Lokasi | Stesen Semantan, Jalan Semantan, 50490 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°EKoordinat: 3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang | ||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Pengendali kereta api | RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T818, T819, T820, T821, T850, T852 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Tiada | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | SBK14 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 16 December 2016 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Stesen MRT Semantan (atau sebelumnya Stesen MRT Manulife-Semantan atas sebab penajaan)[1][2] ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara Heights, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pusat perniagaan Semantan yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[3]
Ciri-ciri stesen
Lokasi
Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Sprint atau Jalan Semantan berhampiran Persimpangan Semantan di Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat banyak pejabat di sekitar stesen seperti Wisma HRDF, Menara Manulife Insurans, Plaza Zurich, Wisma Chase Perdana, Wisma UOA Damansara, Wisma HELP, Menara Yayasan ECM Libra, bangunan MRT Corp dan bangunan Indah Water Konsortium. Juga terletak berhampiran stesen adalah Taman Damansara Endah, Semantan Villas, Idamansara dan Gereja Pentecostal Calvary.
Pelan stesen
L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (Muzium Negara) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Pavillion-Pusat Bandar Damansara) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]
Perkhidmatan bas
Bas RapidKL laluan T818, T819, T820, T821, T850, dan T852 berkhidmat di stesen ini.
Galleri
-
Stesen MRT Semantan di atas Jalan Semantan/Lebuhraya Sprint.
-
Stesen MRT Semantan di atas Jalan Semantan/Lebuhraya Sprint.
-
Hentian bas di sepanjang Jalan Semantan/Lebuhraya Sprint diakses melalui Pintu A.
-
Hentian kenderaan di Persiaran Damansara Endah diakses melalui Pintu A.
-
Permandangan Jalan Dungun dengan Pintu B stesen dan hentian bas pengantara di sebelah kiri.
-
Fare gates leading out of the paid area of the concourse level.
-
Aras legar stesen.
-
Mesin tiket di aras legar.
-
Aras platform stesen.
-
Tren arah selatan (ke Kajang) menghampiri stesen.
-
Tren arah selatan (ke Kajang) meninggalkan stesen.
Rujukan
- ^ M. Hafidz Mahpar (11 Jul 2017). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
- ^ "Manulife granted naming rights for Semantan MRT station" (dalam bahasa Inggeris). 22 Ogo 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 15 Nov 2018.
- ^ "Manulife Semantan — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan nama dalam markup
- Rencana menggunakan kotak info stesen dengan pautan atau gambar dalam nama
- Tunas kereta api
- Laluan Sungai Buloh-Kajang
- Stesen RapidKL
- Stesen transit aliran deras di Kuala Lumpur
- Penubuhan 2016 di Malaysia
- Stesen kereta api dibuka pada tahun 2016