<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2025 |
11 September merupakan hari ke-254 (hari ke-255 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 115 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Tahun Baru mengikut kalendar Koptik dan Habsyah
- Hari Kebangsaan Catalonia
- Hari Guru di sebahagian wilayah Latin Amerika.
- Hari Patriot di Amerika Syarikat (2001).
Peristiwa
- 1297 – Perang Kemerdekaan Scotland Pertama: Orang Scotland pimpinan Andrew Moray dan William Wallace mengalahkan tentera Inggeris dalam Pertempuran Jambatan Stirling di Sungai Forth (gambar).
- 1857 – Militia Mormon memimpin pembunuhan beramai-ramai sekitar 120 orang peneroka yang dalam perjalanan ke California.
- 1893 – Pada hari pembukaan Parlimen Agama Dunia pertama di Chicago, Swami Vivekananda memperkenalkan Hinduisme ke A.S.
- 1922 – Mandat British ke atas Palestin bermula.
- 1945 – Sebuah kem tumpuan tentera Jepun di Batu Lintang, Sarawak, Borneo dibebaskan Tentera Australia, menyelamatkan lebih 2,000 tawanan perang tentera Berikat dan tahanan awam.
- 1961 – Pertubuhan pemuliharaan bebas terbesar di dunia Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) diasaskan di Morges, Switzerland.
- 1973 – Jeneral Augusto Pinochet mengetuai satu rampasan kuasa di Chile yang menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Salvador Allende.
- 1977 - Konsol permainan video dari Atari, Atari 2600 dilancarkan dan merupakan konsol pertama Atari yang dijual di Jepun.
- 1998 – Sukan Komanwel pertama di Asia, SUKOM '98 dirasmikan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
- 2001 – Serangan 11 September: Tiga buah kapal terbang penumpang dirampas dan digunakan untuk merempuh World Trade Center di Bandar Raya New York (gambar) dan Pentagon di Washington, D.C., manakala kapal terbang ke-4 terhempas di Pennsylvania. Secara keseluruhannya, hampir 3,000 orang terkorban.
- 2005 – Israel secara rasminya mengisytiharkan berakhirnya pentadbiran ketenteraan di Genting Gaza, Palestin, setelah menduduki kawasan tersebut selama 38 tahun.
- 2007 – Paip gas milik syarikat Pemex di Mexico diletupkan oleh tentera Zapatista (EZLN).
- 2008 – Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai mencapai satu persetujuan perkongsian kuasa.
- 2009 – Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian (gambar) dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah.
- 2010 – Pastor Terry Jones daripada gereja Pusat Jangkauan Dunia Dove, Amerika Syarikat membatalkan upacara membakar al-Quran setelah mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia.
- 2015 - Insiden kren jatuh di Makkah yang mengakibatkan 118 orang meninggal dunia dan 394 orang lain mengalami kecederaan.
Kelahiran
- 1917 - Ferdinand Marcos, Presiden Filipina ke-10
- 1996 - Verrell Bramasta, pelakon lelaki Indonesia
Kematian
- 1973 - Salvador Allende, Presiden Chile ke-23
- 2017 - Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ke-28.