Perjanjian Antartika bahasa Inggeris: The Antartic Treaty Perancis: Traité sur l'Antarctique Rusia: Договор об Антарктике Bahasa Sepanyol: Tratado Antártico | |
---|---|
Sistem Perjanjian Antartika | |
Jenis | Kondominium |
Ditandatangani | 1 Desember 1959[1] di Washington, D.C., U.S. |
Berkuat kuasa | 23 Jun 1961 |
Syarat | Ratifikasi 12 pihak penandatangan |
Penandatangan | 12[2] |
Pihak | 53[2] |
Pemegang simpanan | Pemerintah Amerika Syarikat[2] |
Bahasa | Inggris, Perancis, Rusia dan Spanyol |
Laman sesawang | Secretariat of the Antarctic Treaty |
Antarctic Treaty di Wikisumber | |
sunting |
Perjanjian Antartika (Jawi: ڤرجنجين انترتيکا ) dan perjanjian berkaitan yang dikenali sebagai Sistem Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty System, ATS) mengawal hubungan antarabangsa mengenai Antartika yang merupakan satu-satunya benua tanpa populasi manusia asal di Bumi. Antartika ditakrifkan dalam sistem perjanjian sebagai semua tanah dan pentas ais yang berada di selatan garis lintang 60°S. Perjanjian ini dikuatkuasakan pada tahun 1961 dengan 53 pihak yang menyertainya selewat 2016,[2] yang menetapkan Antartika sebagai kawasan perlindungan saintifik, menetapkan kebebasan menyelidik serta melarang kegiatan ketenteraan di benua tersebut. Perjanjian itu adalah perjanjian kawalan senjata yang pertama ditubuhkan semasa Perang Dingin. Ibu pejabat Setiausaha Perjanjian Antartika berpusat di Buenos Aires, Argentina sejak September tahun 2004.[3]
Perjanjian utamanya telah dibuka untuk penandatanganan pada 1 Disember 1959[1] dan dikuatkuasakan secara rasminya pada 23 Jun 1961.[4] Penandatangan asalnya merupakan 12 buah negara yang terlibat di Antartika pada Tahun Geofizikal Antarabangsa 1957-58. Dua belas negara ini yang mempunyai kepentingan besar di benua ini ialah Argentina, Australia, Belgium, Chile, Perancis, Jepang, New Zealand, Norway, Afrika Selatan, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Serikat di mana negara-negara ini telah mendirikan lebih 50 buah stasiun penyelidikan untuk tujuan tahun tersebut. Perjanjian ini dianggap sebagai suatu langkah diplomatik mengenai operasi dan kerjasama saintifik yang telah dicapai melalui kegiatan mereka di benua tersebut.
Perkara-perkara Perjanjian
- Perkara 1 – Kawasan Antartika akan digunakan untuk tujuan aman; aktiviti ketenteraan seperti pengujian senjata adalah dilarang tetapi anggota dan peralatan ketenteraan mungkin boleh digunakan untuk ptujuan penyelidikan ilmiah atau apa-apa tujuan aman;
- Perkara 2 – Kebebasan penyelidikan dan kerjasama saintifik akan diteruskan;
- Perkara 3 – Pertukaran maklumat serta anggota yang bebas dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan lain-lain agensi antarabangsa;
- Perkara 4 – Perjanjian ini tidak mengiktiraf, mempertikai atau mewujudkan tuntutan wilayah berdaulat; dan tidak akan ada tuntutan baru yang ditegaskan selagi perjanjian ini dikuatkuasakan;
- Perkara 5 – Perjanjian melarang letupan nuklear atau pelupusan sisa radioaktif;
- Perkara 6 – Perjanjian termasuk semua tanah dan pentas ais tetapi tidak perairan di sekitarnya selatan 60 darjah 00 minit selatan;
- Perkara 7 – Negara pemerhati mempunyai akses percuma, termasuk pemerhatian dari udara, ke mana-mana kawasan dan mungkin dibolehkan memeriksa semua stesen, pemasangan dan peralatan; dengan perlu memberikan terlebih dahulu notis ingin melihat semua kegiatan dan serta pengenalan anggota tentera;
- Perkara 8 – Membenarkan bidang kuasa yang baik ke atas negara pemerhati dan saintis sendiri;
- Perkara 9 – Melakukan mesyuarat perundingan secara kerap di antara negara-negara ahli;
- Perkara 10 – Semua negara yang terlibat akan menghalang sebarang aktiviti di Antartika yang bertentangan dengan Perjanjian oleh mana-mana negara;
- Perkara 11 – Semua pertikaian akan diselesaikan dengan amannya oleh pihak yang berkenaan, atau sehingga akhirnya oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa;
- Perkara 12, 13, 14 – Berurusan perihal penegakan, pentafsiran, ... ... serta pengubahan perjanjian antara negara-negara yang terlibat.
