Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur | |
---|---|
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Moden ke-III dan Sultan Johor ke-XXII | |
Pemerintahan | 8 Mei 1959 – 10 Mei 1981 |
Pendahulu | Sultan Ibrahim |
Pengganti | Sultan Iskandar |
Raja Muda | Tunku Mahmood Iskandar |
Pasangan | Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad (k. 1920; m. 1977) Sultanah Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad (k. 1977) |
Anakanda | |
Tunku Abdul Jalil Tunku Kalthum Maimunah Tunku Abdul Rahman Tunku Mahmood Iskandar Tunku Abdul Rahman Tunku Helen Tunku Tun Maimunah | |
Nama penuh | |
Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur | |
Tempat persemayaman | Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor |
Ayahanda | Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah |
Bonda | Tunku Ampuan Maimunah binti Almarhum Ungku Abdul Majid |
Keputeraan | Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | 28 Oktober 1894
Kemangkatan | 10 Mei 1981 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor | (umur 86)
Dimakamkan | 11 Mei 1981 Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor |
Agama | Islam |
Gelaran hormat bagi Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim سلطان إسماعيل إبن سلطان إبراهيم | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia دولي يڠمها موليا |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia دولي يڠمها موليا |
Gaya pilihan | Tuanku توانکو |
Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi Ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur KBE CMG (28 Oktober 1894 – 10 Mei 1981) merupakan Sultan Johor ke-22 (Sultan Johor Era Moden ke-3 daripada keturunan Temenggong) dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981 yang menggantikan Seri Paduka Ayahandanya, Sultan Sir Ibrahim Sultan Sir Abu Bakar. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti tersebut. Baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960.
Pendidikan
Sultan Ismail telah mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Johor Bahru. Kemudian, baginda turut belajar bahasa Inggeris daripada seorang guru berbangsa Eropah. Ketika baginda berusia 10 tahun, baginda diiringi oleh kedua-dua paduka adinda, iaitu Tunku Aris Bendahara Abu Bakar dan Tunku Temenggong Ahmad serta lima orang sahabat baginda, iaitu Dato' Onn bin Dato' Ja'afar, Dato' Wan Idris bin Wan Ibrahim, Ismail bin Muhammadon, Abu Bakar bin Yahya, dan Ungku Sulaiman bin Ungku Mohd Khalid telah dihantar belajar ke England dengan menaiki kapal P&O Liner Bengal. Di England, baginda dan paduka-paduka adinda telah bersekolah di Rose Hill School, Tunbrigde Wells, Kent, kemudian di Alderburgh Lodge School serta di Roydon Hall, Norfolk. Basinda juga pernah belajar di Christ Church, Oxford. Pada tahun 1910, baginda diiringi Dato' Onn bin Dato' Ja'afar telah berangkat pulang ke Johor. Dalam tahun itu juga, baginda berdua telah dititahkan menyambung pelajaran di Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Antara kerabat diraja yang menuntut bersama-sama baginda di MCKK ialah Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan), Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor), dan Almarhum Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak). Dalam tahun 1913, baginda sekali lagi telah berangkat ke England. Baginda bersemayam di England selama tujuh tahun, dan dalam tempoh itulah baginda telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman setelab melawat beberapa tempat di England dan Eropah. Pada hari Jumaat 5 Mac 1920, Sultan Ismail diringi paduka adindanya, Tunku Aris Bendahara Abu Bakar telah berangkat balik ke Johor.[1]
Keluarga
Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu dengan:
- Sultanah Aminah binti Almarhum Ungku Ahmad berkahwin dengan Sultan Ismail pada 30 Ogos 1922.[2] Kemudian baginda sultanah mangkat pada 14 September 1977 akibat kemalangan jalanraya di Kulai pada bulan Ogos 1977. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan 3 puteri dimana beberapa daripadanya hidup sehingga dewasa:
