<< | September | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | |||||
2024 |
24 September merupakan hari ke-267 (hari ke-268 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 98 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan Guinea-Bissau (1973)
- Hari Republik di Trinidad dan Tobago (1976)
- Hari Warisan di Afrika Selatan.
Peristiwa
- 622 – Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut baginda menyempurnakan Hijrah mereka dari Makkah ke Madinah.
- 1664 – Perang Belanda-England Kedua: Belanda menyerahkan New Amsterdam kepada England, sebuah penempatan berkubu di Belanda Baru yang kemudiannya menjadi Bandar Raya New York.
- 1789 – Di Amerika Syarikat, berdasakan undang-undang persekutuan mendirikan Mahkamah Agung.
- 1841 – Sultan Brunei berkenan menyerahkan Sarawak kepada pengembara British James Brooke (gambar), yang kemudiannya menjadi Raja Putih Sarawak.
- 1890 – Gereja Mormon dengan rasminya menolak poligami.
- 1903 – Alfred Deakin menjadi Perdana Menteri Australia kedua, menggantikan Edmund Barton (gambar) yang menjadi hakim pengasas Mahkamah Tinggi Australia.
- 1946 – Sistem penerbangan Hong Kong Cathay Pacific ditubuhkan.
- 1948 – Mekanik Soichiro Honda mengasaskan Honda Motor Co., Ltd. dan mula mengilang motosikal.
- 1988 – Ben Johnson mencatat rekod baru lari pecut 100 meter di Sukan Olimpik Seoul dengan masa 9.79 saat, mengalahkan Carl Lewis dan Linford Christie, tetapi kemudian dibatalkan kerana pengambilan dadah.
- 2007 – Sami Buddha (gambar) menyertai rakyat Myanmar berarak di jalan raya membantah kenaikan harga petroleum sehingga 500 %.
- 2008 – Diet Jepun melantik Taro Aso sebagai Perdana Menteri Jepun yang baharu.
- 2013 – Sebuah gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda selatan Pakistan, menyebabkan lebih 500 kematian.
Kelahiran
- 1837 - Alexander Imeretinsky, seorang jeneral Empayar Rusia
- 1989 - Shukor Adan, pemain bola sepak Malaysia
- 1989 – Pia Wurtzbach, peragawati dan pelakon Filipina[1]
Kematian
- 1991 – Dr. Seuss, penulis, penyajak dan pengilustrasi buku kanak-kanak Amerika Syarikat (lahir 1904)
- 2009 - Abdul Rahim bin Abu Bakar, seorang Menteri Besar Pahang ke-10
Rujukan
- ^ "Pia Wurtzbach celebrates birthday with 'so much cake'". GMA News and Public Affairs. 24 September 2021.