Sirajuddin Suhaimee | |
|---|---|
| سيراجالدين سوهايمي | |
| Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia | |
| Menyandang jawatan 1 Oktober 2024 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim (2022-kini) |
| Menteri | Mohd Na'im Mokhtar |
| Didahului oleh | Hakimah Mohd Yusoff |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 18 Oktober 1967 Selangor, Malaysia |
| Anak | 2 |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Teknologi Mara Universiti South Australia (UniSA). |
| Pekerjaan | Pegawai agama Islam |
Yang Berbahagia Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee (Jawi: سيراجالدين بن سوهايمي; lahir 18 Oktober 1967) ialah Pegawai Hal Ehwal Islam di Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah dilantik bermula 1 Oktober 2024.[1] Sebelum itu, beliau ialah timbalan ketua pengarah (dasar) JAKIM.[2]
Pendidikan
Sirajuddin ialah pemegang ijazah sarjana muda undang-undang syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.[3] Beliau juga memegang ijazah sarjana teknologi maklumat dari Universiti Teknologi MARA dan ijazah doktor falsafah (PhD) sains komputer dari Universiti South Australia (UniSA).[3]
Kerjaya
Sirajuddin memulakan kerjaya perkhidmatan awamnya sebagai penolong pengarah dakwah di Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 Januari 1992.[3] Beliau pernah dilantik sebagai pengarah kanan bahagian penyelidikan JAKIM,[4] pengarah bahagian pengurusan halal JAKIM dan setiausaha pertama (halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia.[3]
Anugerah
Pahang :
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua, Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) – Dato' (2017)
Selangor :
Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) – Dato' (2024) [5]- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Empat, Kesatria Mangku Negara (KMN)
Rujukan
- ^ Bernama (2024-10-01). "Sirajuddin is new Jakim DG". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-10-01.
- ^ "JAKIM TERIMA KETUA PENGARAH BAHARU". ALHIJRAH ONLINE (dalam bahasa Inggeris). 2024-10-01. Dicapai pada 2024-10-01.
- ^ a b c d "Sirajuddin appointed as Jakim director-general effective today". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-01.
- ^ Amin, Manzaidi Mohd (2021-06-14). "Jakim umum penempatan baharu empat pegawai kanan". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-01.
- ^ Mohamad Athir Ismail (11 Disember 2024). "Wan Ahmad Dahlan dahului 94 penerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Disember 2024.








