Parti Buruh | |
---|---|
Pemimpin | Keir Starmer |
Naib Ketua | Angela Rayner |
Setiausaha Am | David Evans |
Ditubuhkan | 27 Februari 1900[1][2] |
Ibu pejabat | Labour Central Kings Manor Newcastle upon Tyne NE1 6PA |
Sayap pelajar | Pelajar-pelajar Buruh Labour Students |
Sayap belia | Buruh Muda Young Labour (dahulunya Sosialis Muda Parti Buruh Labour Party Young Socialists) |
Keanggotaan (Jun 2017) | ▲ 552,000 |
Ideologi | Demokrasi sosial[3] |
Kedudukan politik | Tengah kiri |
Penggabungan Eropah | Parti Sosialis Eropah |
Penggabungan antarabangsa |
|
Kumpulan Parlimen Eropah | Perikatan Progresif Sosialis dan Demokrat |
Dewan Rakyat | 411 / 650 |
Dewan Pertuanan | 177 / 790 |
Parlimen Scotland | 22 / 129 |
Senedd | 30 / 60 |
Datuk bandar serantau[nb] | 11 / 12 |
Perhimpunan London | 11 / 25 |
PCC dan PFCC | 17 / 37 |
Datuk Bandar yang dipilih secara langsung | 10 / 16 |
Ahli Majlis[nb][4] | 6,561 / 18,646 |
Laman sesawang | |
www | |
Politik United Kingdom Parti politik Pilihan raya ↑ Datuk Bandar London dan 11 pihak berkuasa gabungan datuk bandar. ↑ Ahli majlis pihak berkuasa tempatan di England (termasuk 25 aldermen Bandaraya London) dan Scotland, majlis utama di Wales dan majlis tempatan di Ireland Utara. |
Parti Buruh adalah sebuah parti politik di United Kingdom yang berhaluan tengah kiri. Parti ini dianggap sebagai sejenis parti yang mempunyai liputan pemahaman politik menyeluruh dari pemikiran demokrasi sosial, sosialis serta golongan kesatuan sekerja.[5] Platform parti ini menekankan campur tangan kerajaan yang lebih besar, keadilan sosial serta pengukuhan hak-hak pekerja. Parti ini adalah anggota Parti Sosialis Eropah dan Perikatan Progresif (Progressive Alliance) bahkan ia turut memegang status pemerhati dalam pertubuhan Sosialis Antarabangsa.
Penubuhan parti ini pada tahun 1900, berpunca sebagai kesan pergerakan kesatuan-kesatuan pekerja serta parti-parti sosialis yang muncul pada abad ke-19. Ia mendahului Parti Liberal sebagai parti pembangkang utama terhadap Parti Konservatif pada awal tahun 1920-an, membentuk kerajaan minoriti di bawah Ramsay MacDonald pada tahun 1924 serta penggal tahun 1929 hingga tahun 1931. Parti Buruh kemudiannya berkhidmat dalam kerajaan gabungan ketika berlakunya Perang Dunia Kedua dari penggal tahun 1940 untuk 1945. Parti ini membentuk kerajaan majoriti yang diketuai Clement Atlee selepas tamatnya perang tersebut sehingga tahun 1951. Parti ini juga memerintah dalam kerajaan Britain dari tahun 1964 hingga tahun 1970 di bawah Harold Wilson, serta dari tahun 1974 hingga tahun 1979 yang mulanya di bawah Wilson dan kemudiannya di bawah James Callaghan.
Parti ini menjadi parti memerintah paling lewatnya dari 1997 hingga 2010 di bawah Tony Blair dan Gordon Brown. Parti ini telah diketuai oleh Ed Miliband dari tahun 2010 dan kemudiannya Jeremy Corbyn dari tahun 2015 setelah meninggalkan gabungan kerajaan yang memerintah.
