Anjing mainan secara tradisinya merujuk anjing sangat kecil atau kumpulan baka anjing kecil dan sangat kecil. Anjing mainan mungkin daripada mana-mana jenis anjing. Jenis anjing yang dirujuk sebagai anjing mainan mungkin termasuk spaniel, pincer, dan terier yang telah dibiakbakakan menjadi kecil. Bukan semua anjing mainan merupakan anjing riba.
Anjing kecil






Anjing yang terdapat dalam kumpulan mainan dalam pejabat pendaftaran baka mungkin daripada jenis anjing riba sangat purba atau mungkin merupakan versi kecil bagi anjing pemburu atau anjing pekerja, yang dibiakbakakan menjadi kecil untuk jenis kerja tertentu atau untuk mewujudkan haiwan peliharaan dengan saiz mudah. Pada masa lalu, anjing sangat kecil yang tidak digunakan untuk perburuan dibela sebagai lambang kemewahan, sebagai anjing pengawas, dan untuk fungsi kesihatan penarikan pinjal daripada pemiliknya.[1] Anjing yang sangat kecil untuk bakanya juga dikenali sebagai anjing cawan teh.
Baka
Kebanyakan kelab anjing utama di dunia berbahasa Inggeris mempunyai kumpulan mainan, dengan nama tepat atau nama lain, yang dalamnya mereka menempatkan baka anjing yang dikategorikan oleh kelab kenel berkenaan sebagai anjing mainan, berdasarkan saiz dan tradisi. The Kennel Club (United Kingdom), Canadian Kennel Club, American Kennel Club, Australian National Kennel Council, dan New Zealand Kennel Club kesemuanya mempunyai kumpulan bernama "Mainan", walaupun mungkin tidak semua mengkategorikan baka sama dalam kategori ini. United Kennel Club (UKC) tidak mengiktiraf kumpulan sedemikian; sebaliknya, anjing kecil ditempatkan dengan anjing lebih besar dalam jenis masing-masing atau dalam kumpulan "Anjing Teman" UKC.[2] Setakat September 2008, American Kennel Club mula berdebat sama ada untuk mengubah nama kumpulan "Mainan" mereka kepada "Teman" atau tidak, untuk menekankan bahawa anjing bukan mainan, tetapi perubahan nama ditentang oleh tradisionalis.[3]
Baka dalam kategori "Teman dan Mainan" dalam Persekutuan Kinologi Antarabangsa merupakan:
- Anjing berjambul China
- Bichon frisé
- Bichon Havana
- Anjing Bologna
- Buldog Perancis
- Cavalier King Charles spaniel
- Anjing Chihuahua
- Chin Jepun
- Grifon Belgium
- Grifon Brussel
- Anjing kapas Tuléar
- Anjing kecil Brabant
- King Charles spaniel
- Kromfohrländer
- Lhasa apso
- Anjing mainan Rusia
- Anjing Malta
- Anjing Peking
- Pudel
- Pug
- Shih tzu
- Anjing singa kecil
- Spaniel kerdil benua: Papillon, phalène
- Spaniel Tibet
- Terier Boston
- Terier Tibet
Baka kecil atau bersaiz mainan yang tidak dikelaskan oleh FCI dalam kumpulan mainannya termasuk:
- Grehaun kecil Itali
- Pincer kerdil
- Pincer monyet
- Anjing rubah kecil Itali
- Spits kerdil Jerman: Anjing Pomerania
- Terier sutera Australia
- Terier Yorkshire
- Xoloitzcuintle
Kelab kenel anggota Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan kelab bukan anggota mungkin menggunakan tatanama sedikit berbeza, bergantung pada negara. Istilah "mainan" hanya digunakan untuk mengelompokkan anjing untuk tujuan pertunjukan.
Sesetengah baka tanpa pengiktirafan FCI diiktiraf oleh The Kennel Club Great Britain (United Kingdom),[4] oleh Canadian Kennel Club (Kanada),[5] atau oleh American Kennel Club:[6]
- Anjing Chihuahua (bulu licin) (United Kingdom, Australia, New Zealand)
- Anjing Chihuahua (bulu panjang) (United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada)
- Anjing Chihuahua (bulu pendek) (Kanada)
- Mi-ki (Amerika Syarikat)
- Terier mainan Manchester (Kanada, Amerika Syarikat)
- Terier rubah mainan (Amerika Syarikat)
Kelab kenel kebangsaan utama untuk setiap negara mempunyai senarai sendiri bagi baka yang diiktiraf olehnya sebagai baka mainan. Sebagai tambahan, sesetengah baka jarang baharu atau yang baru didokumenkan mungkin sedang menunggu kelulusan oleh sesebuah kelab kenel. Sesetengah baka baharu buat masa ini mungkin hanya diiktiraf oleh kelab bakanya. Sesetengah baka baharu jarang telah diberi nama baka, tetapi mungkin hanya tersedia daripada pembiak baka yang sedang mengembangkan baka tersebut dan mungkin belum diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel.
Sebagai tambahan kepada pejabat pendaftaran utama, terdapat banyak kelab sukan, kelab baka, dan pejabat pendaftaran baka berasaskan internet dan perniagaan yang dalamnya anjing boleh didaftarkan dalam apa jua cara yang dikehendaki oleh pemilik atau penjual.[7]
Rujukan
- ^ Felton, Bruce; Fowler, Mark (1994). "Fashion and Grooming" [Fesyen dan Pendandanan]. The Best, Worst & Most Unusual [Yang Terbaik, Terburuk, dan Paling Luar Biasa] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Galahad Books. m/s. 538. ISBN 9780883658611. OCLC 30799855.
- ^ "Breed Information" [Maklumat Baka] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2011. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ Abraham, Stephanie (September 2008). "Toys Are Us?". AKC Gazette (dalam bahasa Inggeris). Jil. 125 no. 9. New York, New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. m/s. 55–56.
- ^ "Toy Group" [Kumpulan Mainan] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 3 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2008. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ "Breeds and Abbreviations" [Baka dan Singkatan] (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2013. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ "AKC Breeds by Group - Toy" [Baka AKC mengikut Kumpulan - Mainan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2013. Dicapai pada 14 Ogos 2025.
- ^ "Breed Registries" [Pejabat Pendaftaran Baka] (dalam bahasa Inggeris). Canada's Guide to Dogs. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2005. Dicapai pada 14 Ogos 2025.