<< | Januari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
24 Januari merupakan hari ke-24 dalam takwim Gregorius. Tinggal 341 hari (atau 342 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
- 41 - Maharaja Rom Caligula dibunuh oleh Cassius Chaerea dan Pengawal Praetoria yang tidak puas hati. Bapa saudaranya Claudius diisytiharkan sebagai maharaja berikutnya.
- 1438 - Paus Eugene IV digantung jawatannya oleh Majlis Basel.
- 1639 - Fundamental Orders, perlembagaan tertulis pertama yang mewujudkan kerajaan, diterimaguna di Connecticut.
- 1679 - Raja Charles II dari England membubarkan Parlimen.
- 1848 - James W. Marshall menemui emas di Kilang Papan Sutter yang terletak di Coloma, California, A.S., maka bermulanya Kerubut Emas California.
- 1857 - Universiti moden pertama di subbenua India, Universiti Calcutta diasaskan di Calcutta, India.
- 1859 - Penyatuan politik Moldavia dan Wallachia; Alexandru Ioan Cuza dipilih menjadi pemerintah.
- 1862 - Bucharest diisytiharkan sebagai ibu negara Romania.
- 1887 - Pertempuran Dogali: Tenrera Abyssinia menewaskan pihak Itali.
- 1891 - Perdana Menteri John Ballance memulakan penggalnya dengan Parti Liberal, parti politik pertama yang mendapat kuasa di New Zealand.
- 1907 - Robert Baden-Powell mengasaskan pergerakan Pengakap Muda.
- 1918 - Takwim Gregorius diperkenalkan di Rusia atas dekri Majlis Komisar Rakyat berkuatkuasa 14 Februari.
- 1924 - Petrograd yang diasaskan oleh Peter Agung dari Rusia pada tahun 1703 dinamakan semula sebagai "Leningrad", tiga hari selepas kematian Vladimir Lenin.
- 1927 - Pengarah Alfred Hitchcock mengeluarkan filem sulungnya The Pleasure Garden di England.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill mengakhiri sidang di Casablanca.
- 1952 - Vincent Massey mengangkat sumpah selaku Gabenor Jeneral Kanada pertama kelahiran Kanada.
- 1978 - Satelit Soviet Kosmos 954 terbakar di atmosfera Bumi, lalu menabur piung di Wilayah Barat Laut Kanada.
- 1978 - Rose Dugdale dan Eddie Gallagher menjadi banduan pertama yang berkahwin di penjara dalam sejarah Republik Ireland.
- 1984 - Apple Macintosh pertama (gambar) mula dijual, menjadi komputer peribadi komersil pertama berasaskan antara muka grafik pengguna yang laris.
- 1986 - Voyager 2 lintas terbang 81,500 km (50,680 batu) dari planet Uranus.
- 2003 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat memulakan operasi.
- 2011 - Al-Jazeera mendedahkan ~ 1,700 dokumen sulit yang memerincikan rundingan rahsia dalam proses pendamaian konflik Israel-Palestin.
Kelahiran
- 1870 - Herbert Kilpin, bekas pemain bola sepak A.C. Milan
- 1907 - Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang Di-Pertuan Agong keempat
- 1940 - Joachim Gauck, Presiden Jerman ke-11
- 1983 - Scott Speed, bekas pemandu Formula Satu
- 1987 - Luis Suarez, pemain bola sepak Liverpool F.C.