Yang Dipertuan Muda Riau atau Yamtuan Muda Riau ialah jawatan warisan dan pembesar utama Kesultanan Johor Lama dan Kesultanan Riau-Lingga. Jawatan ini dikhaskan untuk Opu Bugis Daeng Lima Bersaudara dan waris-warisnya oleh Sultan Johor ke-12, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada tahun 1722 selepas mereka membantu baginda mengalahkan Sultan Johor ke-11, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (atau lebih dikenali dengan nama Raja Kechil) dan mengembalikan takhta Kesultanan Johor Lama kepada baginda. Yang Dipertuan Muda Riau juga memerintah Kepulauan Riau sebagai wilayah pegangannya. Yang Dipertuan Muda Riau pertama ialah Opu Daeng Marewah.[1]
Menurut Temenggung Johor, Temenggung Tun Abdul Rahman dalam perbualannya dengan Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1819, Yang Dipertuan Muda Riau berada di kedudukan kedua selepas Bendahara Johor (yang juga Raja Bendahara Pahang) dan sebelum Temenggung Johor dalam hierarki pembesar utama Kesultanan Johor Lama. Namun, Yang Dipertuan Muda Riau dilihat lebih berkuasa daripada Bendahara Johor apabila beliau bertindak seperti Bendahara Johor atau wakil utama Sultan Johor dalam urusan seperti menabalkan Sultan baru, menjadi Pemangku Sultan apabila Sultan masih kecil dan mewakili Kesultanan dalam rundingan dan perjanjian dengan kuasa asing seperti British dan Belanda. Tindakan Yang Dipertuan Muda Riau telah menimbulkan kemarahan pembesar utama Melayu seperti Bendahara Johor dan Temenggung Johor kerana mereka merasakan bahawa kuasa mereka telah dirampas oleh Bugis dan urusan pemerintahan Kesultanan Johor Lama telah dikuasai oleh Bugis.
Selepas Kesultanan Johor Lama berakhir pada tahun 1830, jawatan Yang Dipertuan Muda Riau kekal dalam Kesultanan Riau-Lingga. Kedudukan Yang Dipertuan Muda Riau dikukuhkan lagi dengan status barunya sebagai pentadbir utama Riau dan pembesar tertinggi yang mempunyai peranan seperti Bendahara atau Mangkubumi. Jawatan Yang Dipertuan Muda Riau dimansuhkan pada tahun 1899 selepas kemangkatan Yang Dipertuan Muda Riau ke-10, Raja Muhammad Yusuf kerana jawatan ini disatukan dengan jawatan Sultan Riau-Lingga yang pada ketika itu sedang disandang oleh Sultan Riau-Lingga ke-5 dan terakhir, Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah yang merupakan anakanda Raja Muhammad Yusuf dan isterinya, Tengku Embung Fatimah binti Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah.
Senarai Yang Dipertuan Muda
Berikut merupakan senarai Yang Dipertuan Muda Riau:[2]
Kesultanan Johor Lama (1722–1830)
No. | Nama | Tempoh pemerintahan | Tarikh keputeraan dan kemangkatan | Sultan Johor | Nota | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Opu Daeng Marewah اوڤو داءيڠ مريوه |
4 Oktober 1722 – 7 Ogos 1728 (5 tahun, 10 bulan dan 3 hari) |
? – 7 Ogos 1728 | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah |
| ||||
2 | Opu Daeng Chelak اوڤو داءيڠ چلاق |
7 Ogos 1728 – 15 Mei 1745 (16 tahun, 9 bulan dan 8 hari) |
? – 15 Mei 1745 | Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah |
| ||||
3 | Daeng Kemboja داءيڠ کمبوجا |
15 Mei 1745 – 30 Jun 1777 (32 tahun, 1 bulan dan 15 hari) |
1697 – 15 Mei 1745 (sekitar umur 48 tahun) |
|
| ||||
4 | Raja Haji Fisabilillah راج حاج فِي سَبِيلِ ٱللَّٰهِ |
1777 – 18 Jun 1784 (kira-kira 7 tahun) |
? – 18 Jun 1784 | Sultan Mahmud Riayat Shah III |
| ||||
5 | Raja Ali راج علي |
1784 – 1806 (kira-kira 22 tahun) |
1770 – 1806 (sekitar umur 36 tahun) |
Sultan Mahmud Riayat Shah III |
| ||||
6 | Raja Jaafar راج جعفر |
1806 – 18 Disember 1831 (kira-kira 25 tahun) |
1770 – 18 Disember 1831 (sekitar umur 61 tahun) |
|
| ||||
Kesultanan Johor Lama berakhir pada tahun 1830 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830 lalu wujudnya Kesultanan Riau-Lingga manakala Johor dan Pahang menjadi negeri bebas |
Kesultanan Riau-Lingga (1830–1899)
No. | Nama | Tempoh pemerintahan | Tarikh keputeraan dan kemangkatan | Sultan Riau-Lingga | Nota | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
(6) | Raja Jaafar راج جعفر |
1806 – 18 Disember 1831 (kira-kira 25 tahun) |
1770 – 18 Disember 1831 (sekitar umur 61 tahun) |
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah |
| ||||
7 | Raja Abdul Rahman راج عبد الرحمن |
1833 – 17 Jun 1844 (kira-kira 11 tahun) |
1809 – 17 Jun 1844 (sekitar umur 35 tahun) |
|
| ||||
8 | Raja Ali راج علي |
1845 – 23 Jun 1857 (kira-kira 12 tahun) |
1809 – 23 Jun 1857 (sekitar umur 48 tahun) |
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah |
| ||||
Kesultanan Riau-Lingga mengakui ketuanan Belanda pada tahun 1857 | |||||||||
9 | Raja Haji Abdullah راج حاج عبدالله |
9 Oktober 1857 – 6 September 1858 (10 bulan dan 28 hari) |
? – 6 September 1858 | Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah |
| ||||
10 | Raja Muhammad Yusuf راج محمد يوسف |
7 November 1858 – 17 Julai 1899 (40 tahun, 8 bulan dan 10 hari) |
? – 17 Julai 1899 | Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah |
| ||||
Jawatan Yang Dipertuan Muda Riau disatukan dengan jawatan Sultan Riau-Lingga pada tahun 1899 |
Penggunaan lain jawatan Yang Dipertuan Muda
Jawatan Yang Dipertuan Muda juga digunakan oleh Kesultanan Johor Lama sebelum tahun 1722 untuk putera mahkota (pewaris takhta). Selain itu, terdapat juga kerajaan Melayu lain yang pernah menggunakan jawatan Yang Dipertuan Muda. Antaranya ialah Kesultanan Siak dan Kesultanan Indragiri. Kesultanan Terengganu yang diasaskan oleh keturunan Wangsa Bendahara Johor masih menggunakan jawatan tersebut untuk putera mahkota sehingga kini.
Contoh penggunaan jawatan Yang Dipertuan Muda oleh Kesultanan Johor Lama:
- Raja Bajau ibni Sultan Abdullah Ma'ayat Shah, Yang Dipertuan Muda Pahang
- Tun Mahmud ibni Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Yang Dipertuan Muda Daik
- Tengku Nong Omar ibni Tengku Abdul Jalil ibni Sultan Hussein Muhammad Shah, Yang Dipertuan Muda Johor (Kesang)
Galeri
-
Yang Dipertuan Muda Riau ke-10, Raja Muhammad Yusuf (gambar diambil sekitar tahun 1858–1899)
-
Istana Kantor, dibina pada tahun 1844, merupakan kompleks pentadbiran dan kediaman pertama Wangsa Yang Dipertuan Muda
-
Makam Yang Dipertuan Muda Riau ke-6, Raja Jaafar di Pulau Penyengat, Riau
-
Yang Dipertuan Muda Riau ke-4, Raja Haji Fisabilillah
-
Monumen Raja Haji Fisabilillah di Tanjung Pinang, Riau
-
Masjid Raja Haji Fisabilillah Di Cyberjaya, Malaysia
-
Makam Yang Dipertuan Muda Riau ke-9, Raja Haji Abdullah
Rujukan
- R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
- Abu Hassan Mohamad Sham (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji. Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9836239715.
Nota kaki
Lihat juga
Pautan luar
- (Indonesia) (Melayu) Laman web Kerajaan Riau-Lingga
- (Inggeris) Laman web Royal Ark : Wangsa Bugis di Riau