<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
14 Oktober merupakan hari ke-287 (hari ke-288 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 78 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Guru di Poland.
Peristiwa
- 1066 - Pertempuran Hastings (gambar): Tentera Norman pimpinan William si Penakluk menewaskan tentera Inggeris dan membunuh Harold Godwinson, raja Inggeris-Saxon terakhir.
- 1773 - Kementerian Pendidikan pertama yang direkodkan, Suruhanjaya Pendidikan Kebangsaan dibentuk di Poland.
- 1888 - Pencipta Perancis Louis Le Prince merakam Roundhay Garden Scene, wayang tertua yang masih wujud, di Roundhay, Leeds, West Yorkshire, England.
- 1926 - Buku kanak-kanak yang memaparkan beruang rekaan A. A. Milne, Winnie-the-Pooh mula diterbitkan.
- 1938 - Salah satu pesawat pejuang A.S. paling banyak dihasilkan, P-40 Warhawk (gambar), menjalani penerbangan sulungnya, di Buffalo, New York.
- 1947 - Memandu Bell X-1 (gambar) pada altitud 45,000 ka (13.7 km), juruterbang ujian Chuck Yeager menjadi orang pertama yang memecahkan batasan bunyi.
- 1953 - Pembunuhan di Qibya: Komander tentera Israel Ariel Sharon dan pasukan khas Unit 101nya menyerang penghuni kampung Qibya di Tebing Barat.
- 1973 – Mahasiswa-mahasiswi Universiti Thammasat Bangkok, Thailand seramai lebih 100,000 orang turun jalan menunjuk perasaan kerajaan tentera Thanom Kittikachorn, 77 orang terkorban manakala 857 orang lagi dicederakan askar yang melawan balik.
- 1981 - Naib presiden Hosni Mubarak dilantik sebagai Presiden Mesir, seminggu selepas Anwar Sadat dibunuh].
- 1964 - Leonid Brezhnev menggantikan Nikita Khrushchev sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet.
- 2006 - Majlis Keselamatan PBB mengambil ketetapan Resolusi 1718, mengenakan sekatan terhadap Korea Utara sebagai tindakbalas kepada ujian senjata nuklearnya.
- 2010 - Sukan Komanwel XIX tamat di Delhi, India.
- 2012 - Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Korea 2012.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan 14 Oktober |
- 2016 - Pelantikan Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke-15 melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 dan mulai memerintah pada 13 Disember 2016 menggantikan Sultan Abdul Halim Badlishah dari Kedah yang tamat tempoh 5 tahun pemerintannya.
Kelahiran
- 1890 - Dwight D. Eisenhower, Presiden Amerika Syarikat ke-34
- 1943 - Mohammad Khatami, Presiden Iran ke-5
- 1985 - Digão, pemain bola sepak A.C. Milan
- 1983 - Lin Dan, pemain badminton China.
- 2017 - Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail, seorang kerabat Kesultanan Johor.
Kematian
- 2012 - Norodom Sihanouk, bekas Raja Kemboja.