeanne Abdullah. Pada 9 Jun lalu, satu majlis tertutup telah diadakan di kediaman Perdana Menteri di Seri Perdana dan dihadiri oleh saudara terdekat. Jeanne pernah berkahwin dengan adik kepada arwah isteri Abdullah Badawi. Beliau juga pernah menjadi pengurus di kompleks kediaman Seri Perdana dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.[29]
Abdullah dikritik kerana membenarkan menantunya, Khairy Jamaluddin, menjadi terlalu berpengaruh dalam politik UMNO.[30]
Abdullah juga dikritik kerana membenarkan abangnya Fahim Ibrahim Badawi membeli 51 peratus daripada MAS Catering Sdn Bhd yang dikawal kerajaan. Fahim kemudiannya menjual pegangan ini kepada LSG Skychef Lufthansa dengan keuntungan besar.[31]
Beliau juga dikenali sebagai penyair.[32] Puisinya Ku Cari Damai Abadi telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 80 bahasa dan diterbitkan sebagai sebuah buku.[33]
Kesihatan, kematian dan pengkebumian negara
Pada 11 September 2022, beliau dan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin secara terbuka mendedahkan bahawa Abdullah telah mengalami demensia, dan tidak dapat mengenali ahli keluarga atau berkomunikasi dengan berkesan.[34] Kesihatannya yang merosot pada tahun-tahun kemudiannya telah menghalangnya daripada perhatian umum dan memerlukan penggunaan kerusi roda.[35] Pada tahun 2024, dia dimasukkan ke hospital kerana pneumotoraks spontan.[36]
Abdullah meninggal dunia pada 14 April 2025 pada usia 85 tahun[37] akibat kegagalan pelbagai organ[38] di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.[39] Jenazah Abdullah dijangka disemayamkan di surau utama Masjid Negara pada 15 April 2025 dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari, sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan masjid berkenaan.[40]
Anugerah
Keputusan pilihan raya
Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1978 | Kepala Batas | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 12,645 | 62.41% | Musa Mohd. Yatim (PAS) | 7,616 | 37.59% | 5,029 | Tidak diketahui | |||
1982 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 16,759 | 68.51% | Mohamad Sabu (PAS) | 4,115 | 16.82% | 25,277 | 12,644 | 80.29% | |||
Khoo Siew Hoe (DAP) | 3,589 | 14.67% | ||||||||||
1986 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 15,463 | 69.33% | Ahmad Hasan Salahuddin (PAS) | 6,841 | 30.67% | 22,900 | 8,622 | 75.81% | |||
1990 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 17,025 | 70.35% | Ahmad Awang (S46) | 7,174 | 29.65% | 24,931 | 9,851 | 80.25% | |||
1995 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 22,521 | 82.77% | Naser Mohd Radzi (S46) | 4,687 | 17.23% | 28,301 | 17,834 | 78.39% | |||
1999 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 19,985 | 69.40% | Abd Khalid Rasid (PAS) | 8,810 | 30.60% | 29,413 | 11,175 | 81.22% | |||
2004 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 25,403 | 77.72% | Abd Khalid Rasid (PAS) | 7,281 | 22.28% | 33,356 | 18,122 | 84.19% | |||
2008 | Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) | 23,445 | 65.78% | Subri Md Arshad (PAS) | 12,199 | 34.22% | 36,328 | 11,246 | 84.45% |
Garis masa
- 1939: Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
- 1964 (umur 25): Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya; menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan Perkhidmatan Awam (sehingga 1969).
- 1965 (umur 26): Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
- 1969 (umur 30): Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
- 1971 (umur 32): Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga 1973).
- 1974 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- 1978 (umur 39): Menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1980).
- 1979 (umur 40): Menjadi Ketua UMNO Cawangan Bertam serta Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
- 1980 (umur 41): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
- 1981 (umur 42): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga 1984).
