Nama lain | Spaniel Alp | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Saint | ||||||||||||||||
Negara asal | |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Santo Bernard[a] ialah satu baka anjing pekerja sangat besar dari Pergunungan Alp Barat di Itali dan di Switzerland.[4] Ia pada asalnya dibiakbakakan untuk kerja penyelamatan oleh pihak hospis di Genting Santo Bernard Raya di sempadan Itali–Switzerland.[5][6] Hospis itu, yang dibina oleh rahib Alp, Santo Bernard dari Menthon, dan dinamai sempena beliau, memperolah anjing pertamanya pada antara tahun 1660 dengan tahun 1670.[5] Baka ini telah menjadi masyhur melalui kisah-kisah penyelamatan di Pergunungan Alp, serta kerana saiz besarnya, dan perangai lembut.
Perihal
-
Anjing Santo Bernard berbulu panjang
-
Anjing Santo Bernard berbulu pendek
-
Rangka anjing Santo Bernard
Anjing Santo Bernard diiktiraf di peringkat antarabangsa kini sebagai salah satu baka molosser.[1][2] Ia merupakan anjing gergasi. Lapis bulu licin, rapat, dan rata. Warnanya kebanyakannya putih putih tompok-tompok merah lebih kecil atau lebih besar dengan mantel merah gelap dan mantel perang kemerah-merahan sebagai yang paling 'berharga'. Warna kemerah-merahan brindle dan warna kuning keperang-perangan kedua-duanya diizinkan tetapi kurang diingini. Ekornya panjang dan berat dan tergantung tinggi-tinggi. Warna matanya berkisar daripada perang cerah hingga perang gelap dan patut mempunyai kelopak mata yang ketat secara semula jadi, dengan kelopak mata ketiga yang hanya kelihatan sedikit.
Sejarah
Catatan bertulis terawal bagi anjing Santo Bernard adalah daripada para rahib di Hospis Santo Bernard Raya di Genting Santo Bernard Raya pada tahun 1707, dengan lukisan dan lakaran bagi anjing ini yang bertarikh lebih awal.[7] Keterangan awal British tentang baka ini memerihalkan baka ini sebagai Alpine spaniel ("spaniel Alp").[8] Bukti pertama bahawa anjing ini digunakan di biara adalah dalam dua lukisan yang bertarikh ke tahun 1690 oleh seniman Itali Salvator Rosa. Anjing St. Bernard paling terkenal kerana menyelamatkan orang di gentin itu ialah Barry (kadang-kadang dieja Berry), yang dilaporkan menyelamatkan antara 40 dengan 100 nyawa. Terdapat tugu untuk Barry di Cimetière des Chiens, dan jasadnya telah dipulihara di Muzium Sejarah Semula Jadi di Bern.[9]
Seekor lagi anjing terkenal ialah Rutor, teman setia milik paderi Itali Pierre Chanoux, yang dinamai sempena puncak Tête du Rutor yang terletak di atas Genting Santo Bernard Kecil. Anjing Santo Bernard klasik terlihat sangat berbeza daripada anjing Santo Bernard kini oleh sebab pembiakbakaan silang. Musim sejuk teruk dari tahun 1816 hingga tahun 1818 membawa kepada peningkatan bilangan runtuhan salji yang membunuh banyak anjing yang digunakan untuk pembiakbakaan semasa anjing-anjing itu melaksanakan penyelamatan.[4] Dalam percubaan untuk memulihara baka ini, anjing Santo Bernards yang tersisa disilangkan dengan anjing Newfoundland yang dibawa dari Koloni Newfoundland pada tahun 1850-an, serta dengan baka lain. Ini membawa kepada perubahan ketara dari segi penampilan dan keupayaannya. Bulu panjang yang diwarisi olehnya membeku dalam iklim bersalji di Pergunungan Alp, lalu membebankannya dan mengurangkan keberkesanannya sebagai anjing penyelamatan.[10]
Anjing-anjing ini tidak pernah menerima sebarang latihan khusus daripada para rahib. Sebaliknya, anjing-anjing lebih muda mempelajari cara untuk melaksanakan operasi pencarian dan penyelamatan daripada anjing-anjing lebih tua.[11]
Kelab Anjing Santo Bernard Switzerland diasaskan di Basel pada 15 Mac 1884. Anjing Santo Bernard ialah baka pertama yang dimasukkan ke dalam Buku Pembaka Switzerland pada tahun 1884 dan piawaian baka akhirnya diluluskan pada tahun 1888. Sejak itu, baka ini telah menjadi anjing kebangsaan Switzerland.[7]
Semasa Perang Dunia Pertama, anjing Santo Bernard membantu pihak Palang Merah dan digunakan untuk membawa bekalan kepada tentera di pergunungan Itali yang ditempatkan di tempat-tempat yang tidak boleh dicapai oleh baghal dan kuda.[12]
