<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
22 Jun merupakan hari ke-173 (hari ke-174 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 192 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Guru di El Salvador.
Peristiwa
- 168 SM - Perang Macedonia Ketiga: Angkatan tentera Rom menewaskan dan menawan Raja Macedon Perseus dalam Pertempuran Pydna.
- 1813 - Perang 1812: Laura Secord berjalan kaki 30 km memberikan amaran kepada angkatan tentera Britain akan serangan Amerika Syarikat yang akan berlaku di Queenston, Ontario.
- 1854 - Dewan Undangan Provinsi Kanada memansuhkan sistem seigneur di Perancis Baru, Amerika Utara British.
- 1937 - Camille Chautemps menjadi Perdana Menteri Perancis buat kali ketiga, dalam kementerian Barisan Popular kedua.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Lebih 4.5 juta askar Jerman Nazi dan Kuasa Paksi mula menyerang Kesatuan Soviet.
- 1956 - Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia ditubuhkan.
- 1978 – Satelit pertama Pluto, Charon, ditemui di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat oleh James W. Christy.
- 1986 - Pemain bola sepak Argentina Diego Maradona (gambar) menjaringkan kedua-dua "Gol Tangan Tuhan" dan Gol Abad Ini semasa menentang England dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA di Bandar Mexico.
- 1990 – Perang Dingin: Checkpoint Charlie di is dismantled in Berlin.
- 2009 - Dua kereta api Metro berlanggar di Washington, D.C., mengorbankan 9 orang dan mencederakan lebih 80 yang lain.
- 2009 - Presiden Republik Rusia Ingushetia Yunus-bek Yevkurov cedera parah dalam satu cubaan pembunuhan.
- 2010 - Banjir di timur laut Brazil menyebabkan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan ratusan lagi hilang.
- 2010 - Ketua Parti Tengah Mari Kiviniemi menggantikan Matti Vanhanen sebagai Perdana Menteri Finland.
- 2012 - Presiden Paraguay Fernando Lugo (gambar) disingkirkan daripada jawatannya dan digantikan oleh Federico Franco.
- 2023 - pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi penggal ke-14 bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-15 berlangsung
Kelahiran
- 1952 - Santokh Singh, pemain bola sepak Selangor dan Malaysia
- 1962 – Stephen Chow, pelakon, pengarah dan penulis skrip Hong Kong
- 1964 – Dan Brown, penulis Amerika Syarikat
- 1973 – Carson Daly, pengacara radio dan televisyen Amerika Syarikat
- 1977 – Adi Nugroho, pelakon dan presenter Indonesia
- 1989 – Jung Yong-hwa, pengarang lagu da pelakon Korea Selatan
Kematian
- 1925 – Felix Klein, ahli matematik Jerman (lahir 1849)
- 1990 – Ilya Frank, ahli fizik Rusia dan pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik (lahir 1908)
- 2014 – Rama Narayanan, penerbit dan pengarah filem India (lahir 1949)
- 2017 - Quett Ketumile Joni Masire, Presiden Botswana ke-2.