Negara asal | Amerika Syarikat | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing Carolina,[a] yang juga dikenali sebagai anjing kuning (yellow dog),[1] yaller dog,[2][3][4] dingo Amerika,[3] atau dingo Dixie,[3] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana yang kadang-kadang didapati jalang di Amerika Syarikat Tenggara, terutamanya di kawasan terpencil dengan pokok pain berdaun panjang dan paya sipres. Usaha untuk mengasaskannya sebagai baka terpiawai telah mendapatkan anjing Carolina pengiktirafan baka dalam dua buah kelab kenel lebih kecil dan penerimaan penuh ke dalam program pengasasan baka bagi salah sebuah kelab anjing besar.
Anjing Carolina, yang pada asalnya merupakan baka landrace,[5] ditemukan semula hidup sebagai populasi bebas merantau oleh I. Lehr Brisbin Jr.,[6] walaupun pada asalnya didokumenkan dalam terbitan Amerika berkaitan dengan anjing pada tahun 1920-an.[7] Anjing Carolina menunjukkan percampuran dengan baka-baka anjing dari Asia timur.
Penemuan
Salah satu terbitan terawal yang mendokumenkan anjing "Indian" di Amerika Utara ialah sebuah rencan oleh Glover Morrill Allen pada tahun 1920.[7] Allen mempostulatkan bahawa "Anjing Indian yang Lebih Besar atau Umum" ini diturunkan daripada anjing primitif Asia:
Oleh itu, kebarangkalian ialah bahawa anjing bela jinak berasal dari Asia dan dibawa oleh orang-orang purba di timur dan di barat ke semua bahagian dunia yang didiami. Pernyataan bahawa penghijrahan ini bermula pada zaman Pleistosen lewat kelihatannya amat berkemungkinan.[7]
Allen mengutip kajian-kajian lewat abad kesembilan belas tentang tinggalan rangka anjing-anjing yang dapat ditemukan dari Alaska ke Florida ke Antillen Besar dan ke arah barat ke Dataran Besar, dan dikorek daripada timbunan puak Indian juga:
Cope (1893) ialah orang pertama yang memerihalkan rahang anjing ini daripada spesimen yang dikumpulkan oleh Moore daripada timbunan cangkerang di Sungai St. Johns, Florida. Beliau terkejut dengan fakta bahawa geraham kecil bawah pertama hilang dan kelihatan belum terbentuk. Beliau juga memerhatikan perkembangan kuat bagi entokonid bagi gigi pencabik. Moore, dalam perjalanan pelbagai penerokaan di Florida dan di Georgia menemukan banyak tinggalan anjing, yang kelihatannya daripada jenis ini. Di sebuah timbunan besar di Pulau Ossabaw, Georgia, beliau (1897) nemenukan beberapa perkuburan rangka manusia dan anjing; rangka anjing sentiasa dikebumikan secara berasingan dan lengkap, yang menunjukkan bahawa anjing tersebut tidak digunakan sebagai makanan. Rangka anjing lain daripada jenis serupa ditemukan oleh Moore (1899) di dalam timbunan orang asli di pinggir laut Carolina Selatan ... Putnam menganggap bahawa rangka tersebut sama dengan anjing Madisonville (Ohio) yang lebih besar.[7]
Anjing ini telah dihebahkan oleh I. Lehr Brisbin Jr., seorang penyelidikan kanan ekologi di Makmal Ekologi Sungai Savannah Universiti Georgia, yang pertama kali bersemuka dengan anjing Carolina semasa bekerja di Tapak Sungai Savannah, yang mengalami pengurangan penduduk dan dilindungi daripada semua pencerobohan dan lalu lintas selama berdekad-dekad mulai tahun 1950.[6]
Pengasasan dan pengiktirafan
Sejak tahun 1996, anjing Carolina dapat didaftarkan dengan United Kennel Club (UKC),[8] yang telah menerbitkan piawaian baka Carolina Dog formal terperinci.[9] UKC tertumpu pada anjing pemburu dan anjing pekerja lain, dan mengkategorikan anjing Carolina dalam "Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Anjing Paria"[b] mereka, bersama-sama dengan baka lain seperti basenji dari Afrika dan anjing belakang permatang Thai. Piawaian baka juga telah dikeluarkan oleh American Rare Breed Association (ARBA).[10] ARBA menyertakan anjing Carolina dalam Kumpulan 5 mereka bersama-sama dengan anjing Kanaan dan anjing menyanyi New Guinea.[11]
Pada Julai 2017, American Kennel Club (AKC, pejabat pendaftaran baka anjing terbesar di Amerika Syarikat) menerima program pembiakbakaan anjing Carolina ke dalam Khidmat Ternakan Asasi (FSS),[12] iaiti langkah pertama ke arah pengiktirafan baka rasmi AKC. AKC telah menyenaraikan anjing ini dalam kumpulan "hound".