Parti Buruh kini merupakan parti Pembangkang Rasmi dalam Parlimen United Kingdom setelah ia memenangi bilangan kerusi kedua terbanyak dalam Pilihan Raya Umum Britain 2017. Parti Buruh merupakan parti terbesar dalam Dewan Undangan Wales (yang juga membentuk parti utama dalam kerajaan negara tersebut) serta merupakan parti ketiga terbesar di Parlimen Scotland. Parti ini juga mempunyai perwakilan kedua terbesar dari United Kingdom dalam persidangan Parlimen Eropah di mana ahli-ahli parti ini duduk di Kumpulan Sosialis dan Demokrat . Meskipun parti ini juga bersidang di Ireland Utara, ia tidak mempertandingkan pilihan raya di sana tetapi sebaliknya menyokong Parti Buruh dan Demokratik Sosial (Social Democratic and Labour Party) di kawasan tersebut.
Prestasi pilihan raya
Dalam Pilihan Raya Umum UK
Pilihan raya | Ketua parti | Undian | Bilangan kerusi | Kedudukan | Kerajaan yang terbentuk | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
# | % | # | ± | ||||
1900 | Keir Hardie | 62,698 | 1.8 | 2 / 670
|
▲ 2 | ke-4 | Konservatif–Kesatuan Liberal |
1906 | Keir Hardie | 321,663 | 5.7 | 29 / 670
|
▲ 27 | ▲ ke-4 | Liberal |
Januari 1910 | Arthur Henderson | 505,657 | 7.6 | 40 / 670
|
▲ 11 | ▬ ke-4 | minoriti Liberal |
Disember 1910 | George Nicoll Barnes | 371,802 | 7.1 | 42 / 670
|
▲ 2 | ▬ ke-4 | minoriti Liberal |
1918[fn 1] | William Adamson | 2,245,777 | 21.5 | 57 / 707
|
▲ 15 | ▬ ke-4 | Liberal (melalui Coalition Coupon)–Konservatif |
1922 | Clynes, J. R. Clynes | 4,076,665 | 29.7 | 142 / 615
|
▲ 85 | ▲ ke-2 | Konservatif |
1923 | Ramsay MacDonald | 4,267,831 | 30.7 | 191 / 625
|
▲ 49 | ▬ ke-2 | minoriti Buruh |
1924 | Ramsay MacDonald | 5,281,626 | 33.3 | 151 / 615
|
▼ 40 | ▬ ke-2 | Konservatif |
1929[fn 2] | Ramsay MacDonald | 8,048,968 | 37.1 | 287 / 615
|
▲ 136 | ▲ Pertama | minoriti Buruh |
1931 | Arthur Henderson | 6,339,306 | 30.8 | 52 / 615
|
▼ 235 | ▼ ke-2 | Buruh Kebangsaan–Konservatif–Liberal |
1935 | Clement Attlee | 7,984,988 | 38.0 | 154 / 615
|
▲ 102 | ▬ ke-2 | Konservatif–Buruh Kebangsaan–Liberal Kebangsaan |
1945 | Clement Attlee | 11,967,746 | 49.7 | 393 / 640
|
▲ 239 | ▲ Pertama | Buruh |
1950 | Clement Attlee | 13,266,176 | 46.1 | 315 / 625
|
▼ 78 | ▬ Pertama | Buruh |
1951 | Clement Attlee | 13,948,883 | 48.8 | 295 / 625
|
▼ 20 | ▼ ke-2 | Konservatif |
1955 | Clement Attlee | 12,405,254 | 46.4 | 277 / 630
|
▼ 18 | ▬ ke-2 | Konservatif |
1959 | Hugh Gaitskell | 12,216,172 | 43.8 | 258 / 630
|
▼ 19 | ▬ ke-2 | Konservatif |
1964 | Harold Wilson | 12,205,808 | 44.1 | 317 / 630
|
▲ 59 | ▲ Pertama | Buruh |
1966 | Harold Wilson | 13,096,629 | 48.0 | 364 / 630
|
▲ 47 | ▬ Pertama | Buruh |
1970[fn 3] | Harold Wilson | 12,208,758 | 43.1 | 288 / 630
|
▼ 76 | ▼ ke-2 | Konservatif |
Februari 1974 | Harold Wilson | 11,645,616 | 37.2 | 301 / 635
