(Dilencongkan daripada Januari 22)
<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
22 Januari merupakan hari ke-22 dalam takwim Gregorius. Tinggal 343 hari (atau 344 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
- 565 - Eutychius digulingkan dari takhta Bapa Constantinople oleh John Scholasticus.
- 1506 - Kontinjen pertama 150 orang Pengawal Swiss tiba di Kota Vatikan.
- 1517 - Tentera Uthmaniyyah di bawah Selim I menewaskan Mamluk dalam Pertempuran Ridanieh.
- 1521 - Maharaja Charles V membuka Diet Worms.
- 1771 - Sepanyol menyerahkan Pelabuhan Egmont di Kepulauan Falkland ke pihak England.
- 1824 - Puak Ashanti menewaskan tentera British di Gold Coast.
- 1863 - Pemberontakan Januari menentang Empayar Rusia meletus di Poland, Lithuania dan Belarus. Tujuan pergerakan kebangsaan ini adalah untuk menawan semula Komanwel Poland-Lithuania-Ruthenia daripada cengkaman Rusia.
- 1877 - Arthur Tooth, seorang paderi Anglikan ditahan setelah didakwa mengamalkan ritualisme.
- 1879 - Perang Inggeris-Zulu: Angkatan Zulu di bawah Raja Cetshwayo menghancurkan tentera British dalam Pertempuran Isandlwana (gambar).
- 1901 - Selepas memegang gelaran Putera Wales selama enam dekad, Raja Edward VII mewarisi takhta British.
- 1905 - Revolusi Rusia: Penunjuk perasaan aman yang diketuai oleh Bapa Gapon dibunuh beramai-ramai di luar Istana Musim Sejuk di St. Petersburg pada Ahad Berdarah.
- 1917 - Perang Dunia Pertama: Woodrow Wilson mengucap "Keamanan tanpa Kemenangan".
- 1919 - Akta Zluky ditandatangani, maka menyatukan Republik Rakyat Ukraine dan Republik Kebangsaan Ukraine Barat.
- 1924 - Ramsay MacDonald menjadi Perdana Menteri pertama dari Parti Buruh.
- 1946 - Krisis Iran: Republik Mahabad mengisytiharkan kemerdekaan, mencari autonomi bagi Kurd dalam Iran.
- 1952 - Pesawat jet pertama iaitu de Havilland Comet, mula digunakan oleh British Overseas Airways Corporation.
- 1957 - Israel berundur dari Semenanjung Sinai.
- 1963 - Perjanjian kerjasama Elysée antara Perancis dan Jerman ditandatangani oleh Charles de Gaulle dan Konrad Adenauer.
- 1968 - Apollo 5 berlepas dengan mengangkut Modul Bulan pertama ke angkasa.
- 1970 - Pesawat berbadan lebar komersil pertama, Boeing 747-100 memulakan perkhidmatannya dengan Pan Am.
- 1973 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan undang-undang penting dalam Roe lwn Wade, membenarkan pengguguran bersyarat.
- 1980 - Andrei Sakharov, arkitek utama bom hidrogen Soviet serta pemenang Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1975, ditahan di Moscow dan dibuang negeri ke Gorki.
- 1984 - Apple memperkenalkan komputer peribadi Macintosh semasa permainan Super Bowl XVIII dengan iklan televisyen komersil "1984".
- 2002 - Kmart Corp menjadi peruncit terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat mendaftarkan tuntutan perlindungan muflis Bab 11.
- 2003 - Perhubungan terakhir dijayakan dengan kapal angkasa Pioneer 10, salah sebuah benda buatan manusia yang terjauh dari Bumi.
- 2006 - Evo Morales mengangkat sumpah selaku presiden peribumi pertama Bolivia.
Kelahiran
- 1936 - Ong Teng Cheong, Presiden Singapura ke-5
- 1962 - Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu & BEKAS [[Yang di pertuan Agong]
- 1965 - Diane Lane, pelakon Amerika Syarikat
Kematian
- 1973 - Lyndon B. Johnson, Presiden Amerika Syarikat ke-36
- 2010 - Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Yang di-Pertuan Agong ke-8
- 2019 – Shahirah Kassim, pendakwah dan kakak kepada (pendakwah dan penyanyi) Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah