<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
27 Oktober merupakan hari ke-300 (hari ke-301 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 65 hari sebelum memasuki tahun seterusnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Saint Vincent dan Grenadines (1979) serta di Turkmenistan (1991).
Peristiwa
- 1553 - Dihukum sebagai pembidaah, Michael Servetus dibakar di kayu pancang di luar Geneva.
- 1904 - Bahagian pertama Keretapi Bawah Tanah New York dibuka, menyambungkan Dewan Bandar Raya dan Harlem.
- 1944 - Perang Dunia II: Tentera Jerman menawan Banská Bystrica, pusat penentangan anti-Nazi di Slovakia, membantu menamatkan Pemberontakan Kebangsaan Slovakia keesokan harinya.
- 1958 - Jeneral Muhammad Ayub Khan menggulingkan Iskander Mirza dalam satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah untuk menjadi Presiden Pakistan kedua, tidak sampai tiga minggu selepas Mirza melantiknya sebagai penguatkuasa pemerintahan tentera.
- 1961 - NASA melancarkan roket Saturn I yang pertama (gambar), kapal angkasa lepas Amerika Syarikat yang pertama direka khusus untuk melancarkan muatan ke orbit Bumi.
- 1971 - Republik Demokratik Congo dinamakan semula sebagai Zaire.
- 1987 – Seramai 19 orang aktivis dan ahli politik telah ditangkap dan didakwa dibawah ISA pada hari pertama Operasi Lalang.
Kelahiran
- 1728 - James Cook, ahli pelayar Kerajaan Great Britain.
- 1858 - Theodore Roosevelt, Presiden Amerika Syarikat ke-26.
- 1953 - Robert Picardo, pelakon Amerika Syarikat.
- 1997 - Ahmed Rebai, penyanyi dan pelakon lelaki Tunisia.
- 2002 - Beby Tsabina, pelakon wanita Indonesia.
Kematian
- 2007 - Othman Saat, seorang Menteri Besar Johor ke-11
- 2010 - Néstor Kirchner, seorang mantan Setiausaha Agung UNASUR dan bekas Presiden Argentina .