Daerah Lipis | |
---|---|
Lokasi Daerah Lipis di Malaysia | |
Koordinat: 4°15′N 101°50′E / 4.250°N 101.833°EKoordinat: 4°15′N 101°50′E / 4.250°N 101.833°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pahang |
Pusat | Kuala Lipis |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Lipis |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Hafizi Ibrahim[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 5,198 km2 (2,007 batu persegi) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 96,620 |
• Kepadatan | 19/km2 (48/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+08:00 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+08:00 (Tidak dinilai) |
Poskod | 27xxx |
Kod panggilan | +6-09 |
Nombor plat kenderaan | C |
Lipis merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Negeri ini terletak di utara negeri Pahang dan berkeluasan 5,198 kilometer persegi yang merangkumi 10 buah mukim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Lipis.
Etimologi
Perkataan "Lipis" dipercayai berasal daripada nama sejenis tumbuhan yang tumbuh dengan banyak di kawasan daerah ini iaitu pokok serau lipis.
Perkataan "Lipis" juga dipercayai berasal daripada perkataan "lepas". Pada zaman dahulu, masyarakat di daerah ini menjadikan Sungai Lipis dan Sungai Jelai sebagai jalur pengangkutan utama untuk pergi ke setiap tempat. Oleh itu, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’.[3]
Pentadbiran
Daerah Lipis ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Lipis yang berpusat di Kuala Lipis. Daerah ini terbahagi kepada 10 buah mukim, tiga buah bandar dan lapan buah pekan. Terdapat 84 buah kampung yang terletak dalam daerah ini.[3]
Mukim
- Mukim Batu Yon
- Mukim Budu
- Mukim Cheka
- Mukim Gua
- Mukim Hulu Jelai
- Mukim Kechau
- Mukim Kuala Lipis
- Mukim Penjom
- Mukim Tanjung Besar
- Mukim Telang
Bandar dan pekan
- Bandar Kuala Lipis
- Bandar Benta
- Bandar Padang Tengku
- Pekan Padang Tengku
- Pekan Taman Jelai
- Pekan Penjom
- Pekan Mela
- Pekan Kerambit
- Pekan Rpsb Kg. Pagar
- Pekan Merapuh
- Pekan Kechau Tui
Geografi
Daerah Lipis terletak di utara negeri Pahang, bersempadan dengan daerah Jerantut di timur, Raub di selatan, Cameron Highlands dan negeri Perak di barat serta Kelantan di utara. Daerah ini merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang dengan keluasan 5,198 kilometer persegi. Bentuk muka bumi daerah ini berupa dataran tanah tinggi terutamanya di kawasan utara daerah dengan ketinggian maksimum 2,135 meter manakala di kawasan selatan daerah berupa dataran tanah pamah.
Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Jelai dan Sungai Lipis.
Demografi
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 68,276 | — |
2000 | 73,557 | +7.7% |
2010 | 86,484 | +17.6% |
2020 | 96,620 | +11.7% |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Lipis ialah seramai 96,620 orang dengan kepadatan penduduk 19 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 88 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2][4]
Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.9. Terdapat 23,255 tempat kediaman dengan sebanyak 21,013 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 64 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 26 ribu dalam golongan muda dan selebihnya lima ribu orang merupakan warga tua.[2]
Daerah Lipis juga didiami beberapa suku orang asli seperti suku Batek, Semaq Beri dan Jah Hut.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 81,343 |
Cina | 7,339 | |
India | 3,336 | |
Lain-lain | 279 | |
Bukan warganegara | N/A | 4,323 |
Agama
Majoriti penduduk di daerah Lipis beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Penduduk tidak beragama membentuk kumpulan kedua paling ramai iaitu lapan peratus dari keseluruhan penduduk. Agama Buddha merupakan agama kedua paling ramai penganut diikuti Kristian, Hindu dan beberapa komuniti penganut agama kecil yang lain.[2]
Rujukan
- ^ Laman, Pentadbir. "SENARAI PEGAWAI DAERAH". pdtlipis.pahang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-15. Dicapai pada 2017-11-28.
- ^ a b c d e "Kawasanku • Lipis - OpenDOSM". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 1 Jun 2023.
- ^ a b "Portal Rasmi PDT Lipis". Dicapai pada 1 Jun 2023.
- ^ "Map ~ Stats Geoportal". Stats GeoPortal. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-05-31.