<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
8 November merupakan hari ke-312 (hari ke-313 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 53 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari St. Demetrius (Gereja Qibti dan Gereja Ortodoks Serbia).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1519 - Konkuistador Sepanyol Hernán Cortés (gambar) memasuki Tenochtitlan di mana tlatoani Aztek Moctezuma II menyambutnya dengan meriah seolah-olah datangnya dewa.
- 1827 - Residen Belanda dari Kepulauan Riau bersama-sama dengan 52 orang askar (termasuk 2 orang pegawai Belanda) telah sampai ke Pulau Karimun lalu merampas pulau tersebut daripada jajahan Sultan Hussain Shah dan memasukkannya dalam perintah Riau-Lingga.
- 1864 - Abraham Lincoln terpilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- 1895 - Ahli fizik Jerman Wilhelm Conrad Röntgen (gambar) menemui sinar-X.
- 1912 - Perang Balkan I: Tentera Darat Yunani menerima penyerahan kalah garison Uthmaniyyah di Thessaloniki, sehari sebelum Tentera Darat Bulgaria tiba untuk berbuat perkara sama.
- 1923 - Adolf Hitler, Erich Ludendorff dan anggota Kampfbund lain memulakan Bierkeller-Putsch, percubaan yang gagal untuk merampas kuasa Republik Weimar Jerman.
- 1939 - Adolf Hitler terlepas daripada usaha pembunuhan di Munich.
- 1942 - Operasi Obor Perang Dunia Kedua bermula apabila tentera Amerika Syarikat dan United Kingdom mendarat di Afrika Utara Perancis.
- 1945 - Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) mengisytiharkan dirinya sebagai parti politik.
- 1950 - Perang Korea: Tentera Udara Amerika Syarikat menembak jatuh 2 pesawat tempur Korea Utara.
- 1965 - Wartawan dan panel rancangan permainan Dorothy Kilgallen ditemui mati dan dikhabarkan ia adalah pembunuhan kerana maklumat yang beliau ada tentang pembunuhan John F. Kennedy.
- 1987 - Sebuah bom meletup di Ireland Utara semasa upacara memperingati perang British, mengorbankan 11 orang.
- 1999 - Famili Ceria mula disiarkan di TV3.
- 2002 - Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan Resolusi 1441, memaksa Iraq untuk melucutkan senjata atau berhadapan dengan "akibat yang serius".
- 2011 - Rusia mula menghantar gas asli ke Eropah Barat melalui Nord Stream, talian paip tenggelam terpanjang di dunia.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1830 - Mikhail Ivanovich Dragomirov, seorang jeneral Empayar Rusia
- 1847 - Bram Stoker , Penulis Ireland, terkenal dengan novel seramnya Dracula
- 1869 - Joseph Franklin Rutherford, Presiden Lembaga Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
- 1968 - Parker Posey, pelakon Ireland-Amerika Syarikat
- 1972 - Gretchen Mol, pelakon Amerika Syarikat
- 1989 - Chacha Frederica, pelakon wanita Indonesia
- 2001 - Ajil Ditto, pelakon, penyanyi, dan model Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2011 - Petinju A.S. Joe Frazier.