Yang Berbahagia Dato' Haji Mukhyuddin Ibrahim DPMS (Selangor); AMN (Malaysia); AMS (Selangor) | |
|---|---|
| Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie ke-3 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia | |
| Dalam jawatan 2017–2019 | |
| Didahului oleh | Ibrahim Lembut |
| Digantikan oleh | Mohd Na'im Mokhtar |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mukhyuddin bin Ibrahim 19 Mac 1959 |
| Meninggal dunia | 27 Ogos 2021 (umur 62) |
| Pekerjaan | Ulama |
Dato' Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim adalah merupakan bekas Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang dilantik dari tahun 2017 hingga tahun 2019 lalu.[1] Beliau menamatkan tugas setelah dua tahun berkhidmat dan digantikan oleh Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Mokhtar pada tahun 2019 lalu.[2]
Beliau pernah dilantik sebagai Yang di-Pertua Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan.[3]








