Bahagian Betong | |
---|---|
Koordinat: 1°40′56″N 111°29′01″E / 1.6821565°N 111.4836165°EKoordinat: 1°40′56″N 111°29′01″E / 1.6821565°N 111.4836165°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Daerah | Betong, Pusa, Kabong, Saratok |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Kabong Majlis Daerah Pusa Majlis Daerah Betong Majlis Daerah Saratok Pejabat Daerah Debak Pejabat Daerah Kecil Spaoh Pejabat Daerah Kecil Budu Pejabat Daerah Kecil Roban Pejabat Daerah Kecil Maludam |
Keluasan | |
• Jumlah | 4,181 km2 (1,614 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 105,743 |
• Kepadatan | 25/km2 (66/batu persegi) |
Demografi | |
• Etnik | Melayu (51.5%) Iban (43.6%) Cina (4.8%) Lain-lain (1.1%) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Laman sesawang | betong |
Bahagian Betong ialah satu daripada 12 bahagian yang terdapat di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1] Ia memiliki keluasan sebanyak 4,180 kilometer persegi dan merupakan bahagian pentadbiran paling kecil di Sarawak. Secara rasmi, Bahagian Betong dipecahkan kepada lima daerah Betong, Kabong, Daerah Debak, Pusa dan Saratok dan empat daerah kecil iaitu Daerah Kecil Roban, Daerah Kecil Maludam, Daerah Kecil Spaoh dan Daerah Kecil Budu.[2][3] Jumlah penduduk ialah seramai 105743 orang (tahun 2010).[4]
Pentadbiran
Daerah-daerah dan daerah kecil di Bahagian Betong keseluruhan terdapat sembilan. Setiap daerah dan daerah kecil dipecahkan kepada beberapa kampung atau kawasan dan mempunyai pihak berkuasa tempatan tersendiri. Sebelum ini, Bahagian Betong hanya mempunyai dua daerah utama sahaja iaitu Daerah Betong dengan empat daerah kecil, Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam dan Daerah Saratok dengan tiga daerah kecil, Roban, Kabong dan Nanga Budu/Budu.[5] Jadual dibawah menunjukkan senarai daerah-daerah dan daerah kecil yang dibawah pentadbiran Bahagian Betong.
No. | Peta | Keluasan (km2)[6] | Daerah/Daerah Kecil | Pihak Berkuasa Tempatan | Pekan pentadbiran | Penduduk (orang)[4] |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 1,547 | Daerah Betong | Majlis Daerah Betong | Betong | 17,014 | |
2 | Daerah Debak | Pejabat Daerah Debak | Debak | 15,010 | ||
3 | Daerah Kecil Spaoh | Pejabat Daerah Kecil Spaoh | Spaoh | 12,616 | ||
4 | 799 | Daerah Kabong | Majlis Daerah Kabong/Pejabat Daerah Kabong | Pekan Kabong | 12,181 | |
5 | Daerah Kecil Roban | Pejabat Daerah Kecil Roban | Pekan Roban | 6,914 | ||
6 | 888 | Daerah Saratok | Majlis Daerah Saratok | Saratok | 22,313 | |
7 | Daerah Kecil Budu | Pejabat Daerah Kecil Budu | Nanga Budu | 3,607 | ||
8 | 947 | Daerah Pusa | Majlis Daerah Pusa | Pusa | 14,921 | |
9 | Daerah Kecil Maludam | Pejabat Daerah Kecil Maludam | Maludam | 5,901 |
Galeri
Rujukan
- ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
- ^ a b "Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, Jadual Mukim Sarawak" (PDF). statistics.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 10 Disember 2014.
- ^ "Latar Belakang Daerah Saratok". Majlis Daerah Saratok. 2012-03-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jun 2012. Dicapai pada 27 Disember 2014.
- ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Logo-mdb1.jpg
Pautan luar
- Laman web rasmi Pentadbiran Bahagian Betong. Dicapai pada 12 Julai 2021.