Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 1993 |
Jenis | Muzium sains |
Maklumat geografi | |
Lokasi | Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia |
Maklumat pelawat | |
Laman sesawang | |
sunting |
Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas 120,000 kaki persegi (11,000 m2).
Sejarah
Planetarium Negara bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula pada 1990 dan disiapkan pada 1993. Pelancaran tidak rasmi bermula pada bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7 Februari 1994. Setelah setahun setengah beroperasi dengan lancar, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah alih ke Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar Malaysia. Peristiwa tersebut bukan sekadar memberikan tumpuan kepada keseluruh reka bentuk dan seni bina serta keunikan kemudahan Planetarium bahkan juga menggambarkan kesungguhan Kerajaan ke atas pembangunan sains dan teknologi angkasa.
Ia mengambil masa tiga tahun untuk dibina, kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang hebat kepada jurubina projek, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa diatasi dan tempoh pameran selesai dipasang.
Memandangkan kerumitan menyelaras sebegitu banyak oleh pembekal luar negara, ditambah dengan ketiadaan pakar yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan, kejayaan penyiapan kompleks dan pemasangan kesemua peralatan dengan kelewatan yang minimum sebenarnya merupakan kejayaan yang membanggakan.
Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Planetarium Negara berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kesedaran kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan menggorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.[1]
Pameran dan tarikan
Salah satu tarikan utama planetarium ini termasuk pawagam angkasa yang menayangkan tayangan angkasa dan filem format besar.
Di galeri utama adalah pameran berkaitan dengan sains angkasa. Antaranya adalah enjin angkasa Arianne IV, yang juga merupakan salah satu enjin yang digunakan bagi pelancaran MEASAT 1, satelit pertama Malaysia ke angkasa lepas. Juga terdapat sebuah Teleskop 14-inci (360 mm) yang ditempatkan di menara tinjau.
Planetarium Negara menganjur ke taman tema angkasa di mana terletak replika balai cerap silam. Ia bersambung oleh jambatan pejalan kaki atas ke Muzium Negara.
Terdapat juga Stonehenge mini yang terletak di luar planetarium ini di mana pengunjung tidak perlu ke England untuk melihat replika ini.
Waktu operasi
Planetarium Negara dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang (kecuali pada hari Isnin, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji serta hari-hari kelepasan am lain yang dinyatakan oleh Planetarium Negara).
Tayangan planetarium berlangsung setiap satu jam dari jam 10:00 pagi sehingga jam 4:00 petang.
Tayangan berlangsung pada 10 pagi, 11 pagi, 12 tengah hari, 1 petang, 2 petang, 3 petang dan 4 petang.
Akan tetapi pada hari Jumaat tayangan pada jam 1 petang dan 2 petang tiada, kerana berehat sebentar memberi laluan kepada solat Jumaat. Pameran dibuka seperti biasa.
Masuk adalah PERCUMA tetapi bayaran dikenakan jika pengunjung memilih untuk menonton tayangan.
Planetarium Negara ditutup sementara pada 9 Mei 2018 sempena pilihan raya umum Malaysia 2018.[2][3]
Rujukan
- ^ "Pameran Misi Angkasa, Planetarium Negara". Kosmo!. 20 Disember 2017. Dicapai pada 17 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "National Planetarium closed on May 9 for GE14". The Sun Daily. 30 April 2018. Dicapai pada 17 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Planetarium Negara tutup pada 9 Mei sempena PRU-14". Kosmo!. 30 April 2018. Dicapai pada 17 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Pautan luar
- Laman rasmi Planetarium Negara
- Laman rasmi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia
- Facebook rasmi Planetarium Negara
- Twitter rasmi Planetarium Negara
Koordinat: 3°08′22.08″N 101°41′21.73″E / 3.1394667°N 101.6893694°E