Perihal
Anjing Carolina bersaiz sederhana; ketinggian dalam julat 18–24 inci (46–61 cm) dan berat dalam julat 35–50 paun (16–23 kg).[13] Telinga adalah unik dan tegak, sangat panjang, dan sederhana langsing, meruncing ke hujung runcing anggun, dan dapat diputar secara berasingan ke arah mana-mana bunyi, lalu menyediakan pendengaran amat peka.[14] Binaan anjing ini berbeza-beza daripada berotot namun langsing dan anggun hingga haiwan agak lebih gempal. Tungkai anjing ini juga anggun, namun kuat. Bahagian tengah belakang adalah kukuh dan sempit. Binaan keseluruhan pada anjing Carolina yang sihat dan diberi makan dengan betul adalah langsing hingga agak gemapl, kuat, dan atletik. Kakiknya agak besar. Muncung dan telinga jelas panjang mirip rubah adalah mirip spits. Ekornya biasanya terbalik ke atas dan kerap mempunyai bengkok cangkuk padanya. Lapis bulunya biasanya pendek dan licin sebagaimana ciri anjing iklim panas.
Warna berbeza-beza dan mungkin termasuk halia kemerah-merahan, kuning pucat, perang kekuning-kuningan, hitam dan sawo matang, atau piebald[15] dengan kawasan putih pada jari kaki, dada, hujung ekor, dan muncung atau tanpa kawasan putih tersebut. Matanya bersudut serong dan berbentuk badam. Warna mata berbeza-beza, tetapi biasanya perang gelap atau jingga sederhana hingga gelap. Kawasan di sepanjang tepi mata kerap (tetapi tidak selalu) berpewarnaan "celak" hitam distingtif yang menjadi lebih jelas secara kontras pada anjing berwarna lebih cerah. Bibirnya kerap berwarna hitam, walaupun pada anjing berwarna cerah. Anak anjing kerap mempunyai topeng melanisme yang biasanya pudar apabila lapis bulu dewasa mula tumbuh.[16]
Tingkah laku
Pembiakbakaan di alam liar
Anjing Carolina betina mempunyai tiga kitaran estrus berturut-turut, yang menjadi kitaran pembiakan musiman apabila terdapat banyak anak anjing. Ini dianggap memastikan pembiakan cepat di alam liar sebelum penyakit, seperti cacing jantung, membawa maut.[6]
Bukti DNA
Brisbin (1997) menduga bahawa sesetengah leluhur kepada anjing Carolina tiba bersama dengan Orang Amerika prasejarah.[6]
Pada tahun 2013, sebuah kajian meneliti DNA mitokondrion (mtDNA)[c] yang disampelkan daripada anjing Carolina. Kajian itu menunjukkan bahawa 58% daripada jumlah anjing membawa haplotip sejagat[d] yang dapat ditemukan di seluruh dunia (haplotip[d] A16, A18, A19, dan B1), 5% membawa haplotip yang dikaitkan dengan Korea dan Jepun (A39), dan 37% membawa haplotaip unik (A184) yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, dan itu ialah sebahagian daripada sub-kelompok haplo mtDNA a5 yang berasal dari Asia Timur.[20] Sebaliknya, dingo Australia dan anjing menyanyi New Guinea kedua-duanya tergolong dalam haplotip A29[21][22][d] yang berada dalam sub-kelompok haplo a2,[23][24] oleh itu tiada hubungan genetik dalam mtDNA. Juga pada tahun 2013, sebuah lagi kajian tentang beberapa baka anjing di Amerika – antaranya anjing Carolina, anjing botak Peru, dan anjing Chihuahua menunjukkan penghijrahan purba dari Asia Timur.[25][20]
Pada tahun 2015, sebuah kajian dijalankan dengan menggunakan penanda genetik mitokondrion (penanda zuriat betina), penanda genetik kromosom Y (penanda zuriat jantan), dan penanda genetik autosom pada 4,676 ekor anjing baka tulen daripada 161 baka dan 549 ekor anjing kampung dari 38 buah negara. Kajian itu menguji darjah percampuran dengan anjing baka Eropah. Kajian itu mendapati bahawa tiada haplotip yDNA[d] yang peribumi pada anjing Amerika Utara di luar Artik. Walau bagaimanapun, mtDNA anjing Carolina mengandungi 10%–35% keleluhuran pra-Columbus (haplotip mtDNA A184) yang bergugus dengan anjing Asia Timur.[26]
Pada tahun 2018, sebuah kajian membandingkan jujukan-jujukan fosil anjing Amerika Utara dengan fosil anjing Siberia dan anjing moden. Kajian itu menunjukkan bahawa anjing memasuki Amerika Utara dari Siberia pada 4,500 tahun selepas manusia mula-mula tiba, terasing selama 9,000 tahun, dan hampir dihapuskan selepas perhubungan dengan Eropah apabila kebanyakannya digantikan oleh anjing Eurasia; anjing praperhubungan mempamerkan tunjuk tanda genetik unik yang kini hampir sepenuhnya lenyap, dengan saudara genetik terdekat yang merupakan baka anjing Artik. Tiga ekor anjing Carolina dalam kajian itu mempamerkan sehingga 33% zuriat praperhubungan/Artik, namun kajian itu tidak dapat menolak bahawa ini ialah hasil percampuran dengan baka anjing Artik moden.[27]
Lihat juga
- Anjing bebas merantau
- Anjing Kanaan
- Anjing Orang Asli Amerika
- Anjing paria
- Anjing tanah rizab
- Baka anjing jarang
- Senarai baka anjing
- Nureongi
- Prey, Saari, anjing Carolina dalam barisan pelakon filem tahun 2022
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ کارولينا ; bahasa Inggeris: Carolina dog
- ^ Sebagai tambahan kepada kategori UKC Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Paria, lihat juga kategori berasingan lebih umum anjing pemburu penglihatan dan anjing paria.
- ^ DNA mitokondrion (mtDNA) diwarisi hanya melalui susur galur sebelah ibu dan dapat bertarikh kemabli beribu-ribu tahun. Lihat Arora, et al. (2015)[18]
- ^ a b c d Haplotip ialah sekelompok gen yang terdapat pada sesuatu organisma yang diwarisi daripada hanya salah satu induknya, maka-contohnya, DNA mitokondrion (mDNA) matrilinear pada semua haiwan, dan pada mamalia, DNA kromosom Y (yDNA) patrilinear.[19]
Rujukan
- ^ Hitt, Jack (15 Julai 2013). "DNA Backs Lore on Pre-Columbian Dogs" [DNA Sokong Tradisi tentang Anjing Pra-Columbus]. The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Weidensaul, Scott. "Tracking America's First Dogs" [Menjejaki Anjing Pertama Amerika]. Smithsonian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b c "Carolina Dog Dog Breed Information - American Kennel Club" [Maklumat Baka Anjing Anjing Carolina - American Kennel Club]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Old Yeller" [Old Yeller]. NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Fox, Michael W. (19 Mac 2018). "Natural, indigenous dogs" [Anjing peribumi semula jadi]. Animal Wellness Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ a b c d Brisbin, I. Lehr Jr.; Risch, Thomas S. (15 April 1997). "Primitive dogs, their ecology and behavior: Unique opportunities to study the early development of the human-canine bond" [Anjing primitif, ekologi dan tingkah lakunya: Peluang unik untuk mengkaji perkembangan awal ikatan manusia–anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 210 (8): 1122–1126. doi:10.2460/javma.1997.210.8.1122a. ISSN 1943-569X. PMID 9108912. S2CID 40995325.
- ^ a b c d Allen, Glover Morrill (1920). "Dogs of the American Aborigines" [Anjing Orang Peribumi Amerika]. Bulletin of the Museum of Comparative Zoology at Harvard College (dalam bahasa Inggeris). Muzium Zoologi Perbandingan. 63: 431–517. ISSN 0027-4100.
- ^ "United Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Arienne Associates. 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 September 2006. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Carolina dog breed standard" [Piawaian baka anjing Carolina]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club.
- ^ "Standard of the Carolina Dog" [Piawaian Anjing Carolina]. ARBA.com (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2006. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Group 5 dogs" [Anjing Kumpulan 5] (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association.
- ^ "Carolina Dog" [Anjing Carolina]. Dog Breeds (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
- ^ "BREED STANDARD" [PIAWAIAN BAKA]. Carolina Dog Fanciers of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Carolina Dog" [Anjing Carolina]. Rare Breed Network (dalam bahasa Inggeris). 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2015. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ "Appearance" [Penampilan] (dalam bahasa Inggeris). Projek Penyelamatan dan Pemuliharaan Anjing Carolina. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2013.
- ^ Weidensaul, Scott (1 Mac 1999). "Tracking America's First Dogs" [Menjejaki Anjing Pertama Amerika]. Smithsonian (dalam bahasa Inggeris). Institusi Smithsonian. Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ van Asch, Barbara; Zhang, Aibing; Oskarsson, Mattias C. R.; Klütsch, Cornelya F. C.; Amorim, António; Savolainen, Carl Peter Olavi (9 Mei 2012). "MtDNA Analysis Confirms Early Pre-Columbian Origins of Native American Dogs" [Analisis mtDNA Mengesahkan Asal Usul Pra-Columbus bagi Anjing Asli Amerika]. KTH Vetenskap och Konst (dalam bahasa Inggeris). Institut Teknologi Diraja KTH. S2CID 127309132.
- ^ Arora, Devender; Singh, Ajeet; Sharma, Vikrant; Bhaduria, Harvendra Singh; Patel, Ram Bahadur (30 Jun 2015). "HgsDb: Haplogroups Database to understand migration and molecular risk assessment" [HgsDb: Pangkalan Data Kelompok Haplo (Haplogroups Database) untuk memahami migrasi dan pentaksiran risiko molekul]. Bioinformation (dalam bahasa Inggeris). Biomedical Informatics. 11 (6): 272–275. doi:10.6026/97320630011272. ISSN 0973-2063. PMC 4512000. PMID 26229286. S2CID 484183.
- ^ Cox, Christopher Barry; Moore, Peter D.; Ladle, Richard J. (31 Mei 2016). Biogeography: An Ecological and Evolutionary Approach [Biogeografi: Pendekatan Ekologi dan Evolusi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-9). Chichester, West Sussex, United Kingdom: Wiley. m/s. 106. ISBN 9781118968581. OCLC 939277640.
- ^ a b van Asch, Barbara; Zhang, Aibing; Oskarsson, Mattias C. R.; Klütsch, Cornelya F. C.; Amorim, António; Savolainen, Carl Peter Olavi (7 September 2013). "Pre-Columbian origins of Native American dog breeds, with only limited replacement by European dogs, confirmed by mtDNA analysis" [Asal usul pra-Columbus bagi baka anjing asli Amerika, dengan hanya penggantian terbatas oleh anjing Eropah, disahkan oleh analisis mtDNA]. Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). Royal Society. 280 (1766): 20131142. doi:10.1098/rspb.2013.1142. ISSN 1471-2954. JSTOR 23478920. PMC 3730590. PMID 23843389. S2CID 18913715.
- ^ Savolainen, Carl Peter Olavi; Leitner, Thomas; Wilton, Alan Norman; Matisoo-Smith, Elizabeth Anne; Lundeberg, Joakim (6 Ogos 2004). "A detailed picture of the origin of the Australian dingo, obtained from the study of mitochondrial DNA" [Gambaran terperinci tentang asal usul dingo Australia, diperoleh daripada kajian DNA mitokondrion]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 101 (33): 12387–12390. Bibcode:2004PNAS..10112387S. doi:10.1073/pnas.0401814101. ISSN 1091-6490. JSTOR 3373147. PMC 514485. PMID 15299143. S2CID 21258182.
- ^ Oskarsson, Mattias C. R.; Klütsch, Cornelya F. C.; Boonyaprakob, Ukadej; Wilton, Alan Norman; Tanabe, Yuichi; Savolainen, Carl Peter Olavi (7 September 2011). "Mitochondrial DNA data indicate an introduction through Mainland Southeast Asia for Australian dingoes and Polynesian domestic dogs" [Data DNA mitokondrion menunjukkan pengenalan melalui Tanah Besar Asia Tenggara untuk dingo Australia dan anjing bela jinak Polinesia]. Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences (dalam bahasa Inggeris). Royal Society. 279 (1730): 967–974. doi:10.1098/rspb.2011.1395. ISSN 1471-2954. JSTOR 41412573. PMC 3259930. PMID 21900326. S2CID 8530518.
- ^ Pang, Jun-Feng; Klütsch, Cornelya F. C.; Zou, Xiao-Ju; Zhang, Aibing; Luo, Li-Yang; Angleby, Helen; Ardalan, Arman; Ekstrom, Camilla; Skollermo, Anna; Lundeberg, Joakim; Matsumura, Shuichi; Leitner, Thomas; Zhang, Yaping; Savolainen, Carl Peter Olavi (1 September 2009). Saitou, Naruya (penyunting). "mtDNA Data Indicate a Single Origin for Dogs South of Yangtze River, Less Than 16,300 Years Ago, from Numerous Wolves" [Data mtDNA Menunjukkan Satu Asal Usul Tunggal untuk Anjing di Selatan Sungai Yangtze, Kurang daripada 16,300 Tahun Lalu, daripada Banyak Serigala]. Molecular Biology and Evolution (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 26 (12): 2849–2864. doi:10.1093/molbev/msp195. ISSN 1537-1719. PMC 2775109. PMID 19723671. S2CID 15737104.
- ^ Duleba, Anna; Skonieczna, Katarzyna; Bogdanowicz, Wiesław; Malyarchuk, Boris; Grzybowski, Tomasz (16 Julai 2015). "Complete mitochondrial genome database and standardized classification system for Canis lupus familiaris" [Pangkalan data genom mitokondrion lengkap dan sistem pengelasan terpiawai untuk Canis lupus familiaris]. Forensic Science International: Genetics (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 19: 123–129. doi:10.1016/j.fsigen.2015.06.014. ISSN 1878-0326. PMID 26218982. S2CID 27345931.
- ^ Hitt, Jack (15 Julai 2013). "D.N.A. backs lore on pre-Columbian dogs" [DNA sokong tradisi tentang anjing pra-Columbus]. New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 April 2024.
- ^ Shannon, Laura M.; Boyko, Ryan H.; Castelhano, Marta; Corey, Elizabeth; Hayward, Jessica J.; McLean, Corin; White, Michelle E.; Abi Said, Mounir; Anita, Baddley A.; Bondjengo, Nono Ikombe; Calero, Jorge; Galov, Ana; Hedimbi, Marius; Imam, Bulu; Khalap, Rajashree; Lally, Douglas; Masta, Andrew; Oliveira, Kyle C.; Pérez, Lucía; Randall, Julia; Nguyen, Minh Tam; Trujillo-Cornejo, Francisco J.; Valeriano, Carlos; Sutter, Nathan B.; Todhunter, Rory J.; Bustamante, Carlos Daniel; Boyko, Adam R. (19 Oktober 2015). Hillis, David M. (penyunting). "Genetic structure in village dogs reveals a Central Asian domestication origin" [Struktur genetik pada anjing kampung mendedahkan asal usul pembelajinakan di Asia Tengah]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 112 (44): 13639–13644. Bibcode:2015PNAS..11213639S. doi:10.1073/pnas.1516215112. ISSN 1091-6490. JSTOR 26465666. PMC 4640804. PMID 26483491. S2CID 25838920.
- ^ Ní Leathlobhair, Máire; Perri, Angela R.; Irving-Pease, Evan K.; Witt, Kelsey E.; Linderholm, Anna; Haile, James Seymour; Lebrasseur, Ophélie; Ameen, Carly; Blick, Jeffrey; Boyko, Adam R.; Brace, Selina; Cortes, Yahaira Nunes; Crockford, Susan Janet; Devault, Alison; Dimopoulos, Evangelos A.; Eldridge, Morley; Enk, Jacob; Gopalakrishnan, Shyam; Gori, Kevin; Grimes, Vaughan; Guiry, Eric; Hansen, Anders Johannes; Hulme-Beaman, Ardern; Johnson, John; Kitchen, Andrew; Kasparov, Aleksey Kasparovich; Kwon, Young-Mi; Nikolʹskiy, Pavel Aleksandrovich; Lope, Carlos Peraza; Manin, Aurélie; Martin, Terrance; Meyer, Michael; Myers, Kelsey Noack; Omura, Mark; Rouillard, Jean-Marie; Pavlova, Yelena Yurʹyevna; Sciulli, Paul; Sinding, Mikkel Holger Strander; Strakova, Andrea; Ivanova, Varvara Viktorovna; Widga, Christopher; Willerslev, Eske; Pitulʹko, Vladimir Viktorovich; Barnes, Ian; Gilbert, Marcus Thomas Pius; Dobney, Keith M.; Malhi, Ripan Singh; Murchison, Elizabeth P.; Larson, Greger John; Frantz, Laurent Alain François (6 Julai 2018). "The evolutionary history of dogs in the Americas" [Sejarah evolusi anjing di Benua Amerika]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 361 (6397): 81–85. Bibcode:2018Sci...361...81N. doi:10.1126/science.aao4776. ISSN 0036-8075. JSTOR 26498950. PMC 7116273. PMID 29976825. S2CID 186313281.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing Carolina |
- Tapak web rasmi United Kennel Club, maklumat baka tentang anjing Carolina (dalam bahasa Inggeris)