Sebuyau سبوياو | |
---|---|
Koordinat: 1°31′30″N 110°55′45″E / 1.52500°N 110.92917°EKoordinat: 1°31′30″N 110°55′45″E / 1.52500°N 110.92917°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Samarahan |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Simunjan |
Keluasan | |
• Jumlah | 625.07 km2 (241.34 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 13,200 |
• Kepadatan | 21/km2 (55/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Daerah Sebuyau ialah sebuah daerah di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Daerah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Samarahan yang merangkumi Samarahan, Simunjan, Sebuyau, Sadong Jaya dan Asajaya.[2] Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Pekan Sebuyau. Sebuyau dahulu merupakan daerah kecil yang terletak dalam pentadbiran Daerah Simunjan.[3]
Etimologi
Daerah Sebuyau mendapat namanya daripada perkataan "buyo" yang berasal dari Bahasa Melanau jika diterjemahkan secara harfiah bermaksud "ketam". Pada ketika dahulu, terdapat banyak hidupan ketam di kawasan Sebuyau.[3]
Geografi
Daerah Sebuyau terletak di kawasan persisiran pantai.[3] Hampir semua pekan di bawah seliaan Daerah Kecil Sebuyau terletak di kawasan persisiran. Ia bersempadan dengan Daerah Kecil Lingga di tenggara, Isu dan Pantu di selatan, Daerah Simunjan di barat daya dan Asajaya dan Sebangan di barat. Daerah ini juga berhadapan dengan Laut China Selatan di utaranya. Daerah Sebuyau memiliki keluasan sebanyak lebih kurang 625.07 kilometer persegi.[3] Antara ciri-ciri pandang barat fizikal yang terdapat di sini ialah Batang Lupar, Batang Sadong serta Sungai Sebuyau.[2]
Demografi penduduk
Populasi penduduk di Daerah Sebuyau
• Pekan Sebuyau
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | Melayu | ||
2 | Iban | |||
3 | Cina | |||
4 | Bidayuh | |||
5 | Melanau | |||
6 | Orang Ulu | |||
7 | Hindu | |||
8 | Lain-lain etnik |
• Sebangan
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | Melayu | ||
2 | Iban | |||
3 | Cina | |||
4 | Bidayuh | |||
5 | Melanau | |||
6 | Orang Ulu | |||
7 | Hindu | |||
8 | Lain-lain etnik |
Pentadbiran
Daerah Sebuyau secara keseluruhannya ditadbirkan oleh Pejabat Daerah Sebuyau. Antara pekan penting dalam pentadbiran kawasan ini ialah Pekan Sebuyau, Sebangan serta Tebelu.[3] Ia juga dipecahkan kepada 78 buah kampung yang dimana setiap kampung mempunyai seorang ketua kaum (ketua kampung, kapitan Cina, tuai rumah).[3] Antara kampung yang dibawah Daerah Sebuyau ialah Kampung Plaie Atas, Kampung Plaie Baroh, Kampung Raba, Kampung Selangking, Kampung Lunying , Kampung Sagu, Kampung Arus Melayu, Kampung Seruyuk, Kampung Tungkah Dayak, Kampung Tungkah Melayu, Kampung Bulan, Kampung Bulan Baru, Sungai Rama, Kampung Nap, Bajong Tengah, Bajong Hulu, Entanggor, Stika, Bajong, Bajong Hilir dan lain-lain lagi.[3][4] Daerah Sebuyau dipimpin oleh seorang Pegawai Tadbir Sarawak (SAO); pemegang jawatan terkini ialah Ajis Ahmad.[5]
Kemudahan
Daerah Sebuyau mempunyai kemudahan awam berbagai. Ia memiliki sebuah sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau, 16 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah jenis kebangsaan.[6] Kemudahan jalan raya sangatlah bak di Sebuyau, ia menghubungkan seluruh bandar utama di Sarawak. Perkhidmatan feri terletak di Kampung Teriso.[3]
Rujukan
- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ a b c M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
- ^ a b c d e f g h "Profail Daerah Kecil Sebuyau, Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia". samarahan.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Samarahan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 28 Mei 2021.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2015). "Gazetir Negeri Sarawak" (PDF). mygeoname.mygeoportal.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 30 Mei 2021.
- ^ "Sebuyau destinasi pertama kembara Utusan Borneo dan Borneo Post". Utusan Borneo Sarawak. 1 Mac 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-13. Dicapai pada 2 Mac 2020 – melalui PressReader.
- ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link) (Data sekolah pada 30 Jun 2020)
Lihat juga
Pautan luar
- Pentadbiran Bahagian Samarahan. Dicapai pada 11 Januari 2021.