Sri Petaling (dahulunya Bandar Baru Seri Petaling), ialah sebuah kawasan subbandar yang terletak berhampiran Taman Gembira, Kuchai Lama dan Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia.Disini terletak markas tabligh di Masjid Bandar Baru Sri Petaling.
Sejarah
Kawasan yang sebelum ini merupakan dusun pokok getah dibangunkan pada tahun 1981. Pada 1980-an dan awal 1990-an tempat ini digeruni keranna adanya anah pelupusan sampah yang luas,tetapi kini tiada lagi kerana memberi laluan kepada tempat bermain dan tempat letak kereta.
Bilangan penduduk Sri Petaling pada awalnya tidak ramai kerana jauh terpencil dari ibu kota, tetapi mula bercambah pada akhir 1980-an apabila dibukanya dua laluan baru ke Salak Selatan dan Taman Gembira, ditambah lagi dengan pembangunan pesat yang berlaku di sana sepanjang 1990-an. Pada tahun 1997, Lebuh Raya Shah Alam dibuka untuk memudahkan perjalanan ke Subang Jaya dalam masa 10 minit, maka semakin ramailah penduduk Sri Petaling.