Allahyarhamah Tun Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah | |
---|---|
Pasangan Perdana Menteri Malaysia pertama | |
Dalam jawatan 31 Ogos 1957 – 22 September 1970 | |
Yang di-Pertuan Agong | Tuanku Abdul Rahman Sultan Hisamuddin Alam Shah Tuanku Syed Putra Jamalullail Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
Perdana Menteri | Tunku Abdul Rahman |
Didahului oleh | Penyandang pertama |
Digantikan oleh | Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1920 Alor Setar, Kedah, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) |
Mati | 12 Mac 2000 (berumur 79–80) Pulau Pinang, Malaysia |
Tempat semadi | Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah |
Pasangan | Tunku Abdul Rahman (k. 1939; m. 1990) |
Anak | Sulaiman (anak angkat lelaki sulung) Mariam (anak angkat perempuan sulung) Sharifah Hanizah (cucu tiri; anak angkat perempuan) Faridah (anak angkat perempuan bongsu) |
Allahyarhamah Tun Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah (1920 – 12 Mac 2000) merupakan isteri ketiga kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan merupakan Pasangan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Mereka mendirikan rumah tangga ketika Tunku kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah merupakan adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Tunku berkahwin dengannya selepas kematian Mariam dan perceraian dengan Violet Coulson. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
Beliau meninggal dunia akibat pneumonia pada usia 80 tahun pada 12 Mac 2000, dan telah disemadikan bersebelahan dengan makam Almarhum Tunku Abdul Rahman di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah.
Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah, yang terletak di kawasan Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZ0NE) dinamakan sempena nama beliau.