|
▲ 13 | ▲ Pertama | minoriti Buruh |
Oktober 1974 | Harold Wilson | 11,457,079 | 39.2 | 319 / 635
|
▲ 18 | ▬ Pertama | Buruh |
1979 | James Callaghan | 11,532,218 | 36.9 | 269 / 635
|
▼ 50 | ▼ ke-2 | Konservatif |
1983 | Michael Foot | 8,456,934 | 27.6 | 209 / 650
|
▼ 60 | ▬ ke-2 | Konservatif |
1987 | Neil Kinnock | 10,029,807 | 30.8 | 229 / 650
|
▲ 20 | ▬ ke-2 | Konservatif |
1992 | Neil Kinnock | 11,560,484 | 34.4 | 271 / 651
|
▲ 42 | ▬ ke-2 | Konservatif |
1997 | Tony Blair | 13,518,167 | 43.2 | 419 / 659
|
▲ 148 | ▲ Pertama | Buruh |
2001 | Tony Blair | 10,724,953 | 40.7 | 413 / 659
|
▼ 6 | ▬ Pertama | Buruh |
2005 | Tony Blair | 9,562,122 | 35.3 | 356 / 646
|
▼ 57 | ▬ Pertama | Buruh |
2010 | Gordon Brown | 8,601,441 | 29.1 | 258 / 650
|
▼ 98 | ▼ ke-2 | Konservatif-Liberal Demokratik |
2015 | Ed Miliband | 9,339,818 | 30.5 | 232 / 650
|
▼ 26 | ▬ ke-2 | Konservatif |
2017 | Jeremy Corbyn | 12,874,985 | 40.0 | 262 / 650
|
▲ 30 | ▬ ke-2 | minoriti Konservatif-Kesatuan Demokratik (DUP) |
- ^ Pilihan raya yang pertama dilakukan di bawah Akta Perwakilan Rakyat Tahun 1918 di mana semua lelaki melebih umur 21 tahun serta kebanyakan wanita melebihi usia 30 tahun dibenarkan mengundi.
- ^ Pilihan raya pertama yang dilakukan di bawah Akta Perwakilan Rakyat 1928 di mana semua wanita melebihi umur 21 tahun dibenarkan mengundi.
- ^ Kebenaran mengundi diluaskan untuk semua rakyat yang berusia 18 hingga 20 tahun di bawah Akta Perwailan Rakyat 1969.
Kepimpinan
Senarai Pemimpin Parti Buruh sejak tahun 1906
Senarai Perdana Menteri UK dari parti Buruh
Nama | Gambar | Negara kelahiran | Tempoh memegang jawatan |
---|---|---|---|
Ramsay MacDonald | Scotland | 1924; 1929–1931 | |
Clement Attlee | England | 1945–1950; 1950–1951 | |
Harold Wilson | England | 1964–1966; 1966–1970; 1974; 1974–1976 | |
James Callaghan | England | 1976–1979 | |
Tony Blair | Scotland | 1997–2001; 2001–2005; 2005–2007 | |
Gordon Brown | Scotland | 2007–2010 |
Rujukan
- ^ Brivati & Heffernan 2000: "Pada 27 Februari 1900, Jawatankuasa Perwakilan Buruh telah dibentuk untuk berkempen bagi pemilihan wakil kelas pekerja ke parlimen."
- ^ Thorpe 2008, m/s. 8.
- ^ "Parties and Elections in Europe".
- ^ "Open Council Data UK – compositions councillors parties wards elections". opencouncildata.co.uk.
- ^ Matthew Worley (2009). The Foundations of the British Labour Party: Identities, Cultures and Perspectives, 1900-39. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 1–2. ISBN 978-0-7546-6731-5.
Pautan luar
- Laman-laman sesawang rasmi
- Labour
- Scottish Labour
- Welsh Labour Diarkibkan 2015-07-01 di Wayback Machine
- London Assembly Labour
- Young Labour Diarkibkan 2018-08-31 di Wayback Machine – sayap pemuda Parti Buruh
- Labour Party in Northern Ireland
- Labour Party in Westminster