- 1984 (umur 45): Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
- 1986 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
- 1990 (umur 51): Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
- 1991 (umur 52): Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
- 1993 (umur 54): Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
- 1996 (umur 57): Menjadi Naib Presiden UMNO.
- 1998 (umur 59): Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
- 1999 (umur 60): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
- 2000 (umur 61): Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada Mei.
- 2003 (umur 64): Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
- 2004 (umur 65): Menjadi Presiden UMNO pada September.
- 2007 (umur 68): Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
- 2008 (umur 69): Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.
- 2008 (umur 69): Mengumumkan tidak akan bertanding sebagai Presiden UMNO pada 8 Oktober
Garis masa sebagai Ahli Parlimen
Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rujukan
Nota kaki
- ^ ""Pak Lah dilantik Pengerusi IKIM", Utusan Online. 29 Ogos 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-03. Dicapai pada 2009-09-02.
- ^ http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/D63C3C4E562A452548256EB000304EB7
- ^ Backman, Michael. Asia Future Shock: Business Crisis and Opportunity in the Coming Years, Palgrave Macmillan, 2008, ISBN 978-0-230-00677-5, p. 133.
- ^ PM meets relatives from China, The Star Online, 22 Disember 2003.
- ^ "UMNO man and that 'immigrants' remark suspended"[pautan mati kekal].
- ^ http://radaris.asia/p/Su/Chiang/
- ^ "Chinese/Native intermarriage in Austronesian Asia".
- ^ [1]
- ^ [2]
- ^ "Abdullah's boon to Kepala Batas folk". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2009. Dicapai pada 8 Februari 2016.
- ^ "New Malaysian PM sworn in", Al Jazeera. Diarkibkan 5 Jun 2011 di Wayback Machine.
- ^ "Exit PM Pak Lah, enter Tun Abdullah". Diarkibkan 20 Julai 2011 di Wayback Machine.
- ^ Najib sworn in, Tunship for Abdullah and wife, 2009/04/03, New Straits Times Online Diarkibkan 19 Ogos 2018 di Wayback Machine
- ^ Mukhriz dikecam gara-gara kritik ucapan Pak Lah Diarkibkan 2008-02-25 di Wayback Machine, mStar on-line.
- ^ Nihaz Mohd Yusoff (8 Disember 2007). "Media Perdana VS Media Maya". MYKMU NET. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2008-02-10.
- ^ [3]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-22. Dicapai pada 2021-09-22.
- ^ [4][pautan mati kekal] [sumber tak boleh dipercayai?]
- ^ [5]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-13. Dicapai pada 2008-02-27.
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-06-14. Dicapai pada 2007-06-14.
- ^ [6] Diarkibkan 2008-03-05 di Wayback Machine [sumber tak boleh dipercayai?]
- ^ Usul Undi Tak Percaya Terhadap PM Ditolak, Anggota Pembangkang Bertindak Keluar Dewan
- ^ "UPKO akan kaji semula sokongan kepada SAPP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-12. Dicapai pada 2009-11-08.
- ^ "Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei", Malaysiakini.com. 30 April 2010.
- ^ "Ini penjelasan Pak Lah...", Malaysiakini.com. 30 April 2010.
- ^ "Tun Abdullah Ahmad Badawi: Full Biography". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2012. Dicapai pada 26 Julai 2012.
- ^ "Endon laid to rest at cemetery in Precinct 20". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2005-10-21. Dicapai pada 2025-04-15.
- ^ "Prime Minister To Wed Jeanne Abdullah Badawi Saturday" (dalam bahasa Inggeris). Bernama. 6 Jun 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2007.
- ^ Goh, Melissa (18 November 2006). Khairy says he does not influence government decisions. Channel News Asia. Diarkibkan 4 November 2007 di Wayback Machine
- ^ "Malaysia Chronicle: Mahathir and Badawi in 2 separate abuse-of-power cases". Malaysia Chronicle (dalam bahasa Inggeris). 2010-08-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2010. Dicapai pada 2022-08-30.
