Daerah Kuala Terengganu كوالا ترڠڬانو | |
---|---|
Lokasi Daerah Kuala Terengganu di Malaysia | |
Koordinat: 5°20′N 103°10′E / 5.333°N 103.167°EKoordinat: 5°20′N 103°10′E / 5.333°N 103.167°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Terengganu |
Pusat | Kuala Terengganu |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Kuala Terengganu |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Azmi Razik |
Keluasan | |
• Jumlah | 210.21 km2 (81.16 batu persegi) |
Penduduk (2020)[2] | |
• Jumlah | 229,781 |
• Kepadatan | 1,100/km2 (2,800/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
Poskod | 21xxx |
Kod panggilan | +6-09-6 |
Awalan plat kenderaan | T |
Kuala Terengganu merupakan salah satu daerah yang terletak di tengah negeri Terengganu, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Terengganu, yang merupakan ibu negeri Terengganu. Daerah ini berkeluasan 210 kilometer persegi menjadikannya sebagai daerah terkecil dan terpadat di Terengganu.
Sejarah
Daerah Kuala Terengganu telah wujud sejak sebelum kedatangan British lagi dengan pentadbirannya diterajui Pembesar Daerah yang dilantik Sultan. Ketika pemerintahan Sultan Omar, sistem pentadbiran telah dipinda dengan melantik penghulu sebagai pentadbir daerah. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, British mula masuk ke dalam sistem pentadbiran negeri lalu menukar jawatan pentadbir daerah kepada pegawai daerah. Pada tahun 1955, orang Melayu telah dilantik buat kali pertama sebagai pegawai daerah Kuala Terengganu, yang sebelum ini dijawat oleh pegawai British.[3]
Pentadbiran
Daerah Kuala Terengganu ditadbir Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Daerah Kuala Terengganu juga dibahagikan kepada 20 buah mukim;
Geografi
Daerah Kuala Terengganu bersempadan dengan;
- Utara: Daerah Kuala Nerus
- Selatan: Daerah Marang
- Barat daya: Daerah Hulu Terengganu
- Timur: Laut China Selatan
Purata ketinggian daratan daerah Kuala Terengganu ialah 9 meter di atas aras laut manakala ketinggian tertinggi mencecah 320 meter.[4]
Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Kuala Terengganu ialah seramai 229,781 orang dengan kepadatan penduduk 1,093 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Kuala Terengganu berbangsa Melayu, seramai 217,395 orang.[5][6]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 217,395 |
Bumiputera lain | 440 | |
Cina | 7,202 | |
India | 538 | |
Lain-lain | 319 | |
Bukan warganegara | - | 3,887 |
Jumlah | 229,781 |
Agama
Di daerah Kuala Terengganu, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 96 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[6]
Kemudahan
Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Kuala Terengganu. Terdapat sebanyak 76 buah sekolah di daerah ini;[7]
Jenis sekolah | Bilangan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan | 51 |
Sekolah Jenis Kebangsaan | 1 |
Sek. Keb. Pendidikan Khas | 1 |
Sekolah Menengah Kebangsaan | 17 |
Sekolah Menengah Agama | 4 |
Sek. Men. Kebangsaan Agama | 1 |
Sekolah Berasrama Penuh | 1 |
Daerah Kuala Terengganu juga mempunyai 12 buah balai polis, dua balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.
Rujukan
- ^ Administrator. "Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus". pdtknerus.terengganu.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-20. Dicapai pada 2017-12-25.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "Sejarah Daerah Kuala Terengganu". pdtkt.terengganu.gov.my. 18 April 2012. Dicapai pada 21 Disember 2023.
- ^ "Kuala Terengganu topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
- ^ "Sekolah di PPD Kuala Terengganu-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
Pautan luar
- Pejabat Daerah Kuala Terengganu Diarkibkan 2005-03-08 di Wayback Machine
- Peta-Peta Kuala Terengganu
- Laman web rasmi Terengganu FM Diarkibkan 2007-04-29 di Wayback Machine