Perjumpaan
Mesyuarat Perundingan Perjanjian Antartika adalah forum antarabangsa tahunan yang diadakan untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan benua tersebut. Hanya 29 daripada 53 buah negara pihak Perjanjian berhak mengambil bahagian dalam membuat keputusan dalam perjumpaan sebegini, walaupun 24 negara yang lainnya masih diberi izin untuk hadir. Ahli-ahli yamg membuat keputusan dala perjumpaan ini adalah "Pihak Perundingan" yang terdiri daripada 12 pihak penandatangan asal serta 17 negara yang telah menunjukkan minat mereka pada benua Antartika dengan menjalankan kegiatan saintifik utama di sana.[5]
Pihak yang terlibat
Selewat tahun 2015, terdapat 53 buah negara yang memihak pada perjanjian ini termasuk semua 12 negara yang menandatangani perjanjian asal serta mempunyai status perundingan.[6] Negara ahli perundingan ahli termasuk tujuh buah negara yang menuntut sebahagian kawasan Antartika sebagai wilayah berdaulat. 46 negara-negara bukan penuntut sama ada tidak mengiktiraf tuntutan sebegini mahupun tidak menyatakan kedudukan mereka.
Nota: Jadual ini boleh disusun kandungannya mengikut urutan abjad atau masa dengan mengetik ikon .
Negara[7][8] | Tarikh penandatanganan | Ratifikasi | Status perundingan | Nota |
---|---|---|---|---|
Afrika Selatan[9] | 1 Disember 1959 | 21 Jun 1960 | 23 Jun 1961 | |
Amerika Syarikat** | 1 Disember 1959 | 18 Ogos 1960 | 23 Jun 1961 | |
Argentina (tuntutan)* | 1 Disember 1959 | 23 Jun 1961 | 23 Jun 1961 | |
Australia (tuntutan) | 1 Disember 1959 | 23 Jun 1961 | 23 Jun 1961 | |
Austria | Tiada | 25 Ogos 1987 | ||
Belanda | Tiada | 30 Mac 1967 | 19 November 1990 | |
Belarus | Tiada | 27 Disember 2006 | ||
Belgium | 1 Disember 1959 | 26 Julai 1960 | 23 Jun 1961 | |
Brazil | Tiada | 16 Mei 1975 | 27 September 1983 | |
Bulgaria | Tiada | 11 September 1978 | 5 Jun 1998 | |
Chile (tuntutan)* | 1 Disember 1959 | 23 Jun 1961 | 23 Jun 1961 | |
China | Tiada | 8 Jun 1983 | 7 Oktober 1985 | |
Colombia | Tiada | 31 Januari 1989 | ||
Cuba | Tiada | 16 Ogos 1984 | ||
Denmark | Tiada | 20 Mei 1965 | ||
Ecuador | Tiada | 15 September 1987 | 19 November 1990 | |
Estonia | Tiada | 17 Mei 2001 | ||
Finland | Tiada | 15 Mei 1984 | 20 Oktober 1989 | |
Guatemala | Tiada | 31 Julai 1991 | ||
Hungary | Tiada | 27 Januari 1984 | ||
Iceland |
Tiada | 13 Oktober 2015 | ||
India | Tiada | 19 Ogos 1983 | 12 September 1983 | |
Itali | Tiada | 18 Mac 1981 | 5 Oktober 1987 | |
Jepun | 1 Disember 1959 | 4 Ogos 1960 | 23 Jun 1961 | |
Jerman (terhenti sejak 1945) | Tiada | 5 Februari 1979 | 3 Mac 1981 | Jerman Barat meratifikasikan perjanjian ini. Jerman Timur turut serta pada 19 November 19 dan menerima status perundingan pada 17 Oktober 1989 selepas bersatu semula dengan Jerman Barat.[10] |
Kanada | Tiada | 4 May, 1988 | ||
Kazakhstan | Tiada | 27 Januari 2015 | ||
Korea Selatan | Tiada | 28 November 1986 | 9 Oktober 1989 | |
Korea Utara | Tiada | 21 Januari 1987 | ||
Malaysia | Tiada | 31 Oktober 2011 | ||
Monaco | Tiada | 31 Mei 2008 | ||
Mongolia | Tiada | 23 Mac 2015 | ||
New Zealand (tuntutan) | 1 Disember 1959 | 1 November 1960 | 23 Jun 1961 | |
Norway (tuntutan) | 1 Disember 1959 | 24 Ogos 1960 | 23 Jun 1961 | |
Pakistan | Tiada | 1 Mac 2012 | ||
Papua New Guinea | Tiada | 16 Mac 1981 | Merdeka daripada Australia pada 16 September 1975.[11] | |
Perancis (tuntutan) | 1 Disember 1959 | 16 September 1960 | 23 Jun 1961 | |
Peru | Tiada | 10 April 1981 | 9 Oktober 1989 | |
Poland | Tiada | 8 Jun 1961 | 29 Julai 1977 | |
Portugal | Tiada | 29 Januari 2010 | ||
Republik Czech | Tiada | 1 Januari 1993 | 1 April 2014 | Berpecah daripada Czechoslovakia, yang bersetuju pada perjanjian ini pada 14 Jun 1962.[12] |
Romania | Tiada | 15 September 1971 | ||
Rusia** | 1 Disember 1959 | 2 November 1960 | 23 Jun 1961 | Meratifikasikan perjanjian sebagai Kesatuan Soviet.[13] |
Sepanyol | Tiada | 31 Mac 1982 | 21 September 1988 | |
Slovakia | Tiada | 1 Januari 1993 | Berpisah daripada Czechoslovakia, yang menyertai perjanjian ini pada 14 Jun 1962.[14] | |
