KA12 Kereta api komuter | |||||||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | باتڠ كالي (Jawi) 峇冬加里 (Cina) | ||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | Batang Kali, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Koordinat | 3°28′06″N 101°38′17″E / 3.46833°N 101.63806°E | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||||||||||||||||||
Laluan | 2 Laluan Pelabuhan Klang Laluan ETS | ||||||||||||||||||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||||||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Sambungan | Bas Smart Selangor MPHS - HS02 (Antara Gapi - Bandar Utama - KTM Batang Kali - Bandar Utama - Antara Gapi) Bas ulang-alik Aerobus BTGGH (KTM Batang Kali - Terminal Bas Awana, Genting Highlands) MARA Liner: 154 158 [100 meter dari stesen] | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis struktur | Atas tanah | ||||||||||||||||||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan basikal | Tiada | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||||||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||||||||||||||||||
Kod stesen | KA12 | ||||||||||||||||||||||||||||||
Tarikh penting | |||||||||||||||||||||||||||||||
Apr 2007 | Stesen dan Komuter Tanjung Malim - Rawang dibuka. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Jul 2015 | Perkhidmatan mula beroperasi, membawa laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Jul 2016 | Komuter Tanjung Malim - Rawang ditamatkan, 2 dibuka. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dis 2017 | Perkhidmatan diperluas ke laluan Gemas - Butterworth - Padang Besar. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Jan 2022 | Perkhidmatan Business Class beroperasi. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Perkhidmatan dahulu | |||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||||||||||||||||||
Stesen Keretapi Batang Kali ialah sebuah stesen perhentian keretapi di Bandar Baru Batang Kali, Selangor, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 21 April 2007 bersama dengan stesen Rasa dan stesen Serendah. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah timur, untuk kereta api ke arah selatan) dan Platform 2 (di sebelah barat, untuk kereta api ke arah utara).
Stesen keretapi Batang Kali merupakan perhentian utama di daerah Hulu Selangor kerana satu-satunya perhentian yang mempunyai perkhidmatan ETS jarak jauh. Tren ETS memulakan perhentiannya di Batang Kali pada tanggal 1 Julai 2015 dengan laluan KL Sentral ke Ipoh, membawa perkhidmatan ETS Silver. Pada tanggal 18 Disember 2017, perkhidmatan ETS di Batang Kali telah diperluas ke laluan Gemas dan Padang Besar dengan membawa perkhidmatan ETS Gold. Sehingga hari ini (15 Januari 2022), perkhidmatan ETS di Batang Kali masih aktif dengan laluan Gemas - KL Sentral - Ipoh - Butterworth - Padang Besar, membawa ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ETS Platinum, ETS Gold dan ETS Silver.
Kini, stesen Batang Kali menjadi salah satu stesen yang tersibuk di daerah Hulu Selangor akibat jumlah pengguna yang semakin tinggi saban tahun.
1 | ■■Laluan Pantai Barat (Down) | Arah KL Sentral, Pelabuhan Klang dan Gemas |
---|---|---|
2 | ■■Laluan Pantai Barat (Up) | Arah Tanjung Malim, Ipoh dan Butterworth |
Pelan Stesen
Platform | Platform 2 (Platform sisi), pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
KTM arah Utara | → 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Tanjung Malim (Rasa) → ETS ETS Gold menghala ke Butterworth (Tanjung Malim) → ETS ETS Silver menghala ke Ipoh (Kuala Kubu Bharu) | |
KTM arah Selatan | ← 2 Laluan Pelabuhan Klang menghala ke Pelabuhan Klang (Serendah) ← ETS ETS Platinum menghala ke KL Sentral (Sungai Buloh) ← ETS ETS Gold menghala ke Gemas (Sungai Buloh) ← ETS ETS Silver menghala ke KL Sentral (Rawang) | |
Platfrom 1 (Platform sisi), pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
Ruang Legar | Mesin tiket, pagar tambang dan kaunter khidmat pelanggan | |
Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan pautan atau gambar dalam nama
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan markup dalam jenis
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan gambar dalam jenis
- Halaman tanpa tarikh pembukaan dalam kotak info stesen
- Tunas kereta api
- Laluan Pelabuhan Klang
- Stesen kereta api di Selangor