Majlis Perbandaran Kuala Langat مجليس ڤربندرن كوالا لاڠت | |
---|---|
MPKL | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 1 Januari 1977 |
Didahului oleh | Majlis Tempatan |
Kepimpinan | |
Yang Dipertua | Mohd Hasry bin Nor Mohd (sejak Ogos 2024) |
Struktur | |
Ahli | 24 orang ahli majlis |
Moto | |
Kuala Langat Indah, Harmoni dan Bestari | |
Tempat persidangan | |
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. | |
Laman sesawang | |
www | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Langat berpusat di bandar Banting mukim Jugra.
Sejarah
Ditubuhkan Majlis Daerah Kuala Langat pada 1 Januari 1975 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MPKL adalah hasil gabungan 3 majlis tempatan iaitu :
- Majlis Tempatan Sungai Jarom.
- Majlis Tempatan Tanjung Sepat.
- Lembaga Bandaran Kuala Langat.
- Sanitary Board.
Keluasan Kawasan Pentadbiran
- Awal penubuhan 3.7 batu persegi (9.6 kilometer persegi).
- 2001 bertambah kepada 62.294 kilometer persegi.
- 2006 bertambah kepada 857.70 kilometer persegi termasuk 3 batu nautika.
Jumlah Pegangan
- Pada tahun 2001 jumlah pegangan ialah 30,000.
- Dari pelbagai jenis seperti pegangan perumahan, perdagangan, perindustrian dan pertanian.
Tahun | Jumlah Penduduk |
---|---|
1991 | 46,588 |
2001 | 97,405 |
2011 | 272,893 |
Pada 1 Mac 2020, Majlis Daerah telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Kuala Langat yang merangkumi seluruh daerah Kuala Langat.[1]
Misi, Visi & Objektif
Misi
- Merakyatkan Perkhidmatan Perbandaran yang cekap seiring dengan perkembangan teknologi menerusi pembangunan secara saksama dan bertanggungjawab melalui tadbir urus yang inovatif untuk kesejahteraan rakyat
Visi
- Kuala Langat perbandaran maju, dinamik, lestari dan terbilang menjelang tahun 2020.
Objektif
- Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
- Memperkukuh dan memantapkan kecekapan pengurusan kewangan bagi meningkatkan sumber hasil MPKL.
- Memantapkan pengurusan perkhidmatan perbandaran untuk kesejahteraan rakyat.
- Memperkasa tadbir urus MPKL teknologi semasa.
- Mempergiatkan pembangunan fizikal bandar yang mampan serta mengutamakan pemeliharaan alam semulajadi untuk kesejahteraan sosio ekonomi warga Kuala Langat.
- Memantapkan pembangunan sosial untuk memelihara kehormanian dan kesejahteraan rakyat.
Wakil Rakyat
Ahli Parlimen
- Ahli Parlimen Kuala Langat
- YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
- Ahli Parlimen Sepang
- YB Puan Aiman Athirah
Ahli Dewan Negeri (ADN)
- ADN Sijangkang
- YB Dr. Ahmad Yunus Hairi
- ADN Banting
- YB Tuan Papparaidu Veraman
- ADN Morib
- YB Tuan Rosnizan Ahmad
- ADN Tanjong Sepat
- YB Tuan Borhan Aman Shah
Rujukan
- "Majlis Daerah Kuala Langat jadi majlis perbandaran"- BH Online. (Byline:Norzamira Che Noh - September 10, 2020) [2]
- "MDKL berstatus perbandaran 1 Mac" - Selangor Kini. (Byline: Nadiah Zamlus, February 24, 2020)
Pautan luar
- Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Langat
- Portal Rasmi Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat Diarkibkan 2017-10-29 di Wayback Machine
- ^ Nadiah Zamlus (24 Februari 2020). "MDKL berstatus perbandaran 1 Mac". Selangor Kini. Dicapai pada 5 April 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Majlis Daerah Kuala Langat Jadi Majlis Perbandaran". www.google.com. Dicapai pada 2023-07-21.