Sweden | Tiada | 24 April 1984 | 21 September 1988 | |
Switzerland | Tiada | 15 November 1990 | ||
Turki | Tiada | 24 Januari 1996 | ||
Ukraine | Tiada | 28 Oktober 1992 | 4 Jun 2004 | |
United Kingdom (tuntutan)* | 1 Disember 1959 | 31 Mei 1960 | 23 Jun 1961 | |
Uruguay | Tiada | 11 Januari 1980 | 7 Oktober 1985 | |
Venezuela | Tiada | 24 Mei 1999 | ||
Yunani | Tiada | 8 Januari 1987 |
Sistem perundangan
Antartika tiada penduduk tetap yang mewajibkannya mempunyai pemerintah atau kewarganegaraannya sendiri. Semua anggota yang hadir di Antartika pada bila-bila masa adalah rakyat atau warga negara masing-masing di luar Antartika kerana benua tersebut tiada kedaulatan sendiri. Kebanyakan kawasan Antartika dituntut oleh lebih dari satu negara, namun tuntutan yang dibuat oleh negara-negara tersebut tidak dibuat dengan begitu jelas. Kawasan di tanah besar antara 90 dan 150 darjah ke barat adalah satu-satunya tanah besar di Bumi yang tidak dituntut oleh mana-mana negara.[15] Sehingga 2015, bahagian pedalaman sektor Norway yang tidak pernah dijelaskan secara rasmi[16] dianggap tidak dituntut langsung. Pada tahun tersebut pula, Norway secara rasminya menuntut kawasan di antara Tanah Permaisuri Maud dan Kutub Selatan.[17]
Rujukan
- ^ a b "Antarctic Treaty" in The New Encyclopædia Britannica.
- ^ a b c d "The Antarctic Treaty" (PDF). Jabatan Negara Amerika Syarikat. 1 Mac 2012. Dicapai pada 12 Mac 2014.
- ^ "ATS.aq". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-15. Dicapai pada 2017-08-17.
- ^ "Information about the Antarctic Treaty and how Antarctica is governed". Polar Conservation Organisation. 28 Disember 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-08. Dicapai pada 6 Februari 2011.
- ^ Antarctic Treaty Secretariat
- ^ "Secretariat of the Antarctic Treaty: Parties". Dicapai pada May 23, 2009.
- ^ "Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada 2014-03-12.
- ^ "The Antarctic Treaty System: Introduction" (PDF). United States Department of State. Dicapai pada 2014-03-12.
- ^ "Antarctic Treaty System (ATS)". Department of International Relations and Cooperation. Dicapai pada October 5, 2010.
- ^ "Germany: Accession to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada 2014-03-13.
- ^ "Papua New Guinea: Succession to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada 2014-03-13.
- ^ "Czech Republic: Succession to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada 2014-03-12.
- ^ "Russia: Ratification to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada 2014-03-13.
- ^ "Slovakia: Succession to Antarctic Treaty". United Nations Office for Disarmament Affairs. Dicapai pada 2014-03-13.
- ^ Wright, Minturn, "The Ownership of Antarctica, Its Living and Mineral Resources", Journal of Law and the Environment 4 (1987).
- ^ "Dronning Maud Land". Norwegian Polar Institute. Dicapai pada 22 September 2015.
- ^ Rapp, Ole Magnus (21 September 2015). "Norge utvider Dronning Maud Land helt frem til Sydpolen". Aftenposten (dalam bahasa Norway). Oslo, Norway: Aftenposten. Dicapai pada 22 September 2015.
…formålet med anneksjonen var å legge under seg det landet som til nå ligger herreløst og som ingen andre enn nordmenn har kartlagt og gransket. Norske myndigheter har derfor ikke motsatt seg at noen tolker det norske kravet slik at det går helt opp til og inkluderer polpunktet.
Cite has empty unknown parameter:|dead-url=
(bantuan)
Pautan luar
- Pejabat Setiausaha Perjanjian Antartika
- Teks penuh Perjanjian Antartika
- Salinan asal Perjanjian Antartika
- Wilayah Antartika Australia
- National Science Foundation – Pejabat Program Kutub
- Senarai semua Mesyuarat Perundingan Perjanjian Antartika Diarkibkan 2010-03-26 di Wayback Machine
- "An Antarctic Solution for the Koreas" - San Diego Union-Tribune, 25 Jun 2005 (Kedua-dua negara Korea Selatan dan Utara merupakan ahli Perjanjian Antartika)
- Lambang Perjanjian Antartika Diarkibkan 2015-09-23 di Wayback Machine