| |||||||||||||
Kawasan ramai penduduk | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Demografi Malaysia Pulau Pinang • Kuala Lumpur • Johor • Perak • Selangor | |||||||||||||
Bahasa | |||||||||||||
Bahasa Mandarin, Bahasa Hokkien, Bahasa Hakka, Bahasa Kantonis, Bahasa Teochew, Bahasa Fuzhou, Bahasa Hainan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris | |||||||||||||
Agama | |||||||||||||
Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian, Agama Rakyat, dan Islam[1] | |||||||||||||
Kumpulan etnik berkaitan | |||||||||||||
Bangsa Han • Orang Cina Singapura • Orang Cina seberang laut |
Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人 ; Cina Tradisional: 馬來西亞華人 ; pinyin: Mǎ lái xī yà Huá rén atau Cina Ringkas: 马来西亚华裔 ; Cina Tradisional: 馬來西亞華裔 ; pinyin: Mǎ lái xī yà huá yì) adalah warganegara Malaysia yang berketurunan Bangsa Han. Mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah keturunan imigren berbangsa Han yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti Qing dan Republik China.
Sejarah
Gelombang Pertama
Bangsa Han gelombang pertama datang pada abad kelima belas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan diplomatik antara kerajaan China dan Melaka memuncak semasa dibawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dimana baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh lalu membawa bersama golongan bangsawan, pengikut-pengikut, dan hamba dari negara China ke Melaka.[4] Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada berketurunan Fujian. Rombongan tersebut membawa masuk Bangsa Han yang kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan lalu membentuk kumpulan masyarakat Peranakan. Makam mereka boleh didapati di Bukit Cina. Kini, Keturunan keturunan masyarakat ini kebanyakannya dari wilayah Fujian, dimana ia digelar Baba (lelaki) dan Nyonya (perempuan).
Gelombang Kedua
Pada abad ke 19 dan ke 20, Bangsa Han berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Mereka dari selatan China terutamanya dari daerah Fujian, Guangdong, Guangxi ,dan Hainan. Mereka membentuk penempatan di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan terutamanya di lombong-lombong bijih timah untuk bekerja sebagai buruh lombong dengan sokongan British. Selain itu, mereka juga menetap di Negeri-Negeri Selat seperti Singapura dan Pulau Pinang. Kebanyakan Bangsa Han mudah dijumpai di zon selatan dan juga pantai Barat terutamanya negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Manakala, Bangsa Han merupakan kaum majoriti di Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala di negeri Johor, Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Bangsa Han dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir. Melalui Sistem Kangchu, Bangsa Han digalakkan berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak Bangsa Han. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan untuk mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 Bangsa Han telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.
Pada akhir abad ke-19, pihak British telah memberikan galakan terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana pihak British memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat membantu mengeluarkan bijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Britain.
Demografi
Sejarah demografi Cina Malaysia (%) | ||||||||
1947 | 1957[5] | 1961 | 1970 | 1980 | 1991 | 2000[6] | 2010[7][8] | 2015 |
(38.4%) | (45.0%) | (36%) | 3,564,400(37%) | (33.9%) | 5,623,900 (32.1%) | 6,391,900(30.1%) | 7,000,000(28.4%) | 7,400,000(27.0%) |
Suku Dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam suku dialek utama: Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Adalah terbukti bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Suku Hokkien membentuk suku dialek yang terbesar bukan sahaja dalam masyarakat Cina Malaysia, malah juga di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Klang dan kawasan pantai di Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Hakka pula membentuk suku dialek yang terbesar di Sabah dan Sarawak, bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapati di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan imigren dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2, NTV7 dan 8TV.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Seberang Perai (Nibong Tebal), kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannya bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Jumlah dan peratus kaum Cina mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan
Banci 2015 menunjukkan kaum Cina (tidak termasuk bukan warganegara):[9]
Negeri/Wilayah Persekutuan | Bahasa Cina | Penduduk | % Penduduk |
---|---|---|---|
Johor | 柔佛 | 1,206,566 | 34.0% |
Kedah | 吉打 | 283,850 | 13.7% |
Kelantan | 吉蘭丹 | 66,292 | 3.9% |
Melaka | 馬六甲 | 245,839 | 26.4% |
Negeri Sembilan | 森美蘭 | 255,927 | 23.3% |
Pahang | 彭亨 | 241,600 | 14.9% |
Perak | 霹靂 | 750,743 | 30.3% |
Perlis | 玻璃市 | 24,890 | 10.1% |
Pulau Pinang | 檳城 | 780,890 | 45.8% |
Sabah | 沙巴 | 453,568 | 12.8% |
Sarawak | 砂拉越 | 637,912 | 24.2% |
Selangor | 雪蘭莪 | 1,713,000 | 28.2% |
Terengganu | 登嘉楼 | 31,145 | 2.7% |
Labuan | 纳闽 | 10,014 | 13.4% |
Putrajaya | 布城 | 2,216 | 2.5% |
Kuala Lumpur | 吉隆坡 | 763,776 | 43.2% |
Negeri dengan kaum Cina yang terbesar
Pada tahun, majoriti kaum Cina tertumpu di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dengan peratusan besar kaum Cina (30% dan ke atas) seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Selangor.
