<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
23 Januari merupakan hari ke-23 dalam kalendar Gregory. Tinggal 342 hari (atau 343 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
- 393 - Maharaja Rom Theodosius I mengisytiharkan anakandanya Honorius yang berusia 9 tahun sebagai maharaja bersama.
- 971 - Di China, pasukan gajah perang dari Han Selatan ditumpaskan oleh tembakan busur silang dari tentera Dinasti Song. Maka negeri Han Selatan terpaksa akur kepada kerajaan Song, maka berakhirnya juga pasukan gajah perang tetap pertama dalam tentera Cina yang membawa kemenangan kepada negeri Han Selatan sepanjang abad ke-10.
- 1368 - Zhu Yuanzhang menaiki takhta China sebagai Maharaja Hongwu, memulakan pemerintahan Dinasti Ming di China.
- 1556 - Gempa bumi paling dahsyat dalam sejarah mengorbankan kira-kira 830,000 nyawa di Shaanxi, China.
- 1510 - Henry VIII dari England yang berusia 18 tahun menyamar dalam acara sukan lawan tombak di Richmond, lalu disambut baik kerana kemahirannya sebelum mendedahkan identitinya.
- 1579 - Perjanjian Utrecht dimeterai, menyatukan tujuh belas provinsi di Negeri-Negeri Pamah yang kemudian membentuk Republik Belanda.
- 1570 - Pembunuhan pemangku raja James Stewart, Earl Pertama Moray menyebabkan Scotland mengalami perang saudara.
- 1571 - Royal Exchange dibuka di London.
- 1719 - Maharaja Suci Rom Charles VI mengasaskan Liechtenstein, prinsipaliti tunggal dalam Empayar Suci Rom yang masih wujud hari ini.
- 1789 - Kolej Georgetown, kolej Katolik Rom terawal di Amerika Syarikat, diasaskan di Georgetown, Maryland (kini sebahagian Washington, D.C.)
- 1793 - Rusia dan Prusia memecahkan Poland.
- 1849 - Elizabeth Blackwell dikurniakan ijazah M.D. oleh Institut Perubatan Geneva, New York, sekaligus menjadi doktor wanita pertama di Amerika Syarikat.
- 1855 - Jambatan pertama yang menyeberangi Sungai Mississippi dibuka di tapak Minneapolis, Minnesota.
- 1879 - Perang Inggeris-Zulu: Tamatnya Pertempuran Rorke's Drift.
- 1897 - Elva Zona Heaster ditemui mati di Daerah Greenbrier, West Virginia. Perbicaraan tuduhan membunuh terhadap suaminya mungkin merupakan satu-satunya kes dalam sejarah Amerika Syarikat yang kononnya testimoni hantu membantu mengenakan sabitan.
- 1899 - Dengan penubuhan Republik Filipina Pertama, Emilio Aguinaldo mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang pertama.
- 1912 - Konvensyen Candu Antarabangsa ditandatangani di Den Haag.
- 1920 - Belanda enggan menyerahkan bekas Kaiser Wilhelm II dari Jerman ke pihak Berikat.
- 1937 - Di Moscow, 17 pemimpin Komunis dibicarakan kerana dituduh menyertai rancangan Leon Trotsky untuk menggulingkan rejim Joseph Stalin dan membunuh para pemimpinnya.
- 1941 - Charles Lindbergh menghadap Kongres Amerika Syarikat dan mengesyorkan agar A.S. merundingkan pakatan berkecuali dengan Adolf Hitler.
- 1950 - Knesset meluluskan ketetapan bahawa Baitulmaqdis menjadi ibu negara Israel.
- 1960 - Batiskaf Trieste (gambar), sejenis kapal selam laut dalam, mencatat rekod apabila mencapai kedalaman 10,916 m di Laut Dalam Challenger di Jurang Mariana.
- 1968 - USS Pueblo (gambar) dirampas oleh tentera Korea Utara kerana dikatakan mencabuli perairan wilayahnya semasa mengintip.
- 1973 - Presiden Richard Nixon mengumumkan tercapainya perjanjian damai di Vietnam.
- 1973 - Letusan gunung berapi meranapkan Heimaey di kepulauan Vestmannaeyjar berhampiran pantai selatan Iceland.
- 1978 - Sweden menjadi negara pertama di dunia yang mengharamkan semburan aerosol yang dipercayai merosakkan lapisan ozon Bumi.
- 1986 - Chuck Berry, James Brown, Ray Charles, Sam Cooke, Fats Domino, Adik-beradik Everly, Buddy Holly, Jerry Lee Lewis, Little Richard dan Elvis Presley menjadi tokoh-tokoh pertama yang dilantik untuk keahlian Dewan Kemasyhuran Rock and Roll.
- 1991 - Televisi Pendidikan Indonesia (TPI), merasmikan siaran perdana.
- 1997 - Madeleine Albright menjadi wanita pertama yang menjadi Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
- 2001 - Parti Komunis China dipercayai memalsukan perbuatan bunuh diri di Dataran Tiananmen untuk menganiaya dan menindas lagi Falun Gong.
- 2002 - Wartawan Daniel Pearl diculik di Karachi, Pakistan. Beliau kemudian dibunuh.
- 2002 - "Taliban Amerika" John Walker Lindh kembali ke Amerika Syarikat dalam tahanan Biro Penyiasatan Persekutuan.
- 2009 - Jumlah pengguna unik Internet dalam satu bulan diumumkan mencecah 1 bilion pada Disember 2008.
Kelahiran
- 1947 - Megawati Sukarnoputri, Presiden Indonesia ke-5
- 1984 - Arjen Robben, pemain bola sepak Bayern Munich
Kematian