SUTRA adalah kependekan kepada Aplikasi Rel Transit Bandar Scomi (Scomi Urban Transit Rail Application) merupakan projek monorel generasi akan datang yang dilaburkan oleh Scomi Group Bhd.
SUTRA sekarang ini berada di peringkat ujian di trek sepanjang satu km di kilang pengeluaran kumpulan itu di Rawang di mana pelanggan berpotensi, kedua-dua tempatan dan antarabangsa, akan berpeluang melihat keupayaannya.