Republik Belarus ريڤوبليك بيلاروس Рэспубліка Беларусь Республика Беларусь | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: tiada | |||||
Lagu kebangsaan: Мы, беларусы (Belarus) My, Belarusy (transliterasi) Kita Belarus | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Minsk 53°55′N 27°33′E / 53.917°N 27.550°E | ||||
Bahasa rasmi | Belarus, Rusia | ||||
Kerajaan | Republik berpresiden | ||||
• Presiden | Alexander Lukashenko (Александр Лукашенко) | ||||
Roman Golovchenko (Раман Галоўчэнка) | |||||
Kemerdekaan dari Kesatuan Soviet | |||||
• Diisytiharkan | 27 Julai 1990 | ||||
• Ditubuhkan | 25 Ogos 1991 | ||||
• Disiapkan | 25 Disember 1991 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 80,155 bt2 (207,600 km2) (85) | ||||
tidak penting (183 km²)[1] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2012 | 9,460,800 (90) | ||||
• Bancian Penduduk 2009 | 9,504,000 | ||||
45/km2 (116.5/sq mi) (146) | |||||
KDNK (PPP) | 2016 | ||||
• Jumlah | $171.7 billion (65) | ||||
$18,060 (62) | |||||
Gini (2002) | 29.7 rendah | ||||
HDI (2013) | 0.793 tinggi · 50 | ||||
Mata wang | Rouble ( BYN ) | ||||
Zon waktu | UTC+3 (FET) | ||||
Kod panggilan | 375 | ||||
Kod ISO 3166 | BY | ||||
DPT internet | .by | ||||
Belarus (Bahasa Indonesia: Belarusia)(/bɛləˈruːs/ ( dengar) bel-ə-ROOSS-'; Bahasa Belarus: Белару́сь, Bielaruś (sebutan bahasa Belarus: bʲɛlaˈrusʲ); Rusia: Белоруссия, Республика Беларусь , Belorussiya, Respublika Belarus’; Jawi: بيلاروس ), secara rasminya Republik Belarus ialah sebuah negara yang terletak di timur benua Eropah. Negara ini bersempadan dengan Rusia di timur, Ukraine di selatan, Poland di barat, dan Lithuania serta Latvia di barat laut. Dengan keluasan 207,600 kilometer persegi (80,200 bt2) serta jumlah penduduk sebanyak 9.3 juta orang, Belarus ialah negara ke-13 terluas dan ke-20 paling banyak penduduk di Eropah. Minsk bertindak sebagai ibu negara dan bandar terbesar negara.
Sejarah
Dari 5000 ke 2000 SM, budaya Bandkeramik mendominasi. Selain itu, sisa-sisa budaya Dnieper-Donets juga ditemui di Belarus, di samping sebahagian Ukraine.[1] Suku Kimmeri dan penggembala lainnya menerokai daerah itu pada 1000 SM, dan pada 500 Masihi, golongan Slav telah mengambil tempat tinggal, yang dibatasi oleh Bangsa Skithia yang menerokai kawasan pinggir. Penyerang dari Asia seperti Hun dan Avar tiba pada 400–600 M, tetapi tidak dapat menyingkirkan kehadiran Slav.[2]
Wilayah yang kini menjadi Belarus pertama kali dihuni oleh suku-suku Baltik pada abad ketiga. Sekitar abad kelima, wilayah tersebut diambil alih oleh suku Slav. Pengambilalihan tersebut berlaku sebahagiannya kerana kurangnya koordinasi ketenteraan Baltik, tetapi asimilasi Baltik ke dalam budaya Slav bersifat damai.[3]
Geografi
Belarus ialah negara keliling darat dan datar secara relatif. Tasik dan sungai membentuk negeri ini. Kawasan paya terbesar ialah Polesia yang merupakan salah satu paya-paya terbesar Eropah. Ada 11 ribu tasik di Belarus, tetapi kebanyakannya lebih kecil daripada 0,5 kilometer persegi (124 hektar). Tiga sungai utama mengalir melalui negeri ini iaitu Sungai Neman, Sungai Pripyat dan Sungai Dnepr. Titik tertinggi Belarus ialah Dzyarzhynskaya Hara (Bukit Dzyarzhynsk), 345 meter (1,132 kaki), dan titik terendahnya ada di Sungai Neman, 90 meter (295 kaki). Iklimnya berkisar dari musim sejuk yang ganas (rata-rata suhu Januari berada pada kisaran −8 °C(18 °F) hingga −2 °C (28 °F)) dengan musim panas yang dingin dan lembap (suhu rata-rata 15 °C (59 °F) hingga 20 °C(68 °F)).
Politik
Belarus ialah sebuah republik berpresiden yang diperintah oleh seorang Presiden dan Majlis Kebangsaan. Tempoh presidensi ialah lima tahun. Dalam perlembagaan 1994, Presiden hanya dapat menjawat selama dua penggal sebagai presiden, tetapi pindaan pada 2004 menyahkan had itu.[4] Aleksandr Lukashenko telah menjadi Presiden sejak 1994. Pada 1996, Lukashenko menyerukan pungutan suara berkontroversi untuk memanjangkan tempoh jawatan presiden dari lima ke tujuh tahun, dan akibatnya, pilihan raya pada 1999 ditunda ke 2001. Referendum ini dipanggil sebagai barang palsu "fantastis" oleh ketua jabatan pilihan raya, Viktar Hanchar, yang dipecat hanya kerana urusan rasmi selama kempen.[5] Majlis Kebangsaan ialah sebuah parlimen dwidewan yang terdiri dari 110 anggota Dewan Perwakilan (dewan bawahan) dan 64 anggota Dewan Republik (dewan atasan).
Belarus sering digambarkan sebagai "kediktatoran terakhir Eropah" oleh sesetengah pihak media, warga politik dan penulis oleh kerana pemerintahan autoritatif Lukashenko;[6][7] Lukashenko menggambarkan dirinya memiliki "gaya memerintah autoritif."[8] Dewan Eropah menamatkan status pemerhati Belarus pada 1997 sebagai respon bagi kepincangan referendum pindaan perlembagaan November 1996.[9][10] Kemasukan semula negara ke dalam Dewan bergantung pada penyelesaian yang ditetapkan oleh Dewan, termasuk penganjuran hak asasi manusia, dan kedaulatan perundangan serta demokrasi.[11]
Belarus ialah anggota beberapa organisasi internasional seperti PBB, UNESCO, Persemakmuran Negara-Negara Merdeka, Pertubuhan untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Belarus memiliki satu pakatan khas dengan negara jiran Rusia, Kesatuan Rusia dan Belarus yang ditubuhkan dalam suatu siri perjanjian pada 1996–99.
Ekonomi
Pada 2014, bidang penghasilan merangkumi 37% keluaran dalam negara kasar (KDNK) Belarus. Jumlah orang yang bekerja dalam industri ialah 32.7% dalam kalangan penduduk bekerja. Pada saat pembubaran Soviet pada 1991, Belarus adalah salah satu negara-negara industri termaju di dunia berdasarkan peratusan KDNK serta negara anggota CIS terkaya.[12] Pada 2015, 39.3% orang Belarus bekerja dalam perusahaan kerajaan, 57.2% pula di sektor swasta (di mana pemerintah memiliki 21.1% saham) dan 3.5% bekerja bagi pihak perusahaan asing.[13] Negara ini banyak bergantung pada Rusia bagi pelbagai barangan import, termasuk minyak.[14][15] Produk pertanian penting meliputi kentang dan produk ternakan seperti daging. Pada 1994, eksport utama Belarusi termasuk jentera berat (terutamanya traktor), produk pertanian dan produk tenaga.[16]
Demografi
Bancian pada 2019 menetapkan jumah penduduk Belarus pada 9.41 juta,[17] dengan warga Belarus merangkumi 84.9% penduduk negara.[17] Golongan minoriti termasuk Rusia (7.5%), Poland (3.1%) dan Ukraine (1.7%).[17] Berdasarkan bancian November 2011, 58.9% penduduk negara adalah beragama; penganut Gereja Ortodoks Timur (di bawah Gereja Ortodoks Rusia) merangkumi 82% jumlah ini.[18] Selain itu, aliran Gereja Katolik juga wujud di bahagian barat, dan ada juga beberapa aliran Protestan.[19][20] Agama-agama minoriti termasuk Katolik Yunani, Yahudi, Islam dan Neopaganisme. Secara keseluruhan, 48.3% penduduk menuruti Gereja Ortodoks, 41.1% pula tak beragama, 7.1% Katolik dan 3.3% yang lain menuruti agama-agama lain.[18] Bahasa Belarus dan Rusia bertindak sebagai bahasa-bahasa rasmi negara.[21]
Rujukan
- ^ Jameson, Robert (2008). A Dictionary of Archaeology. ISBN 978-0-470-75196-1.
- ^ Haywood, John (1998). Historical Atlas, Ancient and Classical World.
- ^ Zaprudnik, Jan (1993). Belarus: At a Crossroads in History. Westview Press. ISBN 0-8133-1794-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-06. Dicapai pada 2022-02-26.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "BBC NEWS | Europe | Profile: Alexander Lukashenko". web.archive.org. 2010-04-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-20. Dicapai pada 2021-02-22.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ Jeffries, Ian (2004). The countries of the former Soviet Union at the turn of the twenty-first century: the Baltic and European states in transition. Routledge. m/s. 274. ISBN 0-415-25230-X.
- ^ "Belarus: inside Europe's last dictatorship". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2012-10-07. Dicapai pada 2021-02-22.
- ^ "Belarus's Lukashenko: 'Better a dictator than gay'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-06. Dicapai pada 2021-02-22. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Profile: Alexander Lukashenko" (dalam bahasa Inggeris). 2007-01-09. Dicapai pada 2021-02-22.
- ^ "Belarus suspended". web.archive.org. 2006-04-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-26. Dicapai pada 2021-02-22.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "REPUBLIC OF BELARUS". www.hrw.org. Dicapai pada 2021-02-22.
- ^ "Belarus". Office of the Directorate General of Programmes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-22.
- ^ Belarus: Prices, Markets, and Enterprise Reform (dalam bahasa Inggeris). World Bank Publications. 1997-01-01. ISBN 978-0-8213-3976-3.
- ^ "Belarus in Figures, 2016". www.belstat.gov.by. Dicapai pada 2021-02-22.
- ^ "Wayback Machine" (PDF). web.archive.org. 2007-11-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-27. Dicapai pada 2021-02-22. Cite uses generic title (bantuan)CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Russia may cut oil supplies to ally Belarus – Putin". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 2021-02-22. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Belarus - Exports". countrystudies.us. Dicapai pada 2021-02-22.
- ^ a b c "Национальный состав населения Республики Беларусь". www.belstat.gov.by. Dicapai pada 30 November 2020.
- ^ a b "Religion and denominations in the Republic of Belarus" (PDF). Ministry of Foreign Affairs of the Republic of Belarus. November 2011. Dicapai pada 2021-06-29.
- ^ Ioffe, Grigoriĭ Viktorovich; Ioffe, Grigorij V. (2008). Understanding Belarus and how Western Foreign Policy Misses the Mark. ISBN 9780742555587.[halaman diperlukan]
- ^ "Belarusian Religion statistics, definitions and sources". Nation Master. Dicapai pada 29 April 2013.[sumber tak boleh dipercayai?]
- ^ "Languages across Europe". Bbc.co.uk. Dicapai pada 29 April 2013.
- CS1 errors: generic title
- Rencana Wikipedia memerlukan petikan bilangan muka surat dari December 2020
- Articles including recorded pronunciations (Bahasa Inggeris)
- Rencana dengan pengenalan IEU
- Rencana dengan pengenalan kawasan MusicBrainz
- Rencana dengan pengenalan UKPARL
- Republik
- Belarus
- Negara dan wilayah berbahasa Rusia
- Negara dan wilayah berbahasa Slavik