Anjing-anjing di Hospis Santo Bernard Raya merupakan anjing pekerja yang lebih kecil daripada anjing Santo Bernard kini untuk pertunjukan. Pada asalnya kira-kira bersaiz anjing gembala Jerman,[13] anjing Santo Bernard berkembang kepada saiz anjing kini kerana kelab kenel dan pertunjukan anjing menekankan penampilan berbanding dengan keupayaan kerja anjing ini, bersama-sama dengan buku pembaka tertutup.[14]
-
Paderi Itali Pierre Chanoux dan anjing Santo Bernard setia beliau, Rutor
-
Seekor anjing penyelamatan daripada baka anjing Santo Bernard di Valais
-
Sebuah lukisan oleh John Emms yang menggambarkan anjing Santo Bernard sebagai anjing penyelamatan
Penamaan
Nama "Santo Bernard" berasal daripada Hospis Santo Bernard Raya, iaitu hospis perantau di Genting Santo Bernard Raya yang kerap berbahaya di Pergunungan Alp Barat, di antara Switzerland dengan Itali.[5] Genting itu, rumah persinggahan itu, dan anjing ini dinamai sempena Bernard dari Menthon, rahib Itali dari abad ke-11 yang menubuhkan stesen itu.[perlu rujukan]
"Anjing Santo Bernard" tidak digunakan secara meluas sehingga pertengahan abad ke-19. Anjing ini dipanggil "Anjing Keramat", "Tunggangan Mulia", atau "Anjing Barry" sebelum masa itu.[perlu rujukan]
Baka berkaitan
Baka ini sangat mirip dengan mastif Inggeris. Anjing Santo Bernard moden amat berbeza daripada anjing asli yang dibela di Hospis Santo Bernard Raya, paling ketara dengan saiz dan tubuh lebih besar. Sejak lewat tahun 1800-an, baka anjing Santo Bernard telah diperhalus dengan menggunakan banyak baka jenis molosser besar berlainan, termasuk anjing Newfoundland, anjing besar Pyrénées, anjing gunung besar Switzerland, anjing besar Denmark, mastif Inggeris, dan mungkin mastif Tibet dan anjing gembala Kaukasus. Ada kecurigaan bahawa banyak baka besar ini digunakan untuk mengembangkan satu sama lain semula untuk mengatasi ancaman kepupusan baka-baka tersebut selepas Perang Dunia Kedua yang mungkin menjelaskan sebab bagi peranan kesemua baka itu dalam penghasilan anjing Santo Bernard seperti yang terlihat kini.[perlu rujukan]
Empat baka sennenhund (anjing gunung Switzerland), anjing gunung besar Switzerland, anjing gunung Bern, anjing gunung Appenzell, dan anjing gunung Entlebuch, adalah serupa dari segi penampilan dengan anjing Santo Bernard dan mengongsi lokasi sama bagi asal usul dan sejarah, tetapi triwarna (hitam, sawo matang, dan putih) dan bukan pula merah dan putih atau brindle mahogani dan putih yang merupakan warna anjing Santo Bernard.[perlu rujukan]
Kenel ketenteraan Rusia membiakbakakan anjing Santo Bernard secara bersilang dengan anjing gembala Kaukasus untuk menghasilkan anjing pengawal Moscow yang masih digunakan sebagai anjing khidmat ketenteraan di Rusia kini.[perlu rujukan] Anjing Santo Bernard mempunyai banyak ciri bersama bagi baka-baka anjing penjaga haiwan ternakan.[perlu rujukan]
Pengiktirafan kelab kenel
Anjing Santo Bernard diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa sebagai Molosser dalam Kumpulan 2, Seksyen 2.[1][2] Baka ini diiktiraf oleh The Kennel Club (United Kingdom), Canadian Kennel Club, dan American Kennel Club dalam kumpulan Kumpulan Pekerja.[15][16][17] United Kennel Club di Amerika Syarikat meletakkan baka ini dalam Kumpulan Anjing Pengawal.[18] New Zealand Kennel Club dan Australian National Kennel Council meletakkan baka ini dalam Kumpulan Utiliti.[19][20]
Kegiatan moden – Genting Santo Bernard Raya dan Genting Santo Bernard Kecil
Anjing Santo Bernards tidak lagi digunakan untuk penyelamatan di Pergunungan Alp. Kejadian tercatat terakhir bagi penyelamatan adalah pada tahun 1955. Selewat tahun 2004, Hospis Santo Bernard Raya masih mengekalkan 18 ekor anjing atas sebab tradisi dan sentimen.[perlu rujukan]
Perayaan tahunan bagi baka ini berlangsung di Genting Santo Bernard Kecil dan di bandar Rosières-Montvalzan di sebelah Perancis. Penggemar dan pembiak baka anjing Santo Bernard berkumpul untuk pertunjukan dan perarakan anjing.[21]
Kesihatan
Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[22] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 74% daripada jumlah anjing Santo Bernard mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[23]
Osteosarkoma (kanser tulang) telah ditunjukkan sebagai penyakit keturunan pada baka ini.[24]
Sebuah kajian mendapati bahawa mutasi pada gen ARHGEF10 sangat berkait dengan polineuropati terwaris permulaan juvenil yang serupa dengan penyakit Charcot-Marie-Tooth.[25]
Anjing Santo Bernard cenderung terhadap beberapa keadaan kulit termasuk: dermatitis jilatan akral, intertrigo, arteritis dermis, higroma, dan dermatitis piotrauma.[26]
Sebuah kajian rekod veterinar Amerika mendapati bahawa anjing Santo Bernard cenderung terhadap kardiomiopati terdilat (DCM), dengan 2.6% daripada jumlah anjing yang menghidap berbanding dengan 0.2% untuk baka kacuk.[27] Sebuah kajian di England mendapati bahawa 20 daripada 369 kes DCM berlaku pada anjing Santo Bernard dengan 72% daripada itu yang kesemuanya hadir untuk pemfibrilan atrium.[28]
Sebuah kajian Amerika yang menyemak lebih daripada sejuta kes yang dibentangkan kepada 27 buah hospital pengajar veterinar di Amerika Utara mendapati anjing Santo Bernard sebagai yang kedua paling cenderung terhadap displasia pinggul anjing dengan 14.70% daripada jumlah anjing yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan. Anjing Santo Bernard juga didapati cenderung terhadap kekurangan ligamen krusiat anjing (CCLD) dengan 3.57% daripada jumlah anjing yang menghidap keadaan ini berbanding dengan 2.55% secara keseluruhan. Anjing Santo Bernard mempunyai prevalens ketiga tertinggi untuk anjing dengan kedua-dua keadaan pada 1.19% berbanding dengan kadar keseluruhan 0.3%.[29]
Semakan terhadap 1,934 kes volvulus pendilatan gastrik (GDV) mendapati bahawa anjing Santo Bernard amat cenderung terhadap keadaan ini nisbah kemungkinan 4.2.[30] Tinjauan kesihatan di United Kingdom mendapati bahawa 4.6% daripada jumlah anjing menghidap keadaan ini dan 15.1% daripada jumlah anjing telah terkorban akibat keadaan ini.[31] Sebuah kajian di California mendapati bahawa 3.76% daripada jumlah anjing yang hadir menghidap GDV.[32]
Perangai
Anjing Santo Bernard, yang dikenali sebagai contoh klasik bagi gergasi lembut, adalah tenang, sabar, dan manis dengan orang dewasa, dan terutamanya kanak-kanak. Secara keseluruhan, ia merupakan baka lembut, setia, dan penyayang dan jika tersosialisai, patut sangat mesra. Walaupun pada umumnya tidak bersifat pelindung menurut naluri, anjing Santo Bernard mungkin menyalak terhadap orang asing dan saiznya menjadikannya penghalang baik terhadap penceroboh berpotensi.[33][34]
Anjing Santo Bernard dibiakbakakan untuk menjadi teman kerja dan sehingga kini ia hidup untuk menggembirakan tuannya dan merupakan pekerja peramah lagi rajin. Anjing Santo Bernard telah mengekalkan keupayaan semula jadinya untuk kerja bau dan, bergantung pada kemahiran jurulatih dan bakat anjing berkenaan, ia dapat menyertai acara pengesanan atau bahkan terlibat dalam kerja pencarian dan penyelamatan.[35]
Keketaraan
Dalam media
Anjing Santo Bernard kerap digambarkan, terutamanya dalam komedi aksi langsung lama seperti Swiss Miss, siri televisyen Topper, dan kartun klasik (seperti tayangan singkat Merrie Melodies tahun 1938 "Cracked Ice"), sambil memakai tong brandi kecil di sekeliling lehernya. Mangsa runtuhan salji kononnya meminum brandi untuk kekal panas sementara menunggu penyelamatan, walaupun ini tidak sihat dari segi perubatan. Para rahib di Hospis Santo Bernard menafikan bahawa mana-mana anjing Santo Bernard pernah membawa tong kayu atau tong kecil di lehernya; mereka mengatributkan imej itu kepada sebuah lukisan tahun 1820 oleh Edwin Landseer, Alpine Mastiffs Reanimating a Distressed Traveler ("Mastif Alp Menyemangati Pengembara Cemas") (yang menjadi ukiran popular pada tahun 1831 oleh Charles Landseer).[36] Para rahib memang menyimpan tong kayu di sekeliling untuk pergambaran oleh para pelancong.[37]
