Tan Sri Kamaluddin bin Abdullah merupakan anak lelaki Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan Tun Endon binti Mahmood Ambak. Beliau memiliki harta RM332 juta dalam nilai saham dan pegangan syarikat minyak dan gas melalui ScomiGroup. Menurut majalah perniagaan Malaysian Business dianggap jutawan termuda dalam senarai 40 jutawan Malaysia .Kamaluddin berketurunan Arab-Cina-Jepun-Melayu.
Mingguan Malaysia melaporkan Kamaluddin Abdullah adalah orang Melayu ke 10 terkaya di Malaysia atau ke 32 terkaya di Malaysia.
Kamaluddin pernah berkahwin dengan Dato' Azrene Abdullah, sebelum berkahwin dengan Puan Sri Fareshah Abdullah.