Matu
Mato | |
---|---|
Koordinat: 2°41′0″N 111°32′0″E / 2.68333°N 111.53333°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Pusat pentadbiran | Matu |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Matu dan Daro |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,600 km2 (600 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 16,316 |
• Kepadatan | 10/km2 (26/batu persegi) |
Poskod | 96xxx |
Laman sesawang | matu-darodc |
Matu (dialek tempatan: Mato, Jawi: ماتو) ialah sebuah daerah yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Mukah, di wilayah Sarawak, Malaysia. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Pekan Matu. Daerah ini memiliki keluasan sebanyak 1,600 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 16,316 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Melanau.
Sejarah
Matu sebelum ini merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran daerah Daro yang berada di Bahagian Sarikei. Matu telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah penuh pada 5 Mei 1991, menjadikannya daerah ke-48 dibentuk di Sarawak.[2]
Pada 1 Mac 2002, daerah Matu yang sebelum ini ditadbir dibawah pentadbiran Bahagian Sarikei telah dipindahkan ke bawah pentadbiran Bahagian Mukah yang baru dibentuk.[2]
Pentadbiran
Daerah Matu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Matu yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Mukah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Matu dan Daro. Terdapat sebuah daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah Matu, iaitu Igan.
Di bawah pentadbiran daerah Matu, terdapat 38 perkampungan, 37 rumah panjang dan empat petempatan Cina. Setiap kampung diketuai seorang ketua kaum, setiap rumah panjang diketuai tuai rumah manakala petempatan Cina diketuai seorang kapitan.[3]
Politik
Daerah Daro diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Daro (N43) dan Jemoreng (N44) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Igan (P207) serta Bawang Assan (N53) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Sibu (P212).
Geografi
Daerah Matu terletak di tengah negeri Sarawak, dan di barat bahagian Mukah. Daerah Matu bersempadan dengan daerah Dalat di timur, daerah Sibu di selatan, daerah Daro di barat dan Laut China Selatan di utara.
Daerah Matu mempunyai keluasan kira-kira 1,600 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi yang hanya mencecah 45 meter. Bentuk muka bumi daerah ini secara keseluruhannya merupakan kawasan rata dan mendatar kerana kawasannya yang berada di pesisir pantai dan lembah sungai. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Igan.
Demografi
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2000 | 11,183 | — |
2010 | 16,952 | +51.6% |
2020 | 16,316 | −3.8% |
Sumber: [1] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Matu ialah seramai 16,316 orang dengan kepadatan penduduk 10 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 5,536 isi rumah dengan 6,684 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Matu merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Melanau. Antara komuniti lain yang mendiami daerah ini termasuklah Iban, Melayu dan Cina dan Bidayuh. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 2,334 orang.[4][5]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 549 |
Bumiputera lain | 13,045 | |
Cina | 333 | |
Lain-lain | 55 | |
Bukan warganegara | - | 2,334 |
Jumlah | 16,316 |
Agama
Di daerah Matu, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 75 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lebih 22 peratus. Sebanyak hampir satu peratus sahaja penduduk beragama Buddha. Terdapat juga penduduk beragama lain dan tidak beragama membentuk kumpulan minoriti.
Agama | Jumlah |
---|---|
Islam | 12,345 |
Kristian | 3,685 |
Buddha | 174 |
Lain-lain | 17 |
Tidak beragama | 95 |
Jumlah | 16,316 |
Senarai sekolah di Matu
Sekolah rendah
- SJK Chung Hua Matu
- SK Kuala Matu
- SK Kg. Pergau
- SK Sok
- SK Orang Kaya Matu
- SK Orang Kaya Sergunim Matu
- SK Bawang Tian
- SK Sekaan Kechil
- SK Bruan Mapal
- SK Kampung Igan
Sekolah menengah
Rujukan
- ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b "PROFILE DAERAH MATU - Portal Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah". mukah.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-16.
- ^ "INFO KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM DAERAH MATU - Portal Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah". mukah.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-16.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.