<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2025 |
10 September merupakan hari ke-253 (hari ke-254 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 112 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Gibraltar (1967).
Peristiwa


- 1547 - Perang England-Scotland: Tentera England menewaskan Scotland di Pertempuran Pinkie Cleugh berhampiran Musselburgh, Lothian, Scotland.
- 1643 - Perutusan Johor telah dihantar ke Melaka Belanda yang diketuai oleh Tun Indera Segera bertujuan memaklumkan negeri Perak dan Deli yang sedang dikuasai Aceh sebenarnya merupakan wilayah Johor dan Sultan Johor bercadang untuk mengambil semula wilayah tersebut dengan bantuan Belanda.
- 1813 - Perang 1812: Armada Amerika Syarikat menewaskan Tentera Laut Diraja British di Tasik Erie berhampiran pantai Ohio.
- 1877 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak ditubuhkan dengan Sultan Perak sebagai pengerusi.
- 1897 - Tunjuk perasaan aman oleh pelombong antrasit berketurunan Poland dan Slovak di Kaunti Luzerne, Pennsylvania, A.S. ditembak dalam pembunuhan beramai-ramai Lattimer.
- 1898 - Maharani Elisabeth dari Austria (gambar) mati ditikam seorang anarkis di Geneva, Switzerland.
- 1945 - Tentera Jepun di Sarawak menyerah kalah kepada pihak Berikat.
- 1987 - Osama bin Laden melancarkan al Qaeda di kediamannya di Afghanistan.
- 1990 - Paus John Paul II mentahbiskan gereja terbesar di Afrika, Basilika Our Lady of Peace of Yamoussoukro di Yamoussoukro, Côte d'Ivoire.
- 2007 - Pelari pecut Jamaica, Asafa Powell mencipta rekod lari 100 meter baharu dengan 9.74 saat di Grand Prix IAAF di Rieti, Itali.
- 2008 - Di bawah sempadan Perancis-Switzerland berhampiran Geneva, pemecut zarah terbesar di dunia Pelanggar Hadron Besar CERN, dihidupkan buat pertama kali.
- 2011 - Sebuah feri Tanzania (gambar) yang dalam perjalanan ke Pulau Pemba tenggelam, mengorbankan 240 orang.
Kelahiran
- 1985 - Laurent Koscielny, pemain bola sepak Arsenal F.C.
- 1988 - Dimas Anggara, pelakon dan penyanyi Indonesia