Rupa-rupanya terdapat sekurang-kurangnya seekor anjing yang benar-benar membawa brandi. Dalam The Percy Anecdotes, oleh Thomas Byerley, yang diterbitkan pada tahun 1823, anekdot berikut muncul dan kerap dipetik dalam buku-buku lain pada abad ke-19:
[Terjemahan] Baka anjing yang dibela oleh para rahib untuk membantu mereka ... telah lama diraikan kerana kebijaksanaan dan kesetiaannya. Semua yang tertua dan paling teruji antara mereka lewatr dikebumikan, bersama dengan beberapa orang pengembara malang; namun tiga atau empat ekor anak anjing penuh harapan ditinggalkan di rumah di biara dan masih bertahan. Yang paling diraikan antara anjing-anjing itu yang kini tiada lagi ialah seekor anjing bernama Barry. Haiwan itu berkhidmat kepada hospital selama jangka masa dua belas tahun, yang semasa itu ia menyelamatkan nyawa empat puluh individu. Semangatnya tidak pernah lesu. Setiap kali gunung itu diselubungi kabus dan salji, ia pergi mencari pengembara hilang. Ia terbiasa dengan berlari sambil menyalak sehingga ia kehilangan nafas, dan akan kerap meneroka tempat-tempat paling berbahaya. Apabila ia mendapati bahawa kekuatannya tidak mencukupi untuk menarik seorang pengembara yang mati rasa kesejukan daripada salji, ia akan berlari kembali ke hospital untuk mencari para rahib….
Apabila usia tua mencabut kekuatannya, Ketua Biara memencenkannya di Berney, sebagai ganjaran. Selepas kematiannya, kulitnya disumbat dan disimpan di muzium bandar itu. Bebuli kecil, yang di dalamnya ia membawa minuman yang menghidupkan semula untuk para pengembara cemas yang ditemukan olehnya di antara pergunungan, masih tergantung dari lehernya.[38]
Kartun majalah Punch dari tahun 1949 menggambarkan seorang lelaki dengan seekor anjing Santo Bernard dan beberapa ekor anak anjing, kesemuanya memakai tong kayu leher. Lelaki itu menjelaskan, "Sudah tentu, saya hanya membiakbakakan anjing-anjing ini untuk brandi".[perlu rujukan]
Jenaka yang kerap dalam tayangan-tayangan singkat lama MGM dan Warner Brothers ialah penggambaran anjing-anjing ini sebagai penagih alkohol kompulsif yang kerap menggigit tong kayu mereka sendiri.[perlu rujukan]
Anjing Santo Bernard masyhur
- Bachelor, Anjing Penetap, di Ritz-Carlton, Bachelor Gulch
- Burtonswood (Bossy Boots). Juara Terulung Crufts Inggeris dan Ireland (1974), pembiak baka ialah mendiang Cik Marjorie Hinds
- Bamse, seekor anjing Norway yang diberi penghormatan atas jasa semasa Perang Dunia Kedua pada patung peringatan di Montrose, Scotland; ia mati di sana pada tahun 1944; juga dianugerahi Pingat Emas PDSA untuk keberanian haiwan
- Barry, anjing penyelamatan Alp yang terkenal
- Bernie, maskot Colorado Avalanche
- Bernie, maskot Northampton Saints
- Bernie "Saint" Bernard, maskot orang-orang kudus di Dubuque
- Gumbo, maskot pasukan untuk New Orleans Saints
- Porthos, anjing milik J. M. Barrie
- Schnorbitz, rakan pentas milik pelawak British Bernie Winters semasa kerjayanya kemudian
- Schotzie dan Schotzie "02", haiwan peliharaan kesayangan dan maskot bagi pemilik Cincinnati Reds
- Scipio, seekor anjing Santo Bernard yang dimiliki oleh Orville Wright[39]
- Shirley Temple dan seekor rakan anjing Santo Bernard.[40]
- Wallace (kini Wallace VI), maskot Rejimen Scotland Kanada (Puteri Mary)
- Anjing Santo Bernard paling berat (bernama Benedictine) berukuran seberat 167 kg (368 lb) yang menakjubkan dan buat masa ini memegang rekod sebagai anjing paling berat sepanjang zaman. American Kennel Club
Anjing cereka
- Lihat: Senarai anjing cereka
- Anjing Santo Bernard tidak bernama dalam tayangan singkat Looney Tunes Piker's Peak yang menyelamatkan Yosemite Sam yang beku, kemudian membancuh, dan meminum koktel.[perlu rujukan]
- "Anjing setia" tidak bernama yang menemukan mayat beku seorang pengembara yang membawa "sepanduk dengan peranti aneh" yang mencuba untuk menyeberangi Genting Santo Bernard dalam puisi Henry Wadsworth Longfellow "Excelsior".[41]
- Barabbas, daripada filem Walt Disney tahun 1969 My Dog the Thief. Seorang wartawan trafik udara mendapati bahawa pasangannya--seekor anjing Santo Bernard--telah secara tidak sengaja menyapu rantai tidak ternilai daripada geng penyeludup permata.