- Tunku Abdul Jalil ibni Almarhum Sultan Ismail (1924-1925)
- Tunku Kalthum Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail (1927-1929)
- Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Ismail (1929-1932)
- Tunku Mahmood Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (Sultan Johor) (1932-2010)[3][4]
- Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Ismail (Tunku Bendahara Johor) (1933-1989) [5]
- Tunku Helen ibni Almarhum Sultan Ismail (1937-1937)
- Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail (Tunku Gedong) (1939-2012)[3]
- Sultanah Nora binti Almarhum Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad merupakan kerabat diraja Kelantan yang telah berkahwin dengan Sultan Ismail pada 13 November 1977.[6]
Mangkat
Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas dimasukkan hospital itu kerana gering. Baginda digantikan oleh paduka anakandanya, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
Legasi
Sultan Ismail telah diabadikan namanya di beberapa tempat dan institusi seperti:
- Jalan Sultan Ismail (dahulu Treacher Road sehingga 2007) di Kuala Lumpur
- Jambatan Sultan Ismail Muar, Muar
- Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTSI dan juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Senai), Senai
- Perpustakaan Sultan Ismail, Larkin[7]
- Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia
- Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat
- Hospital Sultan Ismail, Taman Austin Perdana, Johor Bahru
- S.M.K. Sultan Ismail, Johor Bahru
- Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Nusajaya.
Anugerah dan kehormatan
Johor
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia
- Pingat Sultan Ibrahim (P.S.I.) (1928)
Tanah Melayu / Malaysia
- Persekutuan Tanah Melayu:
- Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun (1958)[8]
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) (1960)
- Malaysia:
- Kelantan:
- Terengganu:
- Selangor:
- Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (DK I) (1975)[9]
- Pahang:
- Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK I) (1968)[10]
- Perak:
Antarabangsa
- Brunei:
- Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DK) – Dato Laila Utama (1958)
- Romania:
- Darjah Bintang Romania (16 Julai 1920)
- Thailand:
- Darjah Mahkota Thailand (21 Julai 1925)
- United Kingdom:
- Darjah St Michael dan St George (CMG) (1 Januarai 1926)
- Pingat Jubli Perak Raja George V (6 Mei 1935)
- Darjah Empayar British (KBE) - Sir (11 Mei 1938)[11]
- Darjah Kemahkotaan Raja George VI (12 Mei 1937)
- Darjah Kemahkotaan Ratu Elizabeth II (2 Jun 1953)[perlu rujukan]
- Itali:
- Darjah Mahkota Itali (1938)
Rujukan
- ^ Buku ALMARHUM SULTAN ISMAIL JOHOR 1894-1981
- ^ Morais (1969), m/s xxii
- ^ a b Johor15 diambil 6 Januari 2008
- ^ Morais (1965), m/s xxii
- ^ Who's who in Malaysia ... & Profiles of Singapore, Morais (1967), m/s xxii; Selamat Johor Tanda Kenangan
- ^ Morais (1979), m/s 67
- ^ Pengenalan Diarkibkan 2009-03-04 di Wayback Machine, Laman Web Rasmi Perpustakaan Sultan Ismail, diambil 1 Februari 2009
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF).
- ^ "DK I 1975". awards.selangor.gov.my.
- ^ "Bintang Pahang untok Sultan Johor". Berita Harian. 23 April 1968. m/s. 5.
- ^ "No. 34396". The London Gazette (Supplement). 11 May 1937. m/s. 3098.
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Ibrahim |
Sultan Johor ke-23 1959-1981 |
Diikuti oleh: Sultan Iskandar |
{{#switch:||Kategori=
- Pages containing London Gazette template with parameter supp set to y
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari August 2020
- Penerima Seri Maharaja Mangku Negara
- Kelahiran 1894
- Kematian 1981
- Sultan Johor abad ke-20
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Bali
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Denmark
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Sultan Johor – Wangsa Temenggung
- Penerima Pingat Peringatan Malaysia (Emas)