- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2009. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2009 (nombor).
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2009 (MMIX) merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory. Ia berlangsung dari 4 Muharam 1430 hingga 14 Muharam 1431.
Peristiwa
Januari
- 1 Januari - Austria, Jepun, Mexico, Turki dan Uganda terpilih ke Majlis Keselamatan PBB.
- 1 Januari - Republik Czech mengambil alih kepresidenan Majlis Kesatuan Eropah daripada Perancis.
- 1 Januari - Ibu negara Paraguay Asunción menjadi Ibu Negara Kebudayaan Amerika manakala Vilnius an Linz menjadi Ibu Negara Kebudayaan Eropah.
- 1 Januari - Slovakia mula menggunakan Euro sebagai mata wang kebangsaan, menggantikan koruna Slovak.
- 1 Januari - Diwajibkan memakai tali pinggang keledar belakang di Malaysia.
- 1 Januari - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia.
- 3 Januari - John Atta Mills dari Kongres Demokratik Kebangsaan terpilih sebagai Presiden Ghana.
- 3 Januari - Pasukan darat Israel mengepung Gaza selepas seminggu mengebom Hamas di kawasan tersebut.
- 17 Januari - Pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Malaysia diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Razali Ismail.
- 20 Januari - Barack Obama (gambar) mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.
- 26 Januari - Gerhana matahari cincin dapat dilihat di Lautan Atlantik, bahagian selatan Afrika, Lautan Hindi, Kepulauan Cocos, Sumatera, Jawa, Malaysia, Kalimantan, Sulawesi dan berakhir sebelum Mindanao, Filipina.
Februari
- 4 Februari - Barisan Nasional menubuhkan Kerajaan Negeri Perak, Malaysia dengan majoriti 3 kerusi apabila 3 wakil Pakatan Rakyat menjadi wakil Bebas.
April
- 7 April - Pilihan raya kecil Perlimen Bukit Gantang Perak, DUN Bukit Selambau Kedah dan DUN Batang Ai Sarawak diadakan secara serentak di Malaysia.
Mei
- 11 Mei - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.
- 31 Mei - Pilihan raya kecil Penanti, Malaysia diadakan setelah Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 8 April.
Jun
- 1 Jun - Penerbangan 447 Air France dengan 228 penumpang dan anak kapal terhempas di Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.
- 2 Jun - Bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak Kuala Terengganu Terengganu Malaysia runtuh.
- 30 Jun - Penerbangan 626 Yemenia dengan 142 penumpang dan 11 anak kapal terhempas di Lautan Hindi dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a ke Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Said Ibrahim.
Julai
- 2 Julai - Diplomat Jepun Yukiya Amano dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.
14 julai muhammad akram lahir
- 5 Julai - Pertubuhan Negara-negara Amerika menggantung keahlian Honduras disebabkan krisis politiknya baru-baru ini.
- 5 Julai - Sekurang-kurangnya 197 orang terbunuh dan 1,680 lagi cedera dalam rusuhan di Ürümqi, Republik Rakyat China (gambar).
- 9 Julai - Satu siri serangan siber terancang menyerang tapak web awam dan persendirian utama Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
- 12 Julai - Javier Velásquez menjadi Perdana Menteri Peru.
- 14 Julai - Pilihan raya kecil Manek Urai, Malaysia diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Haji Ismail Yaacob.
- 17 Julai - Letupan bom di Jakarta, Indonesia, membunuh sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan lebih 50 lagi.
- 22 Julai - Gerhana matahari penuh paling lama abad ke-21 berlaku di sebahagian Asia dan Lautan Pasifik (gambar gerhana separa).
Ogos
- 25 Ogos - Pilihan raya kecil Permatang Pasir, Malaysia diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Mohd Hamdan Abdul Rahman.
September
- 7 September - Trafik bertukar ke sebelah kiri jalan di Samoa, yang pertama sejak hampir 40 tahun.
- 11 September - Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah.
- 16 September - Yukio Hatoyama mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Jepun ke-60.
- 17 September - Militan paling dikehendaki Indonesia Noordin Mohammad Top terbunuh dalam satu serbuan polis di Jawa Tengah.
Oktober
- 11 Oktober - Pilihan raya kecil Bagan Pinang, Malaysia diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Azman Mohammad Noor.
- 27 Oktober - Android 2 dilancarkan.
Kelahiran
- 12 Februari - Nurul Fatihah Zainudin, penyanyi wanita Malaysia
- 18 Februari - Raina Gumay, penyanyi dan pelakon wanita Indonesia
- 21 Februari - Muhamad Iqbal Ariffin, pelakon lelaki Malaysia
- 9 Mac - Muhammad Irfan Syafi Hazrul, chef selebriti Malaysia
- 15 Julai - Puteri Nur Iman Razali, penyanyi wanita Malaysia
- 22 November - Haizan Mazrizal, chef selebriti Malaysia
- 7 Disember - Muhammad Lokman Hakim Shah Abdullah, pelakon lelaki Malaysia
Kematian
- Desember
- 30 Desember - K. H. Abdurrahman Wahid, Mantan Presiden Indonesia (l.1940)