- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1968. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1968 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1968 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Isnin. Ia berlangsung dari 30 Ramadan 1387 hingga 10 Syawal 1388.
Peristiwa
Mac
- 16 Mac - Insiden Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai melibatkan pembunuhan tidak sah semasa Perang Vietnam melibatkan satu Kompeni askar Tentera Amerika Syarikat di bawah pimpinan Kapten Ernest Medina termasuk Platun No. 1 di bawah pimpinan Leftenan William Calley. Dalam insiden ini, beratus-ratus orang awam Vietnam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika. William Calley akhirnya dihadapkan ke mahkamah tentera dan didapati bersalah kerana membunuh. Dia dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Julai
- 1 Julai: Persefahaman Membantut Percambahan Senjata Nuklear (NPT) di New York, AS.
September
- 2 September: Model Boeing 747 dirasmikan di Everett, Washington.
Disember
- 20 Disember: ALGOL 68 diterbitkan.
Tarikh tidak pasti
- Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia.
- Kod ASCII menjadi kod piawai ANSI.
- Alat kira saintifik berprogram diperkenalkan oleh Hewlett Packard.
- ALTRAN, bahasa yang serupa dengan FORTRAN, direka.
- COBOL diiktiraf oleh ANSI.
- Edsger W. Dijkstra, ahli sains komputer Belanda, menulis sepucuk surat yang mengatakan bahawa bahasa-bahasa pengaturcaraan yang menggunakan kenyataan GOTO untuk pembentukan atur cara menjejaskan daya pengeluaran pengaturcara serta mutu kod yang dihasilkan.
- Perbadanan Intel ditubuhkan oleh Robert Noyce dan Gordone Moore di California, Amerika Syarikat.
- Persidangan Komputer Bersama dan kegunaan pemprosesan kata dipamerkan oleh Douglas C. Engelbert dari Institut Penyelidikan Stanford di Pusat Sivik, San Francisco, selain daripada sistem papan kekunci, alas kekunci, tetikus serta tetingkap.
Kelahiran
- 2 Mac - Daniel Craig, pelakon Inggeris
- 12 Mac - Aaron Eckhart, pelakon Amerika Syarikat
- 30 Mac - Celine Dion, penyanyi Kanada
- 8 April - Patricia Arquette, pelakon Amerika Syarikat
- 28 Mei - Kylie Ann Minogue, penyanyi dan pelakon Australia
- 5 Ogos - Marine Le Pen, ahli politik Perancis
- 28 September - Naomi Watts, pelakon Inggeris-Australia
- 12 Oktober - Hugh Jackman, pelakon dan penerbit filem Australia
- 8 November - Parker Posey, pelakon Ireland Amerika Syarikat
- 3 Disember - Brendan Fraser, pelakon filem dan pentas teater Kanada-Amerika Syarikat.