- ^ "Abdullah's poem holds personal meaning". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2 November 2003. Dicapai pada 26 Ogos 2021.
- ^ Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (2008), Ku cari damai abadi (I seek eternal peace) in 80, Faculty of Language and Linguistics University of Malaya, ISBN 9789675148026
- ^ Ishak, Mahani (2022-09-11). "Pak Lah derita demensia sejak mula bersara - Khairy". Berita Harian. Dicapai pada 2025-04-14.
- ^ "Khairy: Pak Lah is suffering from dementia". New Straits Times. 11 September 2022.
- ^ "Former Malaysian leader Abdullah Ahmad Badawi, who extended political freedoms, dies at 85". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-14.
- ^ "PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia". Berita Harian. 14 April 2025. Dicapai pada 15 April 2025.
- ^ "Pak Lah to be laid to rest in Warriors' Mausoleum". Free Malaysia Today. 14 April 2025. Dicapai pada 14 April 2025.
- ^ "Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away". The Star. 14 April 2025. Dicapai pada 14 April 2025.
- ^ "Public can pay last respects to Pak Lah at Masjid Negara tomorrow". New Straits Times. BERNAMA. 14 April 2025. Dicapai pada 14 April 2025.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 4 February 2017. Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih.
- ^ "Pilihanraya Umum Malaysia". Data Pilihanraya Umum Malaysia undiinfo. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya umum 2004.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Abdullah Ahmad Badawi |
![]() |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Abdullah Ahmad Badawi |
- Laman web rasmi Perdana Menteri
- Profil Perdana Menteri
- Profil: Abdullah Ahmad Badawi
- Laman Kerajaan Malaysia: Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
- Abdullah yang setia memenangi jawatan pesaing Anwar Diarkibkan 2007-01-12 di Wayback Machine
- Universiti Utara Malaysia Diarkibkan 2006-05-01 di Wayback Machine
Penyandang Terdahulu | Perdana Menteri Malaysia 1 November 2003 – 2 April 2009 |
Penyandang Kemudian |
Mahathir Mohamad | Najib Razak |
Penyandang Terdahulu | Presiden UMNO 30 Oktober 2003 – 28 Mac 2009 |
Penyandang Kemudian |
Mahathir Mohamad | Najib Razak |
Penyandang Terdahulu | Timbalan Perdana Menteri Malaysia 8 Januari 1999 – 31 Oktober 2003 |
Penyandang Kemudian |
Anwar Ibrahim | Najib Razak |
Penyandang Terdahulu | Menteri Kewangan Malaysia 1 November 2003 – [[]] 2008 |
Penyandang Kemudian |
Mahathir Mohamad | Najib Razak |
Penyandang Terdahulu | Menteri Pertahanan Malaysia 2008 – 2009 |
Penyandang Kemudian |
Najib Razak | Ahmad Zahid Hamidi |
- Rencana dengan pautan luar mati dari Jun 2017
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan
- Penerima Seri Maharaja Mangku Negara
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor
- Penerima Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Seri Utama Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Utama Pangkuan Negeri
- Penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Utama Negeri Melaka
- Penerima Darjah Johan Negeri
- Abdullah Ahmad Badawi
- Kelahiran 1939
- Kematian 2025
- Orang Malaysia berketurunan Arab
- Orang dari Pulau Pinang
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Muslim Malaysia
- Alumni Universiti Malaya
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Perdana Menteri Malaysia
- Menteri Kewangan Malaysia
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Menteri Luar Negeri Malaysia
- Menteri Pertahanan Malaysia
- Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Menteri hal ehwal Islam Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-5
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-6
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-8
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Menteri Pelajaran Malaysia
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah
- Menteri Tanpa Portfolio Malaysia
- Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Yaman
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati
- Penerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
- Setiausaha parlimen kementerian Malaysia