Sultan Muzaffar Shah II | |
---|---|
Sultan Johor | |
Pemerintahan | 1564 – 1570 |
Kemahkotaan | 1564 |
Didahului oleh | Sultan Alauddin Riayat Shah II |
Diikuti oleh | Sultan Abdul Jalil Shah I |
Keputeraan | Raja Muzaffar ibni Sultan Alauddin Riayat Shah II 1546 |
Kemangkatan | 1570 Kota Panchor, Kota Tinggi, Johor |
Anakanda | Sultan Abdullah Ma'ayat Shah |
Wangsa | Wangsa Melaka-Johor |
Ayahanda | Sultan Alauddin Riayat Shah II |
Agama | Sunni Islam |
Sultan Muzaffar Shah II ibni Sultan Alauddin Riayat Shah II (1546 – 1570) ialah Sultan Johor ke-2 dari tahun 1564 hingga tahun 1570.
Latar belakang
Nama asal baginda ialah Raja Muzaffar dan baginda juga dikenali dengan nama "Radin Bahar". Baginda seterusnya bergelar Sultan Muzaffar Shah II apabila baginda menaiki takhta sebagai Sultan Johor ke-2 pada tahun 1564. Baginda merupakan anakanda kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II.
Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Tanjung Batu dan kemudian baginda telah berpindah dan bersemayam di Kota Seluyut dan menjadikan kota tersebut sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Johor pada tahun 1565. Dan di kota tersebut jugalah Tun Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Tun Sri Lanang iaitu pengarang buku Sejarah Melayu dilahirkan. Istana Sultan Muzaffar Shah II dibina di atas bukit Seluyut yang tingginya kira-kira 204 kaki yang bertujuan untuk mengawasi pergerakan kapal di Sungai Johor. Sewaktu pemerintahan baginda, baginda tidak suka Johor tunduk kepada Aceh. Pada tahun 1568, baginda telah menghantar tentera untuk membantu Portugis sekali gus mengundang kemarahan Aceh.
Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut dan baginda kemudian digelar "Marhum Mangkat di Seluyut". Melalui wasiat baginda, anakanda saudara baginda iaitu Sultan Abdul Jalil Shah I ditabalkan sebagai Sultan Johor ke-3.
Rujukan
- R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki
Lihat juga
Pautan luar
- Sejarah Sultan Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- Malacca-Johor Genealogy
Sultan Muzaffar Shah II (Johor) Tarikh keputeraan: 1546 Tarikh kemangkatan: 1570
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II |
Sultan Johor 1564 – 1570 |
Diikuti oleh: Sultan Abdul Jalil Shah I |