<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
26 Januari merupakan hari ke-26 dalam kalendar Gregory. Tinggal 339 hari (atau 340 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Australia di Australia (1788);
- Hari Republik di India (1950);
- Hari Pembebasan di Uganda (1986).
Peristiwa
- 1340 - Raja Edward the Great lll dari England diisytihar Raja Perancis.
- 1500 - Ahli pelayaran, penjelajah dan konkuistador Sepanyol Vicente Yáñez Pinzón sampai ke pantai utara Brazil kini.
- 1565 - Kesultanan Decca menewaskan Empayar Vijayanagara dalam Pertempuran Talikota, mengakhiri era kerajaan Hindu besar di India.
- 1699 - Penandatanganan Perjanjian Karlowitz (gambar) bagi menamatkan Perang Austria-Uthmaniyyah menandakan berakhirnya kawalan Uthmaniyah di kebanyakan Eropah Tengah dan kebangkitan Monarki Habsburg sebagai kuasa dominan di wilayah itu.
- 1700 - Gempa bumi Cascadia bermagnitud 9 terjadi berhampiran pantai Pasifik di Amerika Barat Laut, sebagaimana yang dibuktikan oleh rekod tsunami Jepun.
- 1788 - Armada Pertama British yang diketuai oleh Kapten Arthur Phillip (gambar) mendarat di Suak Sydney, di sebelah luar Sydney kini, dan mengasaskan petempatan Eropah tetap yang pertama di Australia.
- 1808 - Gabenor New South Wales William Bligh digulingkan oleh New South Wales Corps dalam satu-satunya pengambilalihan kerajaan bersenjata yang berjaya dalam sejarah Australia.
- 1837 - Michigan diterima menjadi negeri Amerika Syarikat yang ke-26.
- 1841 - United Kingdom secara rasminya menduduki Hong Kong.
- 1905 - Berlian kasar terbesar pernah dijumpai, Berlian Cullinan ditemui di Cullinan, Gauteng, Afrika Selatan.
- 1907 - Senapang Short Magazine Lee-Enfield Mk III diperkenalkan secara rasminya kepada tentera British, dan merupakan senapang tentera tertua yang masih digunakan secara rasmi.
- 1911 - Glenn H. Curtiss menjayakan penerbangan pesawat laut sulung.
- 1930 - Kongres Kebangsaan India mengisytiharkan 26 Januari sebagai Hari Merdeka atau Hari Poorna Swaraj (Kemerdekaan Sepenuhnya) yang hanya menjadi 20 tahun kemudian.
- 1934 - Teater Apollo dibuka semula di kawasan Harlem, Bandar Raya New York.
- 1939 - Perang Saudara Sepanyol: Pihak tentera yang taat kepada Jeneral Francisco Franco menawan Barcelona dengan bantuan Itali.
- 1950 - Gerakan kemerdekaan India: India menjadi republik, dan Presiden Rajendra Prasad mewarisi Gabenor Jeneral C. Rajagopalachari sebagai ketua negara.
- 1952 - Sabtu Hitam di Mesir: Rusuhan meletus di pusat perniagaan Kaherah, menyasarkan perniagaan milik British dan golongan atasan tempatan.
- 1961 - John F. Kennedy melantik Janet G. Travell menjadi pakar perubatan peribadinya, iaitu wanita pertama yang menyandang jawatan tersebut.
- 1965 - Bahasa Hindi menjadi bahasa rasmi India.
- 1983 - Program hamparan kerja Lotus 1-2-3 dikeluarkan, menjadi "aplikasi terhandal" pertama Komputer Peribadi IBM.
- 1988 - The Phantom of the Opera oleh Andrew Lloyd Webber dipentaskan buat julung kalinya di persada Broadway, di Teater Majestic di Bandar Raya New York.
- 1992 - Boris Yeltsin mengumumkan bahawa Rusia tidak akan menyasarkan senjata nuklear ke arah Amerika Syarikat.
- 1998 - Skandal Lewinsky: Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton mengumumkan di kaca TV, bahawa beliau tidak pernah ada "hubungan seksual" dengan bekas pelatih White House Monica Lewinsky.
- 2001 - Sebuah gempa bumi melanda negeri Gujarat, India, meragut lebih 20,000 nyawa.
- 2006 - Western Union menamatkan khidmat telegramnya.
- 2009 - Gerhana matahari cincin dapat dilihat di Lautan Atlantik, bahagian selatan Afrika, Lautan Hindi, Kepulauan Cocos, Sumatera, Jawa, Malaysia, Kalimantan, Sulawesi dan berakhir sebelum Mindanao, Filipina.
- 2009 – Rusuhan meletus di Antananarivo, mencetuskan krisis politik yang membawa kepada penggulingan Presiden Madagaskar Marc Ravalomanana.
- 2010 - Avatar James Cameron menjadi filem dengan perolehan kasar tertinggi, mengatasi rekod Titanic pada 1997.
- 2013 - Miloš Zeman terpilih sebagai Presiden Republik Czech.
Kelahiran
- 1989 - Marthino Lio, pelakon, penyanyi, dan model Indonesia.