Meradong | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Sarikei |
Pusat pentadbiran | Bintangor |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Maradong dan Julau |
Keluasan | |
• Jumlah | 719 km2 (278 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 20,299 |
• Kepadatan | 28/km2 (73/batu persegi) |
Poskod | 96xxx |
Meradong (Jawi: مرادوڠ) merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah pekan Bintangor.
Daerah Meradong dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 719 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 20,299 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Iban.
Sejarah
Bermula dari awal 1930-an, Meradong pada mulanya merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran Bahagian Kedua, dan dinamakan daerah kecil Binatang. Pada 24 Januari 1984, nama daerah Binatang telah ditukar secara rasminya kepada Daerah Meradong.[2]
Pentadbiran
Daerah Meradong terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Meradong yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sarikei. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Maradong dan Julau.
Politik
Daerah Meradong diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Meradong (N46) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Sarikei (P208), Semop (N42) yang terletak di bawah Parlimen Tanjung Manis (P206) dan Daro (N43) yang terletak di bawah Parlimen Igan (P207).
Geografi
Daerah Meradong terletak di tengah negeri Sarawak, dan di utara bahagian Sarikei. Daerah Meradong bersempadan dengan daerah Daro di utara, daerah Sibu di timur, daerah Pakan di selatan, daerah Sarikei di barat dan daerah Tanjung Manis di barat laut.
Daerah Meradong mempunyai keluasan kira-kira 719 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 216 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rendah, rata dan mendatar. Namun di hujung selatan daerah terdapat beberapa kawasan yang sedikit tinggi dan berbukit. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Rajang.
Demografi
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 23,997 | — |
1980 | 27,028 | +12.6% |
1991 | 26,957 | −0.3% |
2000 | 28,942 | +7.4% |
2010 | 28,713 | −0.8% |
2020 | 20,299 | −29.3% |
Sumber: [1] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Meradong ialah seramai 20,299 orang dengan kepadatan penduduk 28 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 5,138 isi rumah dengan 7,610 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Meradong merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Melayu. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 415 orang.[3][4]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 3,124 |
Bumiputera lain | 9,274 | |
Cina | 7,407 | |
India | 3 | |
Lain-lain | 76 | |
Bukan warganegara | - | 415 |
Jumlah | 20,299 |
Agama
Di daerah Meradong, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 55 peratus diikuti agama Islam sebanyak lebih 22 peratus. Penduduk beragama Buddha membentuk kelompok ketiga terbesar dengan peratusan lebih 11 peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga penduduk tidak beragama yang membentuk peratusan sembilan peratus penganut agama lain-lain yang membentuk kumpulan minoriti.
Agama | Jumlah |
---|---|
Kristian | 11,357 |
Islam | 4,552 |
Buddha | 2,282 |
Hindu | 2 |
Lain-lain | 211 |
Tidak beragama | 1,821 |
Tidak diketahui | 74 |
Jumlah | 20,299 |
Rujukan
- ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "Pengenalan Pejabat Daerah Meradong - Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei". sarikei.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-16.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.