- Båtsman, seekor anjing Santo Bernard dalam cerita Astrid Lindgren Vi på Saltkråkan
- Beethoven (daripada siri filem dengan nama sama), filem komedi tahun 1992 Beethoven menampilkan seekor anjing Santo Bernard berbulu panjang seberat 185 paun (80 kg) yang mesra tetapi menyusahkan dan, dalam sekuel-sekuel kemudiannya, pasangannya dan anak-anaknya yang sukar dikawal. Menurut penerbit sekuel Beethoven's 2nd, anjing-anjing Santo Bernard yang digunakan dalam filem itu membesar dengan begitu pantas semasa pemfileman sehingga lebih 100 ekor anak anjing Santo Bernard telah digunakan untuk menggambarkan watak empat ekor anak anjing dalam sekuel itu (Tchaikovsky, Chubby, Dolly, dan Mo) dan ibu kepada anak-anak anjing itu (Missy).
- Bolivar a.k.a. Bornworthy dan Bernie, haiwan peliharaan tidak antropomorfik milik Donald Duck, dan anaknya Behemoth
- Buck, daripada novel tahun 1903 Jack London, The Call of the Wild, digambarkan sebagai kacukan separuh anjing Santo Bernard dan separuh "anjing gembala Scotland",[A][B] tetapi diterjemahkan sebagai anjing Santo Bernard penuh dalam sekurang-kurangnya salah satu daripada enam versi filem.[C]
- Cujo, seekor anjing yang mempunyai sikap peramahnya sekejamnya dicabut daripadanya oleh rabies dan menjadi gila, mengganasi sesetengah penduduk bandar fiksyen Castle Rock, Maine daripada novel Stephen King tahun 1981 Cujo dan filem tahun 1983 dengan nama sama.
- Digby, anjing bercakap daripada siri sitkom Kanada Dog House. Pada asalnya anjing polis, fikirannya ditukar dengan pasangan manusianya sebelum pasangan manusia itu meninggal dalam kemalangan dan penjagaannya diambil alih oleh kakak ipar pegawai itu dan anak-anaknya.
- George, anjing eponim dalam filem George! (1971) dan siri televisyen spin-off tahun 1972–1973.
- Josef, (Niebla dalam versi Sepanyol) daripada siri anime Jepun Heidi, Girl of the Alps (Alps no Shoujo Heidi), dan remake tahun 2015.
- Nana, dalam filem-filem Peter Pan daripada Disney dan Columbia (tetapi merupakan seekor anjing Newfoundland dalam drama dan novel asli J. M. Barrie)
- Neil, anjing Santo Bernard yang menghirup martini milik George dan Marion Kerby dalam siri televisyen tahun 1950-an Topper. Ini merupakan susulan kepada filem-filem Topper, Topper Takes a Trip, dan Topper Returns.
- Sumo, seekor anjing Santo Bernard milik Leftenan Hank Anderson dalam permainan video Detroit: Become Human.[perlu rujukan]
Legenda
Anjing Santo Bernard masyhur, Barry, menemukan seorang anak kecil di dalam salji dan memujuk anak itu untuk memanjat di atas belakangnya. Anjing itu kemudiannya membawa anak itu ke tempat yang selamat.[10]
Lihat juga
Rujukan
Catatan nama
Catatan kaki
- ^ Buck dalam The Call of the Wild diperihalkan sedemikian: "Ayahnya (ayah kepada Buck), Elmo, seekor anjing Santo Bernard besar, telah menjadi pendamping tidak terpisah milik sang Hakim, dan Buck kelihatannya mengikuti jejak langkah ayahnya. Ia tidak terlalu besar,— ia hanya seberat satu hundred and empat puluh paun [64 kg],— kerana ibunya pula, Shep, merupakan anjing gembala Scotland. Walau apa pun, satu hundred and empat puluh paun [64 kg], yang kepadanya martabat yang hadir dengan kehidupan baik dan kehormatan sejagat ditambahkan, membolehkannya membawa dirinya dengan gaya seperti raja." [terjemahan kasar] The Call of the Wild (novel).
- ^ Istilah "Scotch shepherd dog" ("anjing gembala Scotland") ialah frasa kuno zaman Victoria yang mungkin merujuk Scotch Collie ("collie Scotland"), atau Old Time Farm Shepherd, tetapi mungkin juga merujuk English Shepherd ("anjing gembala Inggeris"). "Name That Breed – A Collie By Any Other Name…" [Namai Baka Itu Collie dengan Sebarang Nama Lain…] (dalam bahasa Inggeris). Old-Time Farm Shepherd. Dicapai pada 11 Januari 2024. "Defining a Breed: An Apologia of the OTFS" [Mentakrifkan Baka: Apologia OTFS] (dalam bahasa Inggeris). 28 Oktober 2009. Dicapai pada 11 Januari 2024.
- ^ Seekor anjing Santo Bernard digunakan dalam versi Clark Gable, The Call of the Wild (1935). Tiga ekor 'pelakon' anjing Leonberg (seekor betina, dua ekor jantan) memainkan watak anjing bintang "Buck" dalam The Call of the Wild: Dog of the Yukon (1997), "Call of the Wild - Dog of the Yukon" (dalam bahasa Inggeris). Internet Movie Database. 22 Jun 1997. Dicapai pada 11 Januari 2024. versi Kanada bagi The Call of the Wild oleh Jack London yang membintangkan Rutger Hauer sebagai John Thornton (diceritakan oleh Richard Dreyfuss). "Leonberger Facts" [Fakta Anjing Leonberg] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 11 Januari 2024. Walau apa pun, filem-filem dan adaptasi-adaptasi televisyen telah membeza-bezakan baka anjing. Buku ini juga diadaptasi dalam The Call of the Wild oleh D. W. Griffith (1908); sebuah filem bisu kedua (1923) oleh Hal Roach; The Call of the Wild (1972), dan Call of the Wild 3D (2009). Novel ini juga telah menjadi subjek bagi tiga buah rancangan televisyen atau filem: The Call of the Wild, sebuah filem televisyen Amerika Syarikat tahun 1976 yang membintangkan John Beck, dengan lakon layar oleh James Dickey; The Call of the Wild, sebuah filem televisyen Amerika tahun 1993 yang membintangkan Rick Schroder; dan Call of the Wild, sebuah siri televisyen pengembaraan tahun 2000 di Animal Planet.
Kutipan
- ^ a b c d e "FCI - Standard Nr. 61 ST. BERNHARDSHUND (BERNHARDINER)" [Piawaian FCI No. 61 Anjing Santo Bernard] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 3 Jun 2016. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c d e "FCI-Standard N° 61 ST.BERNHARDSHUND, BERNHARDINER (St. Bernard)" [Piawaian FCI No. 61 Anjing Santo Bernard] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris; Peper, Elke. Dipinda oleh Christina Bailey. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 3 Jun 2016. Dicapai pada 8 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b AKC breed standard (dalam bahasa Inggeris)
- ^ a b Blumberg, Jess (1 Januari 2008). "A Brief History of the St. Bernard Rescue Dog: The canine's evolution from hospice hound to household companion" [Sejarah Ringkas Anjing Penyelamatan Santo Bernard] (dalam bahasa Inggeris). Smithsonian. Dicapai pada 8 Januari 2024. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ a b c "Saintly Bernards Rescue - History" [Saintly Bernards Rescue - Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). members.petfinder.com.
- ^ "The St Bernard: the making of an Alpine legend" [Anjing Santo Bernard: penghasilan legenda Alp] (dalam bahasa Inggeris). House of Switzerland. 12 Mei 2017.
- ^ a b St. Bernard, Jabatan Haiwan Vertebrat (dalam bahasa Inggeris), Naturhistoriches Museum der Burgergemeinde Bern, diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2011, dicapai pada 10 Januari 2024
- ^ Brown, Thomas (1829). Biographical Sketches and Authentic Anecdotes of Dogs [Lakaran Biografi dan Anekdot Autentik tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: Oliver and Boyd. m/s. 278–283. OCLC 558174949.
- ^ "The Legendary Barry at the Natural History Museum" [Barry si Legenda di Muzium Sejarah Semula Jadi]. Muzium Sejarah Semula Jadi Bern (dalam bahasa Inggeris). Naturhistorisches Museum der Burgermendiz Bern. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2010. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ a b Rogers Clark, Anne; Brace, Andrew H., penyunting (10 November 1995). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Renée Sporre-Willes. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 381–383. ISBN 9780876056240. OCLC 32697706.
- ^ "Dogs Learn by Modeling the Behavior of Other Dogs" [Anjing Belajar dengan Mencontohi Tingkah Laku Anjing Lain] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Simonds, Frank Herbert (1919). History of the World War [Sejarah Perang Dunia] (dalam bahasa Inggeris). 3. Garden City, New York, Amerika Syarikat: Doubleday, Page & Company. m/s. 200. OCLC 24062073.
- ^ "Les chiens d'avalanche" [Anjing runtuhan salji]. notrehistoire.ch (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2015. Dicapai pada 10 Januari 2024.
In 1962, an avalanche dog over to Great Dixence is organized at the initiative of Canine Club of Sion. A TSR camera is present on The working St Bernard dogs at the hospice was still smaller than the show St Bernard dogs during 1962 and premises
- ^ "St Bernard breeding: why Barry got a bigger head" [Pembiakbakaan anjing Santo Bernard: sebabnya Barry mempunyai kepala lebih besar] (dalam bahasa Inggeris). 10 Julai 2014. Dicapai pada 10 Januari 2024.
- ^ "St Bernard" [Anjing Santo Bernard]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
- ^ "St Bernard" [Anjing Santo Bernard]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
- ^ "Saint Bernard" [Anjing Santo Bernard]. Canadian Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
- ^ "Saint Bernard" [Anjing Santo Bernard]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
- ^ "St Bernard" [Anjing Santo Bernard]. Dogs Australia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
- ^ "St Bernard" [Anjing Santo Bernard]. Dogs NZ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
- ^ "The Little Saint Bernard pass, dog parade" [Genting Kecil Santo Bernard, perarakan anjing] (dalam bahasa Perancis). Le Dauphiné Libéré. Dicapai pada 11 Januari 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Egenvall, Agneta; Bonnett, Brenda N.; Hedhammar, Åke; Olson, Pekka (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121–136. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925. S2CID 15198478.
- ^ Bech-Nielsen, Steen; Haskins, Mark E.; Reif, John S.; Brodey, Robert S.; Patterson, Donald F.; Spielman, Richard (1 Februari 1978). "Frequency of Osteosarcoma Among First-Degree Relatives of St. Bernard Dogs" [Kekerapan Osteosarkoma dalam Kalangan Saudara Tingkat Pertama Anjing Santo Bernard]. Journal of the National Cancer Institute (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 60 (2): 349–353. doi:10.1093/jnci/60.2.349. ISSN 1460-2105. PMID 271748. S2CID 1407501.
- ^ Ekenstedt, Kari J.; Becker, Doreen; Minor, Katie M.; Shelton, Gloria Diane; Patterson, Edward E.; Bley, Tim; Oevermann, Anna; Bilzer, Thomas; Leeb, Tosso; Drögemüller, Cord; Mickelson, James R. (2 Oktober 2014). Lindblad-Toh, Kerstin (penyunting). "An ARHGEF10 Deletion Is Highly Associated with a Juvenile-Onset Inherited Polyneuropathy in Leonberger and Saint Bernard Dogs" [Pemotongan ARHGEF10 Sangat Berkaitan dengan Polineuropati Terwaris Permulaan Juvenil pada Anjing Leonberg dan Anjing Santo Bernard]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 10 (10): e1004635. doi:10.1371/journal.pgen.1004635. ISSN 1553-7404. PMC 4183422. PMID 25275565. S2CID 18885276.
- ^ Hnilica, Keith A.; Patterson, Adam P., penyunting (19 September 2016). Small Animal Dermatology: A Color Atlas and Therapeutic Guide [Dermatologi Haiwan Kecil: Atlas Berwarna dan Panduan Terapi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat: Saunders. doi:10.1016/C2014-0-01191-4. ISBN 9780323376518. OCLC 1052802486.
- ^ Fox, Philip R.; Sisson, D. David; Moïse, N. Sydney (15 Jun 1999). Textbook of Canine and Feline Cardiology: Principles and Clinical Practice [Buku Teks Kardiologi Anjing dan Kucing: Prinsip dan Amalan Klinikal] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Saunders. ISBN 9780721640440. OCLC 34894388.
