<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
26 Ogos merupakan hari ke-238 (hari ke-239 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 127 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 1071 - Perang Byzantine–Seljuk: Turki Saljuk pimpinan Alp Arslan menawan Maharaja Byzantine Romanos IV Diogenes dalam Pertempuran Manzikert (gambar).
- 1346 - Perang Seratus Tahun: Kehandalan busur panjang Inggeris berbanding gabungan busur silang dan kesateria berperisai Perancis disahkan dalam Pertempuran Crécy.
- 1789 - Revolusi Perancis: Pengisytiharan Hak Manusia dan Warganegara diluluskan oleh Perhimpunan Kebangsaan di Versailles.
- 1883 - Gunung berapi Krakatau (gambar) meletus, mengakibatkan tsunami yang memusnahkan banyak petempatan di Jawa dan Sumatera dan membunuh lebih 36,000 orang, dan menurunkan suhu dunia purata sehingga 1.2 °C.
- 1966 – Perang Sempadan Afrika Selatan mula dilangsungkan di Omugulugwombashe.
- 1977 - Piagam Bahasa Perancis diluluskan kerajaan negeri Quebec merasmikan penggunaan bahasa Perancis dalam provinsi tersebut.
- 1975 - UDT mengambil alih kekuasaan di Timor Timur melalui kudeta; Gabenor Lemos Pires dan pasukan Portugisnya melarikan diri dari Dili ke Pulau Atauro.
- 1978 - Kardinal Albino Luciani dilantik sebagai Paus Gereja Katolik dengan nama Latinnya Ioannes Paulus I.
- 1997 - Suatu pembunuhan beramai-ramai dilakukan terhadap para penduduk Beni Ali di Algeria oleh Jemaah Islamiah Bersenjata dalam konflik dalaman berlarutan.
- 2002 - Sidang Kemuncak Bumi 2002 bermula di Johannesburg, Afrika Selatan.
- 2008 - Seminggu selepas Perang Ossetia Selatan tamat, Rusia mengiktiraf sepihak kemerdekaan bekas republik Georgia, Abkhazia dan Ossetia Selatan.
- 2008 - Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi Ahli Parlimen selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh.
- 2011 - Taufan Irene memaksa jutaan di Pantai Timur Amerika Syarikat berpindah selepas menyebabkan kemusnahan teruk di Caribbean.
Kelahiran
- 1676 – Robert Walpole, cendekiawan dan Perdana Menteri United Kingdom (meninggal 1745)
- 1740 – Joseph-Michel Montgolfier, jurutera Perancis mencipta belon udara panas (meninggal 1810)
- 1743 – Antoine Lavoisier, ahli kimia Perancis (meninggal 1794)
- 1792 – Manuel Oribe, askar dan Presiden Uruguay ke-4 (meninggal 1857)
- 1897 – Yun Posun, aktivis, ahli politik dan Presiden Korea Selatan ke-4 (meninggal 1990)
- 1910 - Ibu Teresa - rahibah Albania
- 1914 - A. M. Sipahoetar, wartawan Indonesia, salah satu pendiri Antara (meninggal 1948)
- 1940 – Don LaFontaine, pelakon suara dan penerbit Amerika Syarikat (meninggal 2008)
- 1962 - Sri Mulyani Indrawati, pengarah Bank Dunia dan mantan Menteri Keuangan dan Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Indonesia
- 1963 - Widji Thukul, penulis dan aktivis Indonesia.
- 1971 – Thalía, pelakon dan penyanyi Mexico
- 1977 – Saeko Chiba, pelakon suara dan penyanyi Jepun
- 1977 – Simone Motta, pemain bola sepak Itali
- 1979 – Rubén Arriaza Pazos, pemain bola sepak Sepanyol
- 1980 – Macaulay Culkin, pelakon Amerika Syarikat
- 1985 - Khairol Izhar, aktivis dan jurugambar bebas Malaysia
- 1988 - Danielle Savre, pelakon Amerika Syarikat
Kematian
- 887 – Kōkō, Maharaja Jepun (diputerakan 830)
- 1349 – Thomas Bradwardine, uskup dan pakar matematik Inggeris (lahir 1290)
- 1723 – Antonie van Leeuwenhoek, pakar biologi dan pencipta mikroskop (lahir 1632)
- 1865 - Johann Franz Encke, ahli astronomi Jerman (lahir 1791)
- 1850 – Louis Philippe I dari Perancis (diputerakan 1773)
- 1921 – Matthias Erzberger, ahli politik Jerman (lahir 1875)
- 1921 – Sándor Wekerle, juri dan Perdana Menteri Hungary (lahir 1848)
- 1987 – Georg Wittig, ahli kimia dan cendekiawan pemenang Hadiah Nobel (lahir 1897)
- 1998 – Frederick Reines, ahli fizik Amerika Syarikat memenangi Hadiah Nobel (lahir 1918)
- 2017 - Tobe Hooper, seorang pengarah, penulis skrip dan penerbit dari Amerika Syarikat.