![]() Terier Biewer | |||||||||||||||||||||
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Terier Biewer[a] ialah satu baka anjing mainan daripada keturunan Jerman yang merupakan hasil pembiakbakaan dua ekor terier Yorkshire dengan satu gen piebald resesif . Ia biasanya dibela sebagai haiwan pendamping atau anjing pertunjukan. Terier Biewer diiktiraf oleh AKC pada tahun 2021. Sejak Mei 2024, terier Biewer juga diterima oleh Verband für das Deutsche Hundewesen di Jerman.[1][2]
Sejarah
Terier Biewer pertama kali dibiakbakakan di Jerman pada tahun 1984 oleh pembiak baka Werner dan Gertrude Biewer selepas dua ekor anaka anjing triwarna lahir di kenel mereka. Seorang sahabat yang merupakan doktor haiwan mencadangkan agar baka baharu ini dipanggil "Biewer Yorkshire terrier" ("terier Yorkshire Biewer").[3][4] Sepasang anak anjing bernama "Schneeflockchen von Friedheck" dan "Schneeman" kedua-duanya dijual kepada penyanyi Margot Eskens, yang mencadangkan tambahan "a la Pom Pon" kepada nama penuh baka ini yang menghasilkan nama penuh "Biewer Yorkshire terrier a la Pom Pon".[3][5]
Para penggemar Amerika mula mengimport baka ini dari Jerman ke Amerika Syarikat pada tahun 2002. Terier Biewer menjadi semakin popular dan Biewer Terrier Club of America (BTCA) dibentuk pada tahun 2006 untuk mempromosikan baka ini.[3] Para anggota BTCA menghubungi Mars Veterinary untuk menentusahkan bahawa terier Biewer ialah baka terpisah daripada terier Yorkshire. Selepas menganalisis sepuluh sampel darah daripada terier Biewer, kesimpulan dibuat bahawa baka ini terpisah daripada terier Yorkshire.[6][3][7] Baka ini dimasukkan ke dalam Khidmat Ternakan Asasi AKC pada tahun 2014 dan menjadi baka ke-197 yang diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2021.[3][8][9][10]
Ciri
Penampilan

Terier Biewer ialah anjing kecil yang hampir-hampir menyerupai baka induknya, terier Yorkshire, dengan lapis bulu halus, lurus, bak sutera. Tidak seperti terier Yorkshire, ekornya secara tradisional tidak terpotong dan terier Biewer terdapat dengan dua gabungan daripada tiga warna, sama ada putih, biru, dan hitam atau putih, hitam, dan emas/sawo matang.[9][11] Pewarnaannya ialah hasil daripada gen piebald resesif yang sedia wujud.[12][13] Terier Biewer pada umumnya setinggi 4–8 paun (1.8–3.6 kg) dan seberat 7–11 inci (18–28 cm).[11]
Perangai
Terier Biewer merupakan pendamping penyayang dan cergas. Anjing ini mudah bergaul dan menjalin ikatan kukuh dengan pemiliknya dan memaparkan perilaku ramah terhadap orang asing. Pembawaan suka bermain dan bertenaga menjadikannya sesuai untuk pelbagai kegiatan dan ia bertahan dengan interaksi dan penglibatan dengan manusianya.[11][14]
Kesihatan
Terier Biewer dapat menderitai berbilang isu kesihatan termasuk keruntuhan tenggorokan, batu pundi kencing, kehelan tempurung lutut, pirau portosistemik kongenital, dan hipoglisemia.[15]
Catatan
- ^ Jawi: تيريئر بيۏر; bahasa Inggeris: Biewer terrier, /ˌbiːvər ˈtɛriər/
Bacaan tambahan
- Hoppendale, George; Moore, Asia (8 Jun 2018). Biewer Terrier: Complete Owners Manual [Terier Biewer: Panduan Lengkap Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). IMB Publishing. ISBN 9781910861868.
- Jones, Athena (30 Ogos 2021). The Complete Guide for Biewer Terrier [Panduan Lengkap untuk Terier Biewer] (dalam bahasa Inggeris). Athena Jones. ASIN B09F1KM4JP. ISBN 9798467673851.
Rujukan
- ^ "Biewer Terrier" [Terier Biewer] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 15 Februari 2025.
- ^ "Der Biewer" [Terier Biewer] (dalam bahasa Jerman). Verband Deutscher Kleinhundezüchter. Dicapai pada 15 Februari 2025.
- ^ a b c d e "Biewer Terrier History" [Sejarah Terier Biewer] (dalam bahasa Inggeris). Biewer Terrier Club of America. 9 November 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Biewer History" [Sejarah Terier Biewer] (dalam bahasa Inggeris). Windsong Biewers. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "The Biewer a' la Pom Pon" [Biewer a' la Pom Pon] (dalam bahasa Inggeris). National Purebred Dog Day. 23 Ogos 2019. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Biewer Terrier Data Analysis Project" [Projek Analisis Data Terier Biewer] (dalam bahasa Inggeris). Biewer Terrier Club of America. 9 November 2020. Dicapai pada 15 Februari 2025.
- ^ Radko, Anna; Podbielska, Angelika (26 Mac 2021). Szwaczkowski, Tomasz; Cassandro, Martino (penyunting). "Microsatellite DNA Analysis of Genetic Diversity and Parentage Testing in the Popular Dog Breeds in Poland" [Analisis DNA Mikrosatelit bagi Kepelbagaian Genetik dan Pengujian Keindukan pada Baka Anjing Popular di Poland]. Genes (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 12 (4): 485. doi:10.3390/genes12040485. ISSN 2073-4425. PMC 8066952. PMID 33810589. S2CID 232771580.
- ^ Green, Ranny (4 Januari 2021). "Meet the Biewer Terrier: The Newest AKC-Recognized Breed" [Kenali Terier Biewer: Baka Beriktiraf AKC Terbaharu] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ a b McReynolds, Tony (4 Januari 2021). "American Kennel Club decrees the Biewer terrier an official breed" [American Kennel Club mendekrikan terier Biewer sebagai baka rasmi] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Hospital Haiwan Amerika. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Disember 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Meet the Biewer" [Kenali Terier Biewer]. Dog World (dalam bahasa Inggeris). Jil. 96 no. 3. BowTie.
- ^ a b c "STANDARD OF THE BIEWER TERRIER" [PIAWAIAN TERIER BIEWER] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Krämer, Eva-Maria (6 April 2017). Der Kosmos-Hundeführer: Hunderassen kennenlernen [Panduan Anjing Kosmos: Mengenali Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-6). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. m/s. 23. ISBN 9783440149461. OCLC 966422507.
- ^ "The Biewer Yorkshire Terrier" [Terier Yorkshire Biewer] (dalam bahasa Inggeris). The Yorkshire Terrier Information Center. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Slater, Georgia (5 Januari 2021). "American Kennel Club Recognizes New Toy Dog Breed — Meet the Biewer Terrier!" [American Kennel Club Mengiktiraf Baka Anjing Mainan Baharu — Kenali Terier Biewer!] (dalam bahasa Inggeris). People. Dicapai pada 15 Februari 2025.
- ^ Vasquez, Erica (22 November 2023). "Biewer Terrier" [Terier Biewer] (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Barri J. Morrison. PetMD. Dicapai pada 19 Mac 2024.