Keningau | |
---|---|
Daerah Keningau | |
Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E / 5.33333°N 116.16667°EKoordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E / 5.33333°N 116.16667°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pedalaman |
Pusat pentadbiran | Keningau |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Peter Jonu Moinjin |
Keluasan | |
• Jumlah | 3,533 km2 (1,364 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 150,927 |
• Kepadatan | 43/km2 (110/batu persegi) |
Laman sesawang | pdkeningau |
Keningau merupakan sebuah daerah di bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Daerah Keningau terletak di bahagian pedalaman atas di barat Sabah. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Keningau, dan beberapa pekan lain termasuklah Tulid, Sook, Liawan dan Bingkor.
Sejarah
Daerah Keningau telah ditubuhkan sejak tahun 1915 ketika di bawah pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Keningau juga menjadi antara kawasan pemerintahan tentera Jepun di Sabah semasa zaman pendudukan Jepun.[2]
Geografi
Daerah Keningau terletak di utara bahagian Pedalaman, barat negeri Sabah dan berkeluasan 3,533 kilometer persegi. Daerah Keningau bersempadan dengan daerah Tenom di barat, Papar di barat laut, Tambunan di utara, Ranau di timur laut, Tongod di timur dan Nabawan di selatan.
Daerah Keningau terletak di kawasan lembah antara banjaran Crocker dan banjaran Trusmadi. Bentuk muka bumi di Keningau kebanyakannya merupakan tanah tinggi berbukit dan diapit banjaran gunung terutamanya di bahagian utara daerah. Ketinggian maksimum mencapai lebih 2000 meter dari aras laut di bahagian timur laut daerah yang bersempadan dengan Tambunan dan Tongod.[3]
Pentadbiran
Daerah Keningau ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Keningau. Daerah Keningau juga dibahagikan kepada sebuah daerah kecil dan 16 mukim yang dipecahkan mengikut kawasan DUN.
Kawasan negeri | Mukim | Bilangan kampung |
---|---|---|
Bingkor | Apin-Apin | 14 |
Bingkor | 9 | |
Merampong | 12 | |
Tuarid Taud | 10 | |
Tuntumulud | 11 | |
Liawan | Kali | 13 |
Lingkudau | 12 | |
Luagan | 13 | |
Patikang | 11 | |
Senagang | 14 | |
Jumlah | 119 |
Daerah kecil Sook
Kawasan negeri | Mukim | Bilangan kampung |
---|---|---|
Sook | Ansip | 14 |
Dalit | 25 | |
Sook | 20 | |
Tulid | Lanas | 15 |
Seberang | 23 | |
Tulid | 32 | |
Jumlah | 129 |
Demografi
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 88,456 | — |
2000 | 145,984 | +65.0% |
2010 | 173,103 | +18.6% |
2020 | 150,927 | −12.8% |
Sumber: [1] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Keningau ialah seramai 150,927 orang dengan kepadatan penduduk 43 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Keningau beretnik Kadazan-Dusun, seramai 133,604 orang.[4][5]
Status | Bangsa/etnik | DUN | Jumlah | |||
---|---|---|---|---|---|---|
Bingkor | Liawan | Tulid | Sook | |||
Warganegara | Kadazan-Dusun | 26,088 | 22,985 | 14,398 | 10,982 | 74,453 |
Murut | 3,920 | 6,928 | 2,401 | 12,471 | 25,720 | |
Bumiputera lain | 2,425 | 7,562 | 1,106 | 1,741 | 12,834 | |
Cina | 1,199 | 5,454 | 185 | 498 | 7,336 | |
Bajau | 1,608 | 3,357 | 547 | 675 | 6,187 | |
Melayu | 1,191 | 3,008 | 224 | 447 | 4,870 | |
India | 24 | 103 | 6 | 14 | 147 | |
Lain-lain | 278 | 771 | 40 | 168 | 1,257 | |
Bukan warganegara | - | 1,566 | 9,408 | 1,008 | 6,315 | 18,297 |
Jumlah | 38,299 | 59,576 | 19,915 | 33,311 | 151,101 |
Agama
Di daerah Keningau, lebih separuh penduduk atau 53 peratus penduduk beragama Kristian manakala Islam merupakan agama kedua terbesar dengan 43 peratus penduduk menganutinya. Empat peratus penduduk beragama Buddha dan selebihnya menganut agama lain-lain termasuk Hindu. Lebih 200 penduduk tidak beragama[5]
Rujukan
- ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "PEJABAT DAERAH KENINGAU". pdkeningau.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-03-11.
- ^ "Keningau topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-11.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.