![]() |
Kesang merupakan salah satu Mukim dalam Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Asalnya merupakan satu Mukim dalam daerah Muar, Johor.[1] Kesang pula kini berada dalam pentadbiran Majlis Daerah Tangkak.Antara tempat berhampiran ialah Muar, Parit Bunga,Tanjung Gading , Tanjung Agas, Sungai Mati, Bukit Pasir, Simpang Jeram dan Bakri. Semua tempat-tempat ini agak berhampiran dengan pantai.Kini Kesang semakin mudah dihubungi berikutan siapnya lebuh AMJ yang merentasi Alor Gajah, Melaka dan Muar. Kesang diairi oleh Sungai Kesang yang bermula dari Gunung Ledang (1276 m).
Pusat Pentadbiran
Pusat Pentadbiran mukim adalah di Kompleks Penghulu,Mukim Kesang,Ledang di Kilometer 11.2 Jalan Muar-Melaka. Kedudukannya adalah hanya 2.0 kilometer dengan sempadan Johor/Melaka iaitu Sungai Rambai. Kawasan Mukim adalah bermula dari Jambatan Sultan Ismail, Muar, ke Tangkak sehingga Sungai Sendok dan ke Melaka adalah Jambatan Kesang / Sungai Rambai.
Asal-Usul Nama Kesang
Nama Kesang telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Dalam sejarah Melayu, susunan Tun Sri Lanang dan catatan penulis Portugis, 'Tome Pire' yang berada di Melaka antara tahun 1511-1513, menyatakan kawasan yang terletak ke selatan Melaka dipenuhi kampung-kampung yang penduduknya ramai. Mereka bersawah bendang, berkebun, menternak dan menangkap ikan. Dalam peta Portugis abad ke 16 ( British Meseum P.14338 ), Kesang dicatat dalam peta itu sebagai Casan mempunyai satu terusan dari tebing Sungai Kesang hingga ke pantai Tanjung Gading. Terusan ini dicatat pada peta sebagai 'Terucan'. Peneroka asal kawasan ini ialah orang-orang Jawa yang sudah lama berketurunan tinggal di Melaka menjadi pedagang dan askar upahan Zaman Kesultanan Melaka. Sepanjang terusan dari Kuala Kesang ke Tanjung Gading dipenuhi sawah padi, Dua ancaman yang sering dihadapi oleh pesawah padi disini ialah tanah yang selalu kering (kersang), terusan dibina untuk mengairi sawah padi, kedua ialah ancaman serangga yang memusnahkan padi dinamakan 'kesang' nama saintifiknya 'Acanthocoris Scabator'. Dua ancaman ini 'kersang' dan 'kesang', penduduk ketika itu manamakan kawasan itu dengan nama Kesang.
Sungai Kesang ialah garis pemisah dan menjadi sempadan diantara selatan negeri Melaka dan negeri Johor. Panjang nya sungai Kesang dikira dari muara nya ialah lebih kurang 35 km. Setiba nya di Tangkak ia berpecah dua, satu menjadi sungai Tangkak hulu nya di Gunung Ledang . Kampung kampung yang terdapat disini ialah Sialang, Tangkak, Pengkalan Besar, Seberang Gajah, Paya Mas, dan Sagil. Manakala satu lagi ialah sungai Kesang sendiri , hulunya juga di Gunung Ledang , kampung kampung yang terdapat disini ialah Bekok, Dok, Chabau, Asahan, Gemeh dan Chohong. Kampung Chohong telah dibuka lebih awal ia itu kira kira dalam tahun 1700 olih masyarakat Minangkabau dari Pagar Ruyung Batu Sangkar Sumatera setelah terdengar berita dikaki gunung Ledang terdapat banyak emas.
Orang orang Minangkabau ini telah memudiki Sungai Kesang dengan perahu layar besar setelah menempoh ombak dan badai dilaut . Orang orang Minangkabau ini membuka penempatan disebelah kiri tebing sungai Kesang didalam perintah Melaka, disatu kawasan berbukit disini lah merika berhuma untuk makanan harian. Pada siang hari orang laki laki akan memudiki Sungai Kesang untuk mendulang emas dikaki gunung Ledang. Tidak hairan lah sehingga sekarang di daerah Jasin wujud nya komuniti Minangkabau masih mengamalkan adat Perpatih.
