Ismail Muhammad | |
---|---|
Imam Besar Masjid Negara Malaysia ke-12 | |
Dalam jawatan 2007–2019 | |
Didahului oleh | Kamaruddin Zakaria |
Digantikan oleh | Ehsan Mohd Hosni |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ismail bin Muhammad 2 Januari 1944 Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu |
Pekerjaan | Ulama |
Tan Sri Dato' Seri Dr. Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad (lahir 2 Januari 1944) ialah seorang agamawan Islam di Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur ke-12.[1] Sehingga 2019, beliau merupakan Imam Besar Masjid Negara paling lama berkhidmat, iaitu selama 12 tahun.[perlu rujukan]
Anugerah
Tokoh Maal Hijrah
Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu
Pada 7 Disember 2010, Shaikh Ismail Muhammad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah negeri Terengganu 2010. Beliau banyak memberi sumbangan dan khidmat kepada pembangunan dakwah Islam di Malaysia. Shaikh Ismail membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala serta sijil penghargaan. Anugerah telah disampaikan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Laksamana Raja di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam. Tokoh Maal Hijrah lain ialah keluarga Muhamad Abu Bakar turut menerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali negeri Terengganu.[2]
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Pada 9 Ogos 2021, Shaikh Ismail Muhammad dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2021 di atas sumbangan beliau dalam menyebarkan Syiar Islam. Anugerah telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin[3] sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau juga merupakan Imam Besar Masjid Negara yang paling lama bertugas.
Darjah kebesaran
Malaysia
Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri
Pulau Pinang
Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) - Dato' Seri (2016)
Terengganu
Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) - Dato'
- Pingat Jasa Kebaktian