<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
10 Oktober merupakan hari ke-283 (hari ke-284 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 82 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
- 680 – Saidina Husain bin Ali bin Abi Talib terbunuh dalam Pertempuran Karbala.
- 732 – Charles Martel dan orang Frank menewaskan Abdul Rahman al-Ghafiqi dan Muslim Andalus dalam Pertempuran Tours (gambar), berhampiran Tours dan Poitiers.
- 1845 – Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat dibuka di Annapolis, Maryland, dengan 50 pelajar kadet kanan.
- 1846 – Bulan Triton ditemui.
- 1911 – Revolusi Xinhai bermula dengan Pemberontakan Wuchang, menandakan permulaan runtuhnya Dinasti Qing (gambar maharaja terakhir) dan penubuhan Republik China.
- 1925 - Bekalan air paip yang mula-mula sekali bagi bandar Kangar dan negeri Perlis telah dirasmikan oleh Raja Syed Alwi ibni Syed Saffi Jamalullail dengan majlis besar-besaran dan gilang-gemilang sebagai menandakan suatu peristiwa penting di Perlis.
- 1928 – Jeneral Chiang Kai-shek dinamakan sebagai Pengerusi Majlis Ketenteraan Negara, memberikannya kepimpinan Republik China.
- 1943 – Perang Dunia Kedua: Polis tentera Jepun Kempeitai menahan dan menyeksa 57 orang awam kerana disyaki terlibat dalam serangan ke atas Pelabuhan Singapura dalam Operasi Jaywick.
- 1964 – Sukan Olimpik Tokyo 1964 dirasmikan.
- 1973 - Naib Presiden Amerika Syarikat Spiro Agnew (gambar) meletakkan jawatan selepas didakwa mengelak cukai.
- 1979 – Permainan arked Pac-Man dipasarkan buat pertama kali di Amerika Utara oleh Namco.
- 1987 – Selepas dua rampasan kuasa di Fiji oleh Sitiveni Rabuka, kerajaan tentera membatalkan perlembagaan dan mengisytiharkan Fiji sebagai republik.
- 2007 - Angkasawan Malaysia yang pertama, Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa lepas dengan menaiki roket Soyuz TMA-11 bagi memenuhi misi negara untuk menjalankan program penyelidikan dan pembangunan di Stesen Angkasa Antarabangsa.
- 2010 – Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama diadakan di Kuala Lumpur.
- 2010 – Antillen Belanda (gambar bendera) dibubarkan, dengan Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara konstituen Kerajaan Belanda, manakala Bonaire, Saba dan Sint Eustatius menjadi perbandaran khas Belanda.
Kelahiran
- 1819 - Charles Monck, Gabenor Jeneral Kanada Pertama
- 1923 - Mohd Asri bin Haji Muda, seorang Menteri Besar Kelantan ke-14
- 1946 - Naoto Kan, seorang Perdana Menteri Jepun
- 1950 - Ahmad Bashah Md Hanipah, seorang Menteri Besar Kedah ke-12
- 1985 - Gitalis Dwi Natarina, pelakon dan penyanyi wanita Indonesia