Kawasan yang mempunyai penduduk Cina yang ketara
Pulau Pinang
Pulau Pinang (bahagian pulau), Bagan, Bukit Mertajam
Tahun | Jumlah penduduk | Melayu | Peratus | Cina | Peratus |
---|---|---|---|---|---|
1812[10] | 26,107 | 9,854 | 37.7% | 7,558 | 28.9% |
1820 | 35,035 | 14,080 | 40.2% | 8,595 | 24.5% |
1860 | 124,772 | 71,723 | 57.4% | 36,222 | 29.0% |
1891 | 232,003 | 92,681 | 39.9% | 86.988 | 37.5% |
1970[11] | 775,000 | 247,000 | 30.6% | 436,000 | 56.3% |
1990[12] | 1,150,000 | 399,200 | 34.5% | 607,400 | 52.9% |
2000 | 1,313,449 | 39.3% | 48.5% | ||
2005[13] | 1,511,000 | 600,000 | 39.7% | 710,170 | 47% |
2015 | 1,709,835 | 682,000 | 40.0% | 780,890 | 45.8% |
Kuala Lumpur
Kepong, Cheras, Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Sri Petaling, Pudu, Segambut.
Johor
Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Muar, Kulaijaya, Segamat, Ledang, Pontian.
Tahun | Jumlah penduduk | Melayu | Peratus | Cina | Peratus |
---|---|---|---|---|---|
1931[14] | 505,311 | 46.4% | 41.4% | ||
1947[15] | 738,251 | 43.8% | 48.1% | ||
2000 | 2,740,625 | 57.1% | 35.4% | ||
2010 | 3,554,283 | 1,844,139 | 54.3% | 1,206,713 | 34.5% |
Perak
Ipoh, Taiping, Batu Gajah, Sitiawan, Kampar, Teluk Intan
Tahun | Jumlah penduduk | Melayu | Peratus | Cina | Peratus |
---|---|---|---|---|---|
1891[16] | 94,345 | 44.0% | |||
1901[16] | 329,665 | 150,239 | 45.6% | ||
2000 | 2,051,236 | 54.7% | 32.0% | ||
2015 | 2,459,743 | 1,295,166 | 55.0% | 750,565 | 30.3% |
Selangor
Subang Jaya/USJ, Puchong, Petaling Jaya, Damansara Jaya/Utama, Bandar Utama, Serdang, Bandar Klang.
Tahun | Jumlah penduduk | Melayu | Peratus | Cina | Peratus |
---|---|---|---|---|---|
1891[17] | 81,592 | 23,750 | 50,844 | ||
1931 [18] | 533,197 | 23.1% | 45.3% | ||
1947[19] | 710,788 | 26.4% | 51% | ||
2000 | 4,188,876 | 53.5% | 30.7% | ||
2010 | 5,300,000 | 2,783,000 | 50.6% | 1,550,000 | 29.0% |
2015[20] | 6,050,000 | 3,085,500 | 51% | 1,718,200 | 28.4% |
Negeri dengan penduduk Cina sederhana
Berikut merupakan negeri di mana kaum Cina adalah minoriti yang ketara (10% - 29.9%) seperti Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Kawasan-kawasan penduduk Cina yang ketara (40% ke atas) untuk setiap negeri adalah
Melaka
Bandaraya Melaka, Ayer Keroh
Negeri Sembilan
Rasah, Seremban, Bahau
Pahang
Bentong, Raub, Mentakab, Kuantan
Sarawak
Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sarikei, Sri Aman, Marudi, Lawas, Mukah, Limbang, Kapit, Serian, Bau
Sabah
Kota Kinabalu dan Sandakan. Tawau, Kudat dan kawasan-kawasan yang bertaburan di selatan (terutama sekali Beaufort dan Keningau) juga mempunyai komuniti kecil tetapi kawasan penting Cina
Pendidikan
Rakyat Malaysia diberi pendidikan percuma sehingga peringkat menengah.[21] Terdapat beberapa jenis sekolah wujud di Malaysia. Setiap sekolah tersebut menggunakan bahasa yang berbeza sebagai bahasa pengantar. Contohnya Bahasa Melayu, Mandarin, dan Tamil. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris turut disampaikan di sekolah. Fenomena kanak-kanak Cina dididik di sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan sekolah Cina merupakan kejadian yang biasa.