- ^ Martin, M. W. S.; Stafford Johnson, M. J.; Celona, B. (12 Januari 2009). "Canine dilated cardiomyopathy: a retrospective study of signalment, presentation and clinical findings in 369 cases" [Kardiomiopati terdilat anjing: kajian retrospektif tentang pengisyaratan, pembentangan, dan penemuan klinikal dalam 369 kes]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 50 (1): 23–29. doi:10.1111/j.1748-5827.2008.00659.x. ISSN 1748-5827. PMID 19037887. S2CID 40413750.
- ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 1943-569X. PMID 18598150. S2CID 11682638.
- ^ Glickman, Lawrence T.; Glickman, Nita W.; Pérez, Cynthia M.; Schellenberg, Diana B.; Lantz, Gary C. (1 Mei 1994). "Analysis of risk factors for gastric dilatation and dilatation-volvulus in dogs" [Analisis faktor risiko untuk pendilatan gastrik dan volvulus pendilatan pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 204 (9): 1465–1471. doi:10.2460/javma.1994.204.09.1465. ISSN 1943-569X. PMID 8050972. S2CID 20494568.
- ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (5 Julai 2010). "Mortality and morbidity due to gastric dilatation-volvulus syndrome in pedigree dogs in the UK" [Mortaliti dan morbiditi kerana sindrom volvulus pendilatan gastrik pada anjing pedigri di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (7): 376–381. doi:10.1111/j.1748-5827.2010.00949.x. ISSN 1748-5827. PMID 20626784. S2CID 22546571.
- ^ Bellumori, Thomas P.; Famula, Thomas R.; Bannasch, Danika L.; Belanger, Janelle Maria; Oberbauer, Anita M. (1 Jun 2013). "Prevalence of inherited disorders among mixed-breed and purebred dogs: 27,254 cases (1995–2010)" [Prevalens kecelaruan terwaris dalam kalangan anjing baka kacuk dan baka tulen: 27,254 kes (1995–2010)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 242 (11): 1549–1555. doi:10.2460/javma.242.11.1549. ISSN 1943-569X. PMID 23683021. S2CID 23592660.
- ^ Stenmark, Betty-Anne (2001). A New Owner's Guide to Saint Bernards [Panduan Pemilik Baharu untuk Anjing Santo Bernard] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 23–25. ISBN 9780793828104. OCLC 47037249.
- ^ Hustace Walker, Joan (1 Februari 1998). Saint Bernards: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Santo Bernard: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 14–22. ISBN 9780764102882. OCLC 38940898.
- ^ Hustace Walker, Joan (1 Februari 1998). Saint Bernards: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Santo Bernard: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 11. ISBN 9780764102882. OCLC 38940898.
- ^ "Legend of the St. Bernard Barrel" [Legenda Tong Kayu Anjing Santo Bernard]. It's the dogs' life (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (http) pada 18 Februari 2014. Dicapai pada 11 Januari 2024.
- ^ Pickow, George (1957). "The Great St. Bernard Hospice Today" [Hospis Santo Bernard Raya Kini]. National Geographic, January 1957 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (http) pada 15 Disember 2005. Dicapai pada 11 Januari 2024.
- ^ Byerley, Thomas (1823). The Percy Anecdotes (dalam bahasa Inggeris) (ed. 1826). London, United Kingdom: T. Boys. m/s. 25–26. Dicapai pada 11 Januari 2024.
- ^ McPherson, Stephanie Sammartino; Gardner, Joseph Sammartino (1 September 2003). Wilbur & Orville Wright: Taking Flight [Wilbur dan Orville Wright: Terbang] (dalam bahasa Inggeris). Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat: Carolrhoda Books. m/s. 103. ISBN 9781575054438. OCLC 51266366.
- ^ http://1.bp.blogspot.com/-BNrwjWsQvaQ/UVX7CqqZLgI/AAAAAAAAKcY/ajOZR2TUUyo/s1600/tumblr_m0qcf4ZKtm1qhpmnao1_500.png friend
- ^ Excelsior (dalam bahasa Inggeris), Thomas R. Lounsbury, penyunting. (1838–1915). Yale Book of American Verse. 1912.
Sumber umum
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing Santo Bernard. |
- Hyde, Walter Woodhurn (Ogos 1937). "The Great St. Bernard Pass and Its Hospice" [Genting Santo Bernard Raya dan Hospisnya]. Isis (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. 27 (2): 306–320. doi:10.1086/347249. ISSN 1545-6994. JSTOR 225419. S2CID 71834042.
- CS1 errors: PMC
- CS1 errors: S2CID
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Februari 2024
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari September 2020
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Jun 2024
- Baka anjing
- Baka anjing berasal dari Switzerland
- Baka anjing berasal dari Itali
- Baka FCI
- Haiwan dalam agama Kristian