- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2010. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2010 (nombor).
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2010 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam takwim Gregorius dan bulan Muharram dalam takwim Hijrah. Ia berlangsung dari 15 Muharam 1431 hingga 24 Muharam 1432.
Peristiwa
Jun
- 11 Jun: Piala Dunia 2010 bermula di Afrika Selatan. Ia merupakan Piala Dunia pertama diadakan di Afrika. Piala Dunia FIFA 2010 ini menyaksikan Belanda dan Sepanyol berentap di gelanggang akhir dan akhirnya dimenangi oleh Sepanyol.
September
- 16 September: Hari Malaysia disambut buat pertama kalinya sebagai cuti am di seluruh Malaysia.
Oktober
- 3-14 Oktober: Sukan Komanwel 2010 berlangsung di New Delhi, India. Ia merupakan kali kedua acara Sukan Komanwel berlangsung di Asia selepas Kuala Lumpur, Malaysia.
November
Disember
- 29 Disember: Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia berjaya merangkul gelaran juara dan membawa pulang piala Kejohanan Bola Sepak ASEAN buat pertama kali selepas berjaya mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2.
Kelahiran
- 4 Februari - Mohammad Hadif Azmir, pelakon lelaki Malaysia
- 24 Februari - Ahmad Emir Aqeel Ahmad Azan, pelakon lelaki Malaysia
- 7 Mac - Syed Irfan, pelakon lelaki Malaysia
- 12 Mei - Nik Adam Mika, pelakon lelaki Malaysia
- 20 Mei - Muhammad Haikal Shahputra Irwan, pelakon lelaki Malaysia
- 9 Oktober - Chenta Raeesa Hisham, penari wanita Malaysia
Kematian
April
- 2 April: Din Beramboi (atau nama sebenar beliau, Meor Ahmad Fuad Meor Badri) ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, kartunis, penyampai radio dan pengacara televisyen. Beliau meninggal dunia pada 2 April 2010 kerana penyakit demam denggi berdarah.
- 17 April: Achik Spin mati di Lebuhraya LEKAS, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
Oktober
- 2 Oktober: Kwa Geok Choo, isteri bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. (lahir 1920)