Kesang Di Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Dizaman kegemilangan kesultanan Melaka , Sungai Kesang digunakan oleh wakil-wakil sultan untuk memeriksa dan memantau penduduk penduduk didalam pegangannya jika terdapat apa-apa masaalah yang hendak disampaikan titah raja. Diceritakan juga sungai Kesang pernah digunakan oleh Hang Tuah dan sahabatnya berperahu dari Melaka mudik kehulu, untuk berguru kepada Adi Putra di gunung ledang. Begitu juga dizaman Sultan Mahmud Shah 1 , rombongan peminangan yang diketuai olih Tun Mamat , juga menggunakan sungai Kesang untuk meminang Puteri Gunung Ledang.
Setelah kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511 , kesultanan Melaka telah berpusat ke Bentan di kepulauan Riau . Didalam sejarah Johor ada menceritakan: Pada tahun 1521, dari Bentan Sultan Mahmud telah menghantar lagi angkatan perang nya untuk menyerang Portugis di Melaka. Beberapa ekor gajah sultan yang tinggal dikandang gajah (Batu Gajah) yang dijaga oleh penghulu gajah (Datuk Seri Rama ) dibawa bersama untuk merempuh pintu kota A' Farmosa yang kukuh itu.
Pentadbiran Kesang
Dalam tahun 1855 , Daerah Kesang telah ditadbir oleh Sultan Ali Iskandar Shah Ibni Sultan Husin Shah [2]di dalam satu perjanjian , manakala Temenggong Ibrahim mentadbir Johor sepenuhnya. Satu lagi peristiwa yang melibatkan orang orang Bugis di kawasan ini ialah , mengenai seorang Panglima Bugis yang terkenal berjawatan "Sulewatang " dalam bahasa Bugis Sulewatang itu sebagai wakil Sultan jika Sultan tidak punya kesempatan ( Sule >> Ganti, Watang >> Batang tubuh = Sulewatang >> Pengganti batang tubuh raja Raja . Nama sebenar Sulewatang ini ialah " Daeng Hitam " berketurunan Bugis Luwu, manakala gelaran nya dikalangan masyarakat setempat ialah Panglima Laboh , makam nya ada ditepi Sungai Kesang . Panglima Bugis ini berkhidmat dengan Sultan Ali Iskandar Shah yang memerintah Daerah Kesang, bagi memungut cukai keatas penduduk penduduk kawasan Kesang dan Sungai Rambai dengan keras diantara tahun 1855-1875. Peristiwa Sulewatang ini berlaku , lebih 150 tahun selepas kedatangan orang Minangkabau yang membuka Kampung Chohong.
Perjanjian Persetiaan ini ditandatangani diantara Duli Yang Maha Mulia Sultan Ali Iskandar Shah ibni Sultan Hussin Shah dengan Dato' Temenggung Daeng Ibrahim Seri Maharaja ibni Dato' Temenggung Abdul Rahman dan Syarikat Hindia Timur Inggeris.Perjanjian ini telah ditandatangan pada 10 Mac 1855 di Singapura. Antara syarat Perjanjian Persetiaan ialah:
- Sultan Ali Iskandar Shah dan waris keturunannya menyerahkan pentadbiran Negeri Johor kepada Dato' Temenggung Daeng Ibrahim selama-lamanya melainkan tanah Kesang
- Temenggung Daeng Ibrahim berjanji membayar wang $5000.00 kepada Sultan Ali Iskandar Shah dan $500 kepada waris keturunannya pada tiap-tiap bulan selama-lamanya
- Temenggung Daeng Ibrahim melepaskan tuntutan terhadap tanah Kesang iaitu sempadan diantara Sungai Kesang dan Sungai Muar.
- Sultan Ali Iskandar Shah dan waris keturunannya memiliki tanah tersebut secukupnya selama-lamanya.
- Sultan Ali Iskandar Shah dan waris keturunannya berjanji daerah Kesang tidak boleh menjualkan mana-mana bahagian kepada raja lain atau pemerintah kecuali menawarkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris kemudian kepada Temenggung Daeng Ibrahim dan waris keturunannya.
- Rakyat boleh bebas berniaga dalam negeri dan daerahnya.
- Kedua-dua pihak berjanji merujuk kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris sekiranya berlaku perselisihan atau kekalutan.
- Tiada apa-apa yang ditulis yang dalam surat perjanjian yang membatalkan perjanjian yang ditandatangi diantara Almarhum Sultan Hussin Shah dan Almarhum Temenggung Abdul Rahman pada 2 Ogos 1824 dan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Rujukan
- ^ "Maklumat Pejabat Majlis Daerah Tangkak cawangan Kesang, Laman sesawang Majlis Daerah Tangkak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-17. Dicapai pada 2013-05-31.
- ^ Sultan Hussain Shah, 2024-12-27, dicapai pada 2025-01-01