Lokasi | Stesen Muzium Negara, Jalan Damansara, 50470 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′14.34″N 101°41′14.41″E / 3.1373167°N 101.6873361°EKoordinat: 3°8′14.34″N 101°41′14.41″E / 3.1373167°N 101.6873361°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | KL Sentral Bas GoKL: Merah | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bawah tanah | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK15 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 Julai 2017 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen MRT Muzium Negara ialah stesen transit aliran massa (MRT) di barat daya Kuala Lumpur, Malaysia . Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena Muzium Negara yang terletak di utara stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Julai 2017 di bawah pembukaan Fasa 2 laluan ini.[1] Semasa pembinaan, stesen ini dikenali sebagai KL Sentral.[2]
Walaupun terletak berhampiran Stesen Sentral KL, ia bukan sebahagian kompleks tersebut. Stesen ini dihubungkan melalui laluan pejalan kaki sepanjang 240 meter ke stesen tersebut.
Ciri-ciri Stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di bawah Jalan Damansara di barat daya utara Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sebelah utara stesen ialah Muzium Negara Malaysia, yang memberikan nama kepada stesen ini, manakala di sebelah selatan adalah KL Sentral (Menara CIMB, Menara Q Sentral, Hotel St Regis Kuala Lumpur, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, Hotel Hilton Kuala Lumpur, Menara 1 Sentrum, Stesen KL Sentral dan pusat membeli-belah Nu Sentral). Juga terletak berhampiran stesen adalah Brickfields Asia College Kuala Lumpur, IPD Brickfields, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Planetarium Negara dan Taman Botani Perdana.
Pelan stesen
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
B1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 1 2 5 6 7 10 ETS Stesen Sentral KL |
B2 Platform |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Pasar Seni) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Manulife-Semantan) |
Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3]
Pintu stesen
Terdapat tiga pintu masuk dan keluar stesen di Stesen MRT Muzium Negara iaitu Pintu A, Pintu B dan Pintu C. Masing-masing terletak di lokasi yang berbeza dan mempunyai kemudahan mesra bagi pengguna OKU, lif, eskalator dan tangga yang menuju ke aras legar stesen yang terletak di bawah tanah.[4][5]
Pintu | Lokasi | Destinasi utama dan kawasan berhampiran | Kemudahan | Gambar | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tangga | Eskalator | Lif | OKU | Bas | |||||
A | Selatan stesen | Jalan Damansara The St Regis Kuala Lumpur, Menara CIMB, The Sentral Residences, Q Sentral |
— | ||||||
B | Utara stesen | Jalan Damansara Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli, Jabatan Muzium Malaysia, Tasik Perdana, The Majestic Hotel Kuala Lumpur |
— | ||||||
C | Selatan stesen | Sambungan pejalan kaki ke Sentral Kuala Lumpur Kuala Lumpur Sentral, Hilton Kuala Lumpur, Le Meridien Kuala Lumpur, Q Sentral, Menara CIMB, Platinum Sentral, Nu Sentral |
— |
Reka Bentuk Dalaman
Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bangunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen-stesen MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang, stesen Muzium Negara telah diberi tema "Peralihan" yang memaparkan sejarah pengangkutan awam di Kuala Lumpur.[6]
Pertukaran
Penumpang yang menukar laluan diantara stesen MRT Muzium Negara dan Hab Pengangkutan KL Sentral perlu melalui sambungan pejalan kaki sepanjang 240 meter; dimana struktur sambungan tersebut adalah bertingkat. Sambungan ini telah dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad dengan kos sebanyak RM50 juta.[7]
Daripada stesen ini, sambungan pejalan kaki bermula di luar kawasan berbayar stesen di pintu C. Terdapat eskalator yang membawa pengguna ke laluan pejalan kaki aras tinggi merentasi Jalan Stesen Sentral 2. Laluan ini dihubungkan dengan pelbagai bangunan seperti Menara Q Sentral, Menara CIMB, Hotel Le Meredian, Platinum Sentral dan Stesen Sentral KL (di hadapan balai berlepas KLIA Ekspres). Memandangkan laluan pejalan kaki ini menghubungkan terus dengan kawasan berbayar stesen MRT Muzium Negara, ia tidak membenarkan pengguna melalui stesen ini daripada KL Sentral berjalan terus ke Muzium Negara dan sebaliknya.
Perkhidmatan bas
Bas Bandar GoKL laluan Merah berkhidmat berhampiran stesen ini.
Galeri
Stesen
-
Eskalator daripada aras platform ke aras legar stesen.
-
Aras platform stesen.
-
Bangku di stesen yang direka oleh pelajar bernama Mohd Saiful Anuar Zamri dari Politeknik Sultan Ahmad Shah.
-
Permandangan aras legar stesen.
-
Pintu berbayar di aras legar stesen.
-
Pintu berbayar di pintu C stesen yang berhubungan dengan sambungan pejalan kaki ke KL Sentral.
-
Pintu berbayar di pintu C stesen menghadap ke sambungan pejalan kaki ke KL Sentral.
-
Pintu B stesen di hadapan Muzium Negara.
-
Permandangan secara dekat pintu B di bahagian utara Jalan Damansara.
-
Pintu B di hadapan Muzium Negara.
-
Pintu B dengan Muzium Negara dilihat terus melalui bumbung kaca.
-
Lif di pintu B membolehkan akses terus dengan Muzium Negara.
-
Pintu A di bahagian selatan Jalan Damansara.
-
Pintu A terletak berhampiran Menara CIMB dan St Regis Kuala Lumpur
-
Permandangan secara dekat pintu A
Sambungan Sentral KL
-
Commuters walking towards the MRT station from the link
-
Commuters walking towards the MRT station from the link
-
One of the escalator landing of the pedestrian link
-
Escalators along the pedestrian link
-
Escalators from the elevated section of the link descending to the underground section
-
Elevated section of the pedestrian link
-
The pedestrian link connects to Platinum Sentral too
-
Escalators just after the pedestrian link entrance at the KLIA Ekspres arrival hall
-
Escalators just after the pedestrian link entrance at the KLIA Ekspres arrival hall
-
External view of the link at KL Sentral
Rujukan
- ^ Fuad, Faris (15 Dec 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Nov 2018. Dicapai pada 22 Nov 2018.
- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Muzium Negara — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-22. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamrt
- ^ "Muzium Negara MRT Station" [Stesen MRT Muzium Negara]. Greater Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-29. Dicapai pada 2019-04-29.
- ^ Meng Yew Choong (24 Mei 2019). "Seven hidden gems of the MRT" (dalam bahasa Inggeris). THE Star Online. Dicapai pada 2017-07-17.
- ^ "Linkway for pedestrians between KL Sentral and Muzium Negara MRT station to open on July 17". New StraitsTimes. 29 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.