Pendidikan Cina
Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang sistematik selain dari negara China, Taiwan, Hong Kong dan Macau[22].
Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam pegajaran dan peperiksaan sekolah Cina Malaysia, kecuali dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.[23].
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, hanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dapat menerima peruntukan kerajaan[24][25], manakala Sekolah Tinggi Persendirian Cina adalah sekolah swasta yang tidak dapat mendapat sebarang peruntukan Kerajaan.
Laporan Razak menggunakan istilah 'berpendidikan Cina' untuk merujuk kepada penduduk Cina tempatan yang belajar di sekolah Cina sebelum 1960an.
Pendidikan Inggeris
Pada zaman penjajahan British,sekolah-sekolah Inggeris didirikan. Korikilumnya selaras dengan yang diamalkan di England. Sebahagian masyarakat Cina berpendidikan Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka.
Bahasa
Masyarakat Cina Malaysia menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa komunikasi antara mereka.
Mereka juga akan menggunakan dialek dalam komunikasi antara suku dialek yang sama. Bahasa dialek utama Masyarakat Cina adalah Bahasa Hokkien, Bahasa Kantonis, Bahasa Hakka dan Bahasa Teochew.
Bahasa Mandarin Baku juga akan digunakan oleh masyarakat Cina Malaysia dalam komunikasi dengan orang China dan orang Taiwan, dan Bahasa Kantonis juga banyak digunakan dalam komunikasi dengan orang Hong Kong dan Macau, orang Cina Kanada dan orang Cina Amerika Syarikat.
Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa komunikasi antara masyarakat Cina dengan kaum Melayu, kaum India dan orang asing.
Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 30% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000,[26] dan bilangan mereka menurut suku dialek ialah:
Dialek | Penduduk[27] |
---|---|
Hokkien | 1,848,211 |
Hakka | 1,679,027 |
Kantonis | 1,355,541 |
Teochew | 974,573 |
Mandarin | 958,467 |
Hainan | 380,781 |
Min Bei | 373,337 |
Fuzhou | 249,413 |
Min Timur | 241,200 |
Cina Selat | 236,918 |
Ekonomi
Kaum Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Menurut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, median pendapatan isi rumah kaum Cina adalah RM6,582 sebulan[28].
Pekerjaan
Berbanding dengan sektor awam, kaum Cina lebih melibatkan diri dalam sektor swasta. Kaum Cina yang dalam sektor awam kebiasaannya adalah ahli-ahli politik ataupun kakitangan dalam sekolah.
Kaum Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Kaum Cina yang bekerja dalam sektor swasta aktif dalam bidang Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan.
Status ekonomi
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina Malaysia merupakan majoriti daripada kelas pertengahan di Malaysia.
Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik. Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007,
Dasar Ekonomi Baru
Ye Lin-Sheng, penulis The Chinese Dilemma, mengatakan polisi ekonomi Mahathir Mohamad 's Dasar Ekonomi Baru memanfaat Melayu, yang menerima layanan istimewa dalam pendidikan dan perniagaan, sedangkan meninggalkan masyarakat Cina dengan perasaan bahawa mereka diketepikan oleh dasar itu. [29]
Format nama
- Bukan Mandarin
Sebelum Mandarin meenrima populariti di kalangan orang Cina Malaysia pada abad ke-20-an, tulisan pinyin pada nama-nama mereka di Malaysia sesuai dengan dialek Cina masing-masing. Sebagai contoh, nama Hakka 叶亚来 akan ditulis "Yap Ah Loy", dan nama Hokkien 林梧桐 akan ditulis sebagai "Lim Goh Tong".
- Mandarin
Selaras dengan kewujudan Mandarin sebagai lingua franca di kalangan Cina Malaysia pada separuh akhir abad ke-20, orang Cina Malaysia di kalangan orang muda lebih cenderung untuk mengekalkan sebutan dialek dari nama keluarga mereka semasa menggunakan sebutan bahasa Mandarin untuk nama yang diberikan.
Sebagai contoh, nama Kantonis 陳永聰 (s 陈永聪, p Chen Yongcong) adalah perumian sebagai Chan Weng Choong.
Lebih-lebih lagi baru-baru ini, nama yang diberikan akan ditulis dalam secara rasmi sebagai perumian pinyin tersebut, walaupun sering mempertahankan kecenderungan Cina Malaysia untuk melakukan setiap watak sebagai perkataan yang berasingan. Chan Yung Choong mungkin mula menulis namanya sebagai Chan Yong Cong.
- Inggeris
Beberapa orang Cina Malaysia juga menggunakan nama yang digunakan Inggeris. Nama yang digunakan Inggeris biasanya ditulis sebelum nama orang Cina. Sebagai contoh, 杨紫琼 diikuti dengan nama Michelle Yeoh Choo Kheng.
- Islam
Orang bukan Islam yang berkahwin dengan seorang Islam di Malaysia perlu memeluk agama Islam. Saudara baru tersebut biasanya menggunakan nama Islam untuk digunakan sebagai tambahan kepada nama asal mereka. Ini bukan biasanya panjang nama Arab tetapi hanya sesuatu yang lebih pendek – contohnya, Abdullah Tan Yew Leong, Adam Corrie Lee Bin Abdullah.
Agama
Kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai agama rakyat Cina, Buddha, Taoism, Konfusianisme , dan penyembahan nenek moyang.Walau bagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian , Hindu ,Islam ,dan sebagainya.
Politik
Senario politik di Malaysia sangat dibahagikan mengikut jenis kaum, dengan orang yang berasal dari etnik yang berbeza umumnya menyokong ahli politik yang berasal dari kaum mereka sendiri. Penduduk Cina diwakili dalam parti pemerintah Barisan Nasional terutamanya oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), walaupun sokongan untuk parti itu di kalangan orang Cina Malaysia berbeza dan kadangkala lemah. Sokongan jumlah parti yang lebih kecil Gerakan, pihak-pihak lain yang dikuasai Cina dalam gabungan itu termasuklah Parti Rakyat Bersatu Sarawak. Sejumlah besar kaum Cina Malaysia menyokong parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik yang sangat kuat di kawasan bandar majoriti kaum Cina seperti di negeri Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kaum Cina yang menyokong parti politik yang berbilang kaum seperti Parti Keadilan Rakyat.[30]
Sastera
Sejak sekian mereka menetap di Malaysia, mereka telah mencipta karya sastera mereka sendiri.[31]
Makanan
Orang Cina Malaysia makan semua jenis makanan termasuk makanan Cina, Melayu, India dan barat. Tidak ramai Cina Malaysia adalah vegetarian, dan kebiasaannya penganut agama Buddha yang taat. Makanan Cina Malaysia mengandungi persamaan dan perbezaan dengan makanan Cina di China.
Cina Tradisional
Makanan Cina Malaysia adalah sama dengan makanan di selatan China seperti yang terutama berasal dari makanan Hokkien, Kantonis, Hakka dan Teochew.
Cina tempatan
Beberapa hidangan tradisional Cina telah dikembangkan, sama ada dengan menggunakan bahan-bahan tempatan atau melalui penemuan baru ke dalam hidangan tempatan. Sebagai contoh, terdapat ciptaan tempatan seperti Loh Mee (滷面), mi tebal dalam kuah yang nyata (di Lembah Klang) dan kuah gelap (di Pulau Pinang). Bak Kut Teh (肉骨茶) asalnya dari Klang dan bukannya China.[32] Makanan jalanan seperti char kway teow dan nasi ayam Hainan biasa terdapat di Malaysia dan Singapura khususnya untuk rantau tersebut. Sempena tahun Baru Cina, Cina Malaysia juga makan makanan seperti Yusheng yang dikembangkan terutamanya di Kuala Lumpur. [33]
Gabungan masakan
Pertemuan budaya yang berbeza di Malaysia telah menghasilkan makanan yang menunjukkan unsur-unsur dari masyarakat yang berbeza. Pengaruh dari kepedasan masakan Melayu juga boleh didapati dalam penemuan tempatan seperti mi kari, kari ayam dan cili ketam. Masakan campuran Melayu-Cina tertentu adalah masakan yang terkenal dari kalangan Baba dan Nyonya atau Peranakan. Pengaruh masakan Peranakan boleh didapati dalam hidangan seperti Laksa dan Mi Siam.
Lain-lain
Penghijrahan keluar/Emigrasi
Dalam konteks penghijrahan, orang Cina Malaysia antara kaum yang terbesar yang berhijrah ke luar negara berbanding kaum lain di Malaysia. Ia dijangka bahawa kadar peratus kaum Cina di Malaysia daripada jumlah penduduk Malaysia akan jatuh daripada 45% pada tahun 1957 kepada 18.6% pada tahun 2035 jika gaya kini berterusan.[34] Kepesatan ekonomi China telah menjadikan ianya sebagai destinasi yang menarik bagi kebanyakan kaum Cina di Malaysia.[35][36][37] Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada kaum Cina di Malaysia yang berminat untuk berhijrah ke negara-negara Barat seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, United Kingdom, Kanada dan Eropah. Sebahagian kecil daripada mereka yang berhijrah ke negara-negara lain dalam rantau ini seperti ke Singapura, terutamanya dengan tujuan untuk bekerja.
Lihat juga
- Peranakan
- Orang Cina Indonesia
- Cina Terengganu
- Peristiwa 13 Mei
- Cheng Ho
- Islam di China
- Kampung Baru
- Hubungan Malaysia-China
Rujukan
- ^ Dept. of Statistics: "Population and Housing Census of Malaysia 2000", Table 4.1; p. 70, Kuala Lumpur: Department of Statistics Malaysia, 2001
- ^ "Malaysia". Background Notes. United States: Department of State. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-24. Dicapai pada 2009-05-08 Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Cite journal requires|journal=
(bantuan)CS1 maint: postscript (link) - ^ "Malaysia" (PDF). Background Notes. United States: Department of State. 2010. Dicapai pada 2009-05-08 Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Cite journal requires|journal=
(bantuan)CS1 maint: postscript (link) - ^ Malaysia-Singapore-6th-Footprint-Travel, Steve Frankham, ISBN 978-1-906098-11-7
- ^ http://www.31ogos1957.com/post/929977921/future-for-chinese-in-malaysia
- ^ Prof. Dato' Dr Asmah Haji Omar, edt: "Encyclopedia of Malaysia - Languages and Literature", pp 52-53, Kuala Lumpur: Editions Didier Millet, 2004, ISBN 981-3018-52-6
- ^ Slightly more men than women in Malaysian population Diarkibkan 2012-10-19 di Wayback Machine. Thestar.com.my. Retrieved on 2012-04-23.
- ^ Population Distribution and Basic Demographic Characteristic Report 2010 (Kemas kini: 05/08/2011 - Corrigendum) Diarkibkan 2011-08-24 di Wayback Machine. Statistics.gov.my. Retrieved on 2012-04-23.
- ^ Department of Statistics, Malaysia (2010). "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 11, 62–81. Dicapai pada 6 Julai 2005.
- ^ Colonial Construction of Malayness: The Influence of Population Size and Population, Kiran Sagoo, November 27, 2006, International Graduate Student Conference Series, p. 9/16
- ^ Tan (1984), p. 3
- ^ Goh (1990), p. 148
- ^ TheStar, Wong Chun Wai, May 9, 2010
- ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
- ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
- ^ a b Ball (1903), p. 129
- ^ International Conference of South-East Asian Historians (1962), p. 102
- ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
- ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
- ^ Chinese voters must decide. Thestar.com.my. Retrieved on 2012-04-23.
- ^ Malaysian Education, Education System of Malaysia
- ^ "黄惠康冀注重华教发展". Oriental Daily Malaysia. Dicapai pada 14 April 2017.
- ^ Prof. Yap Sin Tian. "马来西亚华校董事联合会总会(董总)主席叶新田博士 )主席叶新田博士在第 6 届世界华侨华人社团联谊大会上的致词稿" (pdf).
- ^ "你所应该了解的——马来西亚华校". Oriental Daily Malaysia. Dicapai pada 3 Julai 2017.
- ^ Wong Kai Hui. "Ada apa dengan sekolah Cina". Malaysiakini. Dicapai pada 30 Ogos 2018.
- ^ Jabatan Statistik: "Population and Housing Census of Malaysia 2000", Kuala Lumpur: Jabatan Statistik Malaysia, 2001
- ^ Joshua Project database for Malaysia
- ^ "平均家庭收入RM6958". Oriental Daily Malaysia.
- ^ Ye, Lin-Sheng (2003-12-31), The Chinese Dilemma, Australia: East West Publishing, ISBN 978-0975164617
- ^ Malaysian Chinese: Recent Developments and Prospects. Institute of Southeast Asian Studies. 2011. m/s. 70–85. ISBN 978-9814345088. Unknown parameter
|editors=
ignored (bantuan) - ^ Wong, S.T. 1990. Perhubungan Kaum dalam Sastera Mahua. dlm. A. Rahim Abdullah (ed.).
- ^ Programme Guide. Astro.com.my. Retrieved on 23 April 2012.
- ^ http://www.expatgomalaysia.com/article/1120/old-school-restaurants-in-the-heart-of-kuala-lumpur
- ^ Honey, I Shrunk the Chinese!. English.cpiasia.net (9 December 2009). Retrieved on 2012-04-23.
- ^ Nam, Suzanne (2 March 2011). "Malaysia's 40 Richest". Forbes.
- ^ "Will China's rise shape Malaysian Chinese community?". BBC News. 30 December 2011.
- ^ "Top 10 Richest Malaysians 2011". DenaiHati. 3 April 2011. Dicapai pada 10 May 2012.
- Bibliografi
- Backman, Michael; Butler, Charlotte, Big in Asia: 25 strategies for Business Success, Palgrave Macmillan, 2003, ISBN 0333985117
- Ball, James Dyer, Things Chinese: Or Notes Connected With China, 4th edn., Hong Kong
- Butcher, John G., The Closing of the Frontier: A History of the Marine Fisheries of Southeast Asia, c. 1850-2000, Institute of Southeast Asian Studies, 2004, ISBN 9812302239
- Constable, Nicole, Chinese Politics in Malaysia: A History of the Malaysian Chinese Association, Oxford University Press, 1988, ISBN 0195888812
- Constable, Nicole, Guest People: Hakka Identity in China and Abroad, University of Washington Press, 2005, ISBN 0295984872
- Goh, Beng-Lan, Modern Dreams: An Inquiry into Power, Cultural Production, and the Cityscape in Contemporary Urban Penang, Malaysia, 2002, Cornell Univ Southeast Asia, ISBN 0877277303 (0-87727-730-3)
- Hara, Fujio, Malayan Chinese and China: Conversion in Identity Consciousness, 1945-1957, NUS Press, 2003, ISBN 9971692651
- In-Won Hwang, Personalized politics: The Malaysian state Under Mahathir, Institute of Southeast Asian Studies, 2003, ISBN 9812301852
- International Conference of South-East Asian Historians, Papers on Malayan History, Journal of South-east Asian History., 1962
- Megarry, Jacqueline, World Yearbook of Education: Education of Minorities, Taylor & Francis, 2006, ISBN 0415392977
- Ooi, Jin-Bee, Land, People, and Economy in Malaya, Longmans, 1963
- Owen, Norman G.; Chandler, David, The Emergence of Modern Southeast Asia: A New History, University of Hawaii Press, 2005, ISBN 0824828410
- Pan, Lynn, The Encyclopedia of the Chinese Overseas, Harvard University Press, 1999, ISBN 0674252101
- Tan, Chee Beng, Chinese Minority in a Malay State: The Case of Terengganu in Malaysia, Eastern Universities Press, 2002, ISBN 9812101888
- Tan, Chee Beng; Kam, Hing Lee, The Chinese in Malaysia, Oxford University Press, 2002, ISBN 9835600562
- Tan, Sooi Beng, Ko-tai, A New Form of Chinese Urban Street Theatre in Malaysia, Southeast Asian Studies, 1984
- Toong, Siong Shih, The Foochows of Sitiawan: A Historical Perspective, Persatuan Kutien Daerah Manjung, ISBN 9834182406
- Yamashita, Shinji; Eades, Jeremy Seymour, Globalization in Southeast Asia: Local, National and Transnational Perspectives, Berghahn Books, 2003, ISBN 1571812563
- Yan, Qinghuang, The Chinese in Southeast Asia and Beyond: Socioeconomic and Political Dimensions, World Scientific, 2008, ISBN 9812790470