Dinamakan sempena | epal |
---|---|
Nama dahulu | |
Jenis/bentuk sah | Awam |
Didagangkan sebagai |
|
ISIN | US0378331005 |
Industri |
|
Ditubuhkan | 1 April 1976 |
Pengasas | {{Unbulleted list | Steve Jobs | Steve Wozniak | Ronald Wayne | Lee Nivenia-Retired | Lee Levinnesh-Tired | Lee Levinniya - Current |
Ibu pejabat | 1 Apple Park Way Cupertino, California, U.S. |
Bilangan lokasi | 516 kedai runcit (2021) |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | |
Keluaran |
Full list
|
Perkhidmatan |
|
Hasil | ▲ US$274.515 bilion[4] (2020) |
Pendapatan kendalian | ▲ US$66.288 bilion[4] (2020) |
Pendapatan bersih | ▲ US$57.411 bilion[4] (2020) |
Modal | 2,470,000,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) |
Jumlah aset | ▼ US$323.888 bilion[4] (2020) |
Jumlah ekuiti | ▼ US$65.339 bilion[4] (2020) |
Pemilik | The Vanguard Group, Berkshire Hathaway, BlackRock, State Street Global Advisors |
Bilangan kakitangan | 147,000[5] (2020) |
Anak syarikat | |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Apple Inc., dahulunya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. (NASDAQ: AAPL), ialah perbadanan Multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk elektronik pengguna dan Perisian yang berkaitan. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan menyokong pelbagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.[9]
Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone, dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman webnya yang membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkaitan.
Diperbadankan pada 3 Januari 1977[10], syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal dengan produk-produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna.[11] Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang telefon pintar iPhone dan sistem video digital Apple TV-nya membayangkan peluasan berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan tradisionalnya dalam komputer peribadi.[12]
Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, dan Itali.[13] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan sokongan dan pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini mengupah lebih 20,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[14]
Berdasarkan alasan-alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar kesetiaan pelanggan tahap luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[15]
Sebelum penubuhan
Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak ialah seorang pakar dalam mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-Packard dan membantu rakannya Steve Jobs merekabentuk permainan video untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu. Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui syarikatnya.
Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club. Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk menghasilkan komputer yang lengkap.
Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179), dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.
Sejarah awal
Steve Jobs dan Steve Wozniak adalah rakan yang rapat sejak 1971, bila pada masa itu Bill Fernandez memperkenalkan Wozniak pada masa itu berumur 21 tahun kepada Jobs pada masa itu berumur 16 tahun. Jobs berjaya mengajak Wozniak memasang mesin komputer dan menjualnya.
Perancangan masa depan
Pada 2006, Syarikat Apple.inc telah pun mengumumkan perancangan mereka untuk mendirikan kampus kedua yang berkeluasan 50 ekar (200,000 meter persegi) yang dikumpulkan daripada sambungan plot (timur N Wolfe Road antara Pruneridge Avenue dan Vallco Parkway ). Kampus terbaru, iaitu di Cupertino, kira kira 1 batu (1.6 km) timur daripada kampus yang sedia ada. Kampus terbaru akan direka oleh Norman Foster. Pada 7 Jun 2011, Steve Jobs memberikan satu pembentangan pada Persidangan Cupertino City, untuk menekankan tentang rekaan pembinaan bangunan barunya. Kampus baru dicadangkan untuk menempatkan 13,000 perkerja (beserta dengan kafe untuk menempatkan 3,000 tempat duduk) dikelilingi oleh landskap yang luas. Di situ juga akan didirikan bangunan tambahan seperti auditorium, kemudahan R&D, serta pusat kecergasan.
Apple III
Semasa 1980-an Apple mendapat persaingan dalam bidang perniagaan komputer peribadi. IBM merupakan pesaing terbesar. Model IBM PC, menggunakan DOS milik Microsoft mendapat sambutan besar dan mula menjadi komputer meja di banyak syarikat besar.
Peralatan yang dihasilkan
Komputer
- Mac Mini
- MacBook - MacBook yang spesifikasi sederhana
- MacBook Pro - MacBook yang mempunyai panel sentuh (MacBook Pertama) [16]
- MacBook Air - Versi Macbook yang mempunyai spesifikasi bawah dari MacBook Pro
- iMac - Versi Desktop MacBook
- iPad - Tablet Komputer mudah alih
Pemain muzik digital
- iPod
- iPod U2 Edition
- iPod mini
- iPod shuffle - Pemain muzik digital ipod tanpa skrin
- iPod Touch - Pemain muzik digital ipod yang mempunyai rupaan iPhone
Telefon bimbit
- iPhone - Telefon yang mempunyai skrin sentuh
Penerima media digital
Perisian digital
Aksesori kamputer
- Video Conferencing Camera - iSight [1]
- Wireless Networking Products - AirPort Extreme Base Station [2] & AirPort Express [3]
- Computer Displays - Apple Cinema HD Display & Apple Displays [4]
- Computer mouse - Mighty Mouse [5]
Rujukan
- ^ Certificate of Amendment of Articles of Incorporation, November 17, 1977. California Secretary of State.
- ^ Certificate of Ownership, January 9, 2007. California Secretary of State.
- ^ https://www.nasdaq.com/market-activity/stocks/aapl
- ^ a b c d e "Consolidated Financial Statements for Q4 FY20" (PDF). Apple Inc. October 29, 2020. Dicapai pada October 30, 2020.
- ^ "Apple 10-K Report FY2020" (PDF). September 26, 2020. Dicapai pada January 12, 2021.
- ^ Taylor, Harriet (August 30, 2016). "How Apple managed to pay such a low tax rate in Ireland". CNBC. Dicapai pada January 9, 2017.
- ^ "Apple Looks to Services to Move Beyond iPhone Price Ceiling". Bloomberg.com. Bloomberg L.P. January 13, 2020.
- ^ Koblin, John (March 25, 2018). "Apple Goes to Hollywood. Will Its Story Have a Happy Ending?". The New York Times.
- ^ "Laman web Morningstar: Penyata Kewangan Apple Computer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-23. Dicapai pada 2008-02-22.
- ^ "Laman web Apple.com: Soalan Lazim Hubungan Pelabur Apple". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-16. Dicapai pada 2008-02-22.
- ^ Laman web Apple.com: Pemfailan SEC[pautan mati kekal]
- ^ Markoff, John (2006-01-09). "New Mobile Phone Signals Apple's Ambition". The New York Times. Dicapai pada 2006-01-09.
- ^ Laman web Apple.com: Senarai Kedai Apple
- ^ Laman web Apple.com: Peluang pekerjaan
- ^ Kesetiaan pelanggan Apple
- ^ "Flat 1.57% Off pada MacBook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-12. Dicapai pada 2018-02-12.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Apple di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- Laman web rasmi Apple Computer
- Laman web rasmi Apple Malaysia
- Data perniagaan untuk Apple Inc.: Google Finance
- Yahoo! Finance
- Reuters
- SEC filings
